Archives

DIY Bunga Reben 4 Petal

Bagi yang suka membuat bunga reben, di sini ingin berkongsi cara untuk membuat bunga reben 4 kelopak atau 4 petal. Ia senang untuk dibuat pada masa lapang dan pada masa yang sama anda boleh menggunakan hobi membuat bunga reben untuk menjana pendapatan. Kraftangan reben ini telah wujud agak lama, namun ia tidak dipromosikan secara besar-besaran.

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Bunga Reben 4 Kelopak

Peralatan berikut harus disediakan sebelum bermula. Antaranya ialah;

  • Benang & Jarum
  • Gunting
  • Pembaris
  • Reben Satin dengan panjang 12″ (Lebar reben bergantung kepada saiz bunga reben yang anda hendak buat)

Langkah- langkah Untuk DIY Bunga Reben

  • Sebagai langkah permulaan, reben satin dibuat tanda ataupun marking setiap 3 inci. Di sini, akan terdapat 3 tanda pada reben dan dengan adanya tanda ini, maka reben satin tersebut terbahagi kepada 4 bahagian.
  • Langkah kedua, kita akan mula membuat jahitan. Bagi yang baru belajar sulaman reben, pastikan tidak terjahit jari anda. Okay, jahitan bermula dari salah satu hujung reben. Biarkan ia bermula daripada bahagian bawah ke atas sehingga membentuk jahitan separa bulat. Pastikan ia tidak melebihi bahagian 3 inci yang anda buat tanda tadi. Jarak setiap jahitan lebih kurang 5mm.
  • Selepas jahitan tamat, tarik benang tersebut. Jahitan separa bulat di langkah kedua apabila ditarik akan membentuk kelopak reben. Jadi 4 bahagian yang ditarik akan ┬ámembentuk bunga reben 4 kelopak. Jahitkan kedua hujung reben untuk mengekalkan bentuknya. Dengan itu terhasil-lah bunga reben anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya. ­čÖé

Sila rujuk ke video klip ini untuk mengetahui lebih lanjut cara membuat sulaman bunga reben 4 kelopak.