Archives

Reben Satin Dengan Cetakan Gambar

Anda mampu memiliki reben satin dengan cetakan gambar, logo, icon, ayat-ayat atau mesej-mesej tertentu yang melambangkan keperibadian anda. Contohnya untuk majlis perkahwinan, anda boleh mencetak nama pengantin baru dan letak gambar ataupun logo tertentu di reben satin tersebut.

Langkah-langkah Untuk Membuat Reben Satin Cetakan Gambar

1) Anda perlu membuat rekaan sendiri. File rekaan harus dalam format AI, Corel Draw ataupun PDF.

2) Pilih warna reben satin yang anda suka.

3) Pilih jumlah kuantiti yang diperlukan. (Minimum 125 yards untuk setiap rekaan)

20141117170700 20141117170724

Di atas merupakan salah satu contoh reben satin berwarna ungu yang ditempah oleh Cik Fatimah. Beliau menggunakan gambar hello kitty untuk dicetak ke atas rebennya. Tiada Batasan Warna untuk cetakan reben ini. Kami boleh mencetak reben anda supaya kelihatan cantik dan berwarna-warni.

DIY Sendiri Cenderahati Perkahwinan

DIY sendiri cenderahati perkahwinan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengantin baru dan tuan rumah. DIY secara sendiri bukan sahaja boleh menghasilkan gift kahwin yang istimewa dan unik, malahan ia juga merupakan langkah yang drastik untuk menjimatkan kos khususnya untuk pengantin baru yang mana bajet mereka tinggal tidak seberapa setelah wang simpanan mereka banyak dihabiskan untuk item-item lain seperti bayaran kepada katering, mas kahwin, pakaian pengantin dan sebagainya. 

Bagaimana Untuk Memulakan DIY Cenderahati Perkahwinan

Jika anda ingin membuat sendiri cenderahati kahwin untuk majlis perkahwinan anda, terlebih dahulu anda harus mengetahui jenis cenderahati yang anda ingin sediakan. Contohnya jika anda ingin menyediakan bunga telur kepada pengantin, maka anda boleh mencari idea bagaimana untuk membuat bunga telur tersebut. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Berikut merupakan beberapa bahan yang sentiasa menjadi pilihan ramai ketika merancang untuk membuat sendiri cenderahati.

1) Reben Satin

20mm with code

2) Buckles

Larga Heart

Mini Love (2)

Oval

3) Kotak Gula-gula atau Mint Tin

round empty tin

RCBE

4) Bunga Lavender atau Bunga Ros

green rose

IMG_7725

IMG_7726

red rose

5) Hot Glue Gun

WGF-3002L

Anda boleh menghasilkan pelbagai rekaan gift kahwin dengan adanya bahan-bahan diatas, Anda boleh merujuk kepada gambar-gambar di bawah untuk memulakan DIY anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

2013-08-14 08.07.18

2013-11-12 10.13.40AMD

2013-10-22 10.16.08

2013-10-08 15.31.27

lavender

LT Pink

Bgroup

Canister Door Gift

Selain daripada kotak gula-gula yang diperbuat daripada kertas ataupun kad board, canister door gift merupakan salah satu item yang paling diminati oleh tuan rumah untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan kepada semua tetamu yang dijemput hadir ke majlis mereka.

Canister tersebut sama ada diisi terus dengan benda-benda yang disediakan oleh tuan rumah seperti coklat, kacang, cupcake, gula-gula, telur dan sebagainya ataupun tuan rumah boleh menambah perhiasan di atas tin canister tersebut supaya ia kelihatan lebih anggun, cantik, elegan dan  menawan.

Untuk perhiasan tin canister, reben satin, reben polka dot, reben grosgrain, reben organza ataupun reben glittery memainkan peranan yang cukup penting. Tidak kira apa pun desain yang anda bakal pilih, anda pasti memerlukan reben untuk menyempurnakan reka bentuk anda.

Jenis-jenis Tin Canister

Terdapat banyak jenis tin canister yang ada di pasaran. Di sini, ingin diperkenalkan 2 jenis tin yang diminati ramai.

  • Berbentuk Bulat

Tin ini mempunyai penutup yang boleh dinampak terus ataupun see thru lid. Bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam kotak tersebut boleh dilihat melalui penutupnya. Saiz kotak ini ialah D7.5cm x H5.0cm.

round empty tin closed

round empty tin

  • Berbentuk Hati 

Seperti canister bulat, tin berbentuk hati ini juga mempunyai penutup yang boleh see thru. Ia diperbuat daripada bahan tin plate. Saiznya ialah 94mm x 90mm x 57mm.

XY--94

Untuk perhiasan, anda boleh tambah reben satin, bunga lavender, buckles ataupun butang ke atas kotak-kotak tersebut.

flowerAMD222

Bunga lavender

IMG_7695

Reben SatinLMT pink

Sebarang pertanyaan, sila email kepada mylovelywedding@rocketmail.com ataupun mengisi borang contact us.

Set Reben Edisi Terhad

various ribbons

Hai kawan-kawan yang suka reben. Kini kami ada membekalkan set reben edisi terhad untuk anda. Jika anda hanya ingin membeli reben dalam kuantiti yang sikit serta beraneka warna dan saiz untuk membuat book scrapping, sulaman atau anyaman reben, kraf reben dan sebagainya, maka set reben edisi terhad ini memang sesuai untuk anda.

Ciri-ciri Set Reben Edisi Terhad

Set reben ini terdiri daripada 50 jenis reben yang berlainan warna dan corak. Ia terdiri daripada reben grosgrain dan reben satin. Setiap jenis reben mempunyai panjang berukuran 1.5 meter, warna dan corak adalah berbeza. Jadi dalam satu set, anda akan mendapat jumlah panjang 75 meter. Lebar reben adalah dari saiz terkecil iaitu 6mm hingga ke saiz terbesar iaitu 25mm.

Harga dan Kaedah Penghantaran Reben

Setiap set reben edisi terhad dijual dengan harga RM90.00. Buat masa ini, kami hanya mempunyai 10 set reben edisi terhad. Jadi, bagi anda yang betul-betul memerlukannya, sila buat tempahan secepat mungkin. Penghantaran adalah melalui Kangaroo Express atau pos laju. Kos penghantaran adalah RM6.00. Selepas anda membuat tempahan, set reben akan sampai dalam masa kira-kira 2-3 hari bekerja.

Kegunaan Reben Dalam Kehidupan Seharian

Reben banyak digunakan pada masa kini. Ia digunakan untuk tujuan peribadi dan tujuan perniagaan. Walau apa jua tujuan anda, reben memang memainkan peranan yang cukup penting khususnya untuk tujuan seperti perhiasan, pengikatan dan pemangkasan. Salah satu kebaikan reben ialah reben mempunyai Kepelbagaian warna. Ia menjadi pilihan ramai untuk dipadankan dengan tema majlis masing-masing.

Tujuan Peribadi

Di dalam majlis perkahwinan atau majlis harijadi, kepentingan reben lebih terserlah. Reben akan digunakan untuk menghiasi tempat tersebut. Secara DIY, reben boleh diperbuat kepada pelbagai corak bunga dan diikat pada setiap penjuru tempat majlis tersebut. Tali leher kupu-kupu ataupun bow tie dan pengikat tangan ataupun hand band boleh dibuat dengan reben dan dihadiahi kepada setiap tetamu.

Ballon yang tidak pernah ketinggalan dalam sebarang majlis juga boleh diikat dengan menggunakan reben. Kad-kad jemputan majlis juga boleh ditambah dengan reben dan buckle supaya ia menjadi lebih istimewa dan bersifat peribadi.

Tujuan Perniagaan

Menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Christmas dan lain-lain, peniaga akan banyak menggunakan reben. Contohnya dalam pasaraya, kita dapat lihat banyak hamper-hamper barangan pasti disediakan untuk menyambut perayaan tersebut.

Di sini, reben telah digunakan untuk mengikat dan menghiasi hamper tersebut. Anyaman bentuk bunga ros, ketupat dan corak-corak lain boleh dilakukan dengan menggunakan reben.

Reben juga digunakan dalam upacara perasmian sesuatu majlis atau pun pembukaan kedai. VIP akan dijemput untuk merasmikan majlis tersebut dengan memotong reben bunga yang disediakan.

Apakah kegunaan Reben Satin??

Reben satin banyak digunakan untuk pelbagai tujuan walaupun kebiasaanya ia digunakan untuk perhiasan. Reben boleh digunakan untuk penghiasan hadiah, penghiasan parti-parti harijadi atau kahwin dan sebagainya.

satin ribbon

Jika anda membalut hadiah dengan reben satin dan dihadiahkan kepada rakan, reben satin akan memainkan peranan untuk menjadikan hadiah anda lebih cantik dan elegan.

Belian Pukal Reben Satin

Reben Satin merupakan salah satu jenis reben yang mempunyai permintaan yang tinggi. Ini disebabkan sifatnya yang senang untuk dikendali dan senang untuk dipadankan dengan benda-benda lain. Seperti namanya, reben satin dibuat daripada satin atau polyester dan mengandungi kemasan satin. Reben ini adalah ringan dan dengan ciri-ciri permukaan yang cantik berkilat, terutamanya reben satin dua muka. Reben satin dua muka ini amat sempurna untuk pakaian dan aksesori, ia juga sesuai jika anda mahu untuk membuat busur rambut satin. Reben satin dua muka yang sangat licin dan cantik berkilat sesuai ditambah ke atas cenderahati perkahwinan untuk menyerlahkan lagi doorgift tersebut.

envelope with satin ribbon

Anda patut membeli daripada pemborong jika kuantiti yang dibeli adalah besar. Ramai pemborong dalam pasaran yang mampu untuk membekalkan anda dengan pelbagai warna dan gaya. Juga, anda boleh mendapatkan semua warna klasik yang anda cari supaya anda dapat memadankan mereka dengan hadiah anda untuk menghasilkan skim warna yang anda mahu.

Beri Layanan Yang Baik Kepada Pembeli Sekiranya Anda adalah Pembekal

 

Jika anda adalah pembekal reben satin, maka anda perlu menyediakan produk terbaik untuk pelanggan anda kerana mereka inginkan hanya yang terbaik. Jika pelanggan anda gembira dengan produk anda, mereka akan tetap kembali untuk mengunjungi kedai anda. Sebaik sahaja pelanggan anda mengiktiraf produk anda adalah kualiti yang hebat, mereka akan tahu bahawa mereka boleh bergantung kepada anda untuk membekalkan mereka produk terbaik.

Pada masa pelanggan anda ingin membeli reben satin, anda harus dapat menunjukkan dan menerangkan kepada mereka tentang ciri-ciri dan penggunaan semua reben yang anda jual. Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai stok yang mencukupi pada setiap masa supaya pelanggan anda sentiasa boleh mendapatkan apa yang mereka mahu.

Jika pelanggan anda mahu reben bercetak (sesetengah orang merujuk ini sebagai reben peribadi dan reben bercetak), anda juga perlu menyediakan perkhidmatan tersebut kepada mereka. Ia akan menjadi lebih istimewa dan baik jika anda mempunyai reben yang dihasilkan secara dalaman oleh kakitangan yang mahir.

Berikut adalah tutorial video yang menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat bunga ros reben satin. Jika anda berminat dalam kraftangan itu sendiri, anda pasti mahu menonton video ini.

Bunga Ros Reben Satin Buatan Tangan

Bunga ros satin sentiasa indah untuk perhiasan, peningkatan prospek pada keseluruhannya pakaian majlis-majlis khas, serta membuat projek kraf. Tutorial video ini baik dalam menunjukkan kepada anda bagaimana cara membuat bunga ros reben satin anda sendiri.

Reben Satin

Penerangan Produk

Diskaun Pukal

1-9 rolls RM6.50/roll
10-49 rolls RM5.70/roll
50 rolls and above RM5.20/roll

Reben Satin (3/4″ @ 20mm)

Terdapat banyak jenis warna dan saiz untuk pilihan. Reben satin sangat lembut seperti sutera. Anda boleh menggunakan reben satin ketika membalut hadiah, DIY cenderahati perkahwinan, perhiasan telur bunga dan lain-lain.

Reben satin kami berukuran 22.5 meter panjang setiap roll. Kebanyakan reben satin dalam pasaran berukuan 9 meter atau 13.5 meter.

Nota: Mungkin terdapat perbezaan warna yang sikit antara warna sebenar dengan gambar yang ditunjukkan di sini. Ini disebabkan oleh proses pengeluaran dan paparan monitor yang berbeza.

Bagi anda yang mempunyai daya kreativiti, pelbagai hiasan boleh dibuat dengan menggunakan reben satin. Antaranya ialah sebagai pembalut kotak hadiah dengan menambah buckle  pada reben satin. Sila rujuk kepada gambar dibawah;

Jelas kelihatan, hanya menambah sedikit daya kreativiti anda, cenderahati perkahwinan anda boleh menjadi sangat cantik, unik dan berbeza dengan barangan yang terdapat dalam pasaran.