Benda Yang Tidak Patut Jimat Ketika Membuat Perancangan Perkahwinan

Mengadakan majlis perkahwinan menelan kos yang tinggi. Saya rasa semua orang yang ingin berkahwin tahu. Jadi tidak hairan semua bakal pengantin mencari jalan dan mencuba sedaya upaya untuk menjimat. Menurut nasihat daripada perancang perkahwinan ataupun wedding planner, terdapat beberapa benda yang tidak patut dibuat semasa mencari jalan untuk mengurangkan kos majlis perkahwinan. • Melantik Kawan ataupun Ahli Keluarga Mungkin di kalangan rakan karib anda, ada … Continue reading Benda Yang Tidak Patut Jimat Ketika Membuat Perancangan Perkahwinan

Masa Dua Jam Semasa Hari Perkahwinan Untuk Kenangan Seumur Hidup?

Jika ditanya kepada pasangan baru, saat mana yang paling bermakna pada hari perkahwinan, ramai yang memberi jawapan: “Ya, saya sudi”. Tetapi dari sudut pandangan jurufoto, 2 jam sebelum tamat majlis perkahwinan dan sebelum bermulanya kenduri makan merupakan saat yang paling penting. Dalam masa dua jam ini, pasangan baru boleh mengambil gambar dengan rakan-rakan, saudara-saudara dan semua tetamu jemputan. Pada masa ini juga, jurufoto boleh menangkap … Continue reading Masa Dua Jam Semasa Hari Perkahwinan Untuk Kenangan Seumur Hidup?

Set Manicure Sebagai Hadiah Untuk Tetamu

Set manicure sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk tetamu sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis korporat dan sebagainya. Untuk majlis perkahwinan, set manicure merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal. Tetamu yang menerimanya boleh membawa balik set tersebut untuk diguna. Mengapakah Harus Memilih Set Manicure Sebagai Hadiah Untuk Tetamu? Apabila kita ingin membeli hadiah untuk kawan-kawan, sanak saudara ataupun rakan sekerja, persoalan pertama … Continue reading Set Manicure Sebagai Hadiah Untuk Tetamu

Souvenir Kahwin Yang Siap Untuk Dihantar

Berikut merupakan souvenir kahwin yang ditempah oleh Cik Intan untuk customer beliau. Cik Intan merupakan pembuat cookies dahlia, cupcake dan sebagainya. Tin Canister bulat ini dipilih oleh Cik Intan kerana ia berkualiti baik dan amat sesuai untuk mengisi cookies yang dibuat olehnya. Saiz Tin Canister Bulat  Untuk makluman semua, tin bulat ini bersaiz Diameter (D)7.5cm x Tinggi (H)4.5cm. Saiz yang cukup sempurna untuk para pengantin … Continue reading Souvenir Kahwin Yang Siap Untuk Dihantar

Canister Bulat Dengan Perhiasan

Sedang cari gift kahwin murah, sempoi dan elegan? Sini ada satu cadangan untuk rujukan para bakal pengantin baru. Di sini, kami telah menggunakan tin canister bulat bersaiz Diameter 7.5cm x Tinggi 4.5cm untuk membuat perhiasan. Di atas penutup tin ini, mula-mula kami lekatkan reben bow yang terdiri daripada warna merah, pink dan purple.  Selepas itu, di atas reben tersebut, kami letakkan pula bunga ros di … Continue reading Canister Bulat Dengan Perhiasan

Gubahan Bunga Perkahwinan

Gubahan bunga perkahwinan dalam majlis memainkan peranan yang sangat penting khususnya untuk menambah keindahan majlis. Namun, kos untuk gubahan bunga tidak murah sebenarnya. Pengantin baru boleh mendapatkan visual yang sama tetapi dengan kos yang jauh lebih rendah sekiranya mereka memilih bunga kertas. Pemilihan bunga kertas mempunyai beberapa kebaikan iaitu kos lebih rendah dan boleh membuat pelbagai jenis bunga yang disukai pengantin baru tanpa batasan musim. … Continue reading Gubahan Bunga Perkahwinan

Bagaimanakah Perkahwinan Destinasi Boleh Menjimatkan Wang Anda?

Bayangkan diri anda berada di lokasi tropika yang indah untuk berkahwin serta suasana sekeliling dan resort hotel yang indah dan cantik. Bunyi macam mahal ajer kan? Sebenarnya tidak jika dibandingkan dengan kos berkahwin di tempat asal. Di sini, saya akan menjelaskan bagaimana perkahwinan destinasi lebih menjimatkan wang berbanding majlis yang diadakan di kampung halaman. Tetamu Kurang = Kos Murah Biasanya kos perkahwinan secara langsungnya ditentukan … Continue reading Bagaimanakah Perkahwinan Destinasi Boleh Menjimatkan Wang Anda?