Apakah Cenderahati Perkahwinan Untuk Tetamu Undangan Semasa Majlis Perkahwinan Saya?

Majlis perkahwinan merupakan salah satu hari yang paling penting dalam seumur hidup seseorang. Apabila hari perkahwinan semakin dekat, pengantin baru akan merasa semakin resah. Selain daripada menyediakan kenduri jamuan makan kepada para tetamu jemputan yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga, pengantin baru juga cuba untuk menyediakan cenderahati perkahwinan kepada mereka sebagai tanda penghargaan keatas kesudian mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan serta hadiah-hadiah yang disediakan oleh para tetamu jemputan.

Untuk membantu pengantin baru untuk menyelesaikan kerisauan  serta untuk memastikan majlis perkahwinan mereka sentiasa diingati, kami disini ingin memperkenalkan pelbagai jenis cenderahati perkahwinan yang paling popular bagi tahun 2012.

a)     Kotak Gula-gula (Candy Box)

Kotak gula-gula yang direka dengan gambar-gambar yang comel amat sesuai untuk majlis perkahwinan. Pengantin baru boleh memasukkan sebiji gula-gula atau chocolate sebagai cenderahati perkahwinan untuk para tetamu jemputan. Ini pasti memberi kejutan  kepada mereka dan meninggalkan kenangan manis.

 

b)    Lilin Perkahwinan (Wedding Candle)

Terdapat pelbagai reka bentuk lilin perkahwinan untuk dipilih. Senang untuk disimpan sebagai kenangan di almari katil ataupun dalam almari sebagai barang perhiasan.

c)     Handbag Hook (Penggantung Beg Tangan)

Pada zaman ini, ramai gadis suka menggunakan beg tangan yang besar serta anggun. Apabila mereka menghadiri majlis perkahwinan, mereka pasti menghadapi masalah tentang tempat untuk meletak beg tangan mereka. Masalah ini lebih ketara apabila mereka duduk untuk menikmati jamuan majlis perkahwinan yang dipenuhi oleh tetamu undangan yang lain. Dengan penggantung beg tangan ini, masalah mereka dapat diselesaikan. Jika pengantin baru menyediakan penggantung beg tangan ini sebagai cenderahati perkahwinan, para tetamu undangan pasti berasa amat gembira dan ini dapat menyentuh hati mereka.

 

d)     Kotak Bulat Lavender (Lavender Round Candy Box)

Kotak bulat lavender sesuai untuk digunakan semasa majlis perkahwinan. Pengantin baru boleh memasukkan 2 biji chocolate Ferrero Rocher semasa kenduri jamuan makan. Reka bentuk yang cantik ini pasti dapat menarik perhatian penerima serta meninggalkan kenangan manis. Kotak ini boleh digunakan untuk tujuan lain seperti penyimpanan lantai-lantai leher, cincin serta alat perhiasan.

 

 

One thought on “Apakah Cenderahati Perkahwinan Untuk Tetamu Undangan Semasa Majlis Perkahwinan Saya?

  1. Saya berminat nak tahu….harga utk kotak bulat lavender. Brape harganya kalau ambil…..1,000pcs/1,500pcs/2,000pcs???

    Adakah harga kotak tersebut untuk kotak yang telah siap di deco seperti dalam gambar??

Leave a comment