Cenderahati Perkahwinan Rekaan dan Buatan Sendiri

Perbelanjaan wang yang banyak diperlukan untuk cenderahati perkahwinan, perkhidmatan katering, photo perkahwinan, baju pengantin baru, make up, kek perkahwinan, mas kahwin dan sebagainya. Bagi yang sedang merancang untuk perkahwinan pasti tahu banyak wang diperlukan untuknya.

Cenderahati Perkahwinan Bukan Wajib Tetapi Penting

Untuk cenderahati perkahwinan, walaupun tidak wajib tetapi agak penting buat masa kini. Di Negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa, saya sendiri pernah menghadiri ke majlis rakan-rakan sekerja atau jiran tetangga. Setiap majlis yang pernah saya hadiri tidak kira majlis perkahwinan rakan saya yang berbangsa Melayu, Cina, India ataupun Sikh, boleh dikatakan tuan rumah untuk setiap majlis tersebut ada menyediakan gift kahwin untuk tetamu yang datang.

Pemberian cenderahati perkahwinan ini telah menjadi satu trend di  kalangan masyarakat kita. Ia dipercayai merupakan satu cara yang paling berkesan serta sesuai untuk membalas budi para hadirin. Pada masa dahulu selepas majlis perkahwinan, tuan rumah mungkin akan menghantar kad terima kasih untuk mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan hadiah yang disediakan oleh mereka, tetapi cara ini memakan masa dan wang untuk  membeli setem juga mahal.

Cenderahati Perkahwinan Pengganti Kad Ucapan Terima Kasih

Pengantin baru mungkin akan pergi berbulan madu, jadi apabila balik daripada destinasi berbulan madu, mereka akan berasa malas untuk menulis kad ucapan tersebut. Dengan menyediakan cenderahati perkahwinan, tuan rumah boleh terus menyerahkannya kepada setiap tetamu yang masuk ke dewan majlis. Dengan ini, tuan rumah tidak perlu lagi membazir masa untuk menyediakan kad ucapan terima kasih selepas majlis perkahwinan.

Cenderahati Perkahwinan Yang Istimewa

Sebenarnya anda mampu mengubah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Contoh yang ingin dikongsi disini ini ialah tin besi kosong. Di pasaran, anda mungkin pernah melihat tin besi kosong yang dijual sebagai cenderahati perkahwinan. Tin besi tersebut boleh digunakan untuk mengisi coklat, gula-gula ataupun digunakan untuk mengisi telur yang berfungsi sebagai bunga telur moden. Jika anda menambah sedikit perhiasan ke atas tin tersebut, hasilnya pasti menakjubkan.

empty tin 2 W

empty tin W

Gambar-gambar di atas merupakan tin besi kosong bulat yang ada di pasaran. Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan tin kosong tersebut untuk sebagai gift kahwin, anda boleh menghiasi tin besi kosong tersebut dengan reben dan bunga. Contoh tin besi kosong setelah dihiasi boleh dirujuk di gamabar berikut;

Lavender mint tin Group

Tin Besi Kosong dengan Bunga Lavender

T001 W

Tin Besi Kosong dengan Hiasan Bunga Ros

Anda boleh merujuk kepada contoh hiasan tin besi kosong diatas lalu DIY. Jika berasa malas dan bajet ada, anda boleh membeli terus dengan kami bagi set lengkap sekali dengan  perhiasan. Kami membuat setiap unit secara kraftangan, maka kualiti lebih cantik dan terjamin. 🙂

One thought on “Cenderahati Perkahwinan Rekaan dan Buatan Sendiri

Leave a comment