Tag Archive | Perkahwinan

Benda Yang Tidak Patut Jimat Ketika Membuat Perancangan Perkahwinan

wedding-videography

Mengadakan majlis perkahwinan menelan kos yang tinggi. Saya rasa semua orang yang ingin berkahwin tahu. Jadi tidak hairan semua bakal pengantin mencari jalan dan mencuba sedaya upaya untuk menjimat. Menurut nasihat daripada perancang perkahwinan ataupun wedding planner, terdapat beberapa benda yang tidak patut dibuat semasa mencari jalan untuk mengurangkan kos majlis perkahwinan.

Melantik Kawan ataupun Ahli Keluarga

Mungkin di kalangan rakan karib anda, ada yang pernah menjadi DJ untuk apa-apa parti ataupun majlis perkahwinan. Nasihat saya ialah, kekalkan mereka sebagai tetamu undangan majlis. Walaupun mereka pernah menjadi DJ, namun mereka tidak profesional. Apabila terdapat apa-apa hal yang perlu dibuat keputusan, mereka mungkin akan sentiasa meminta pendapat anda. Ini akan membuat anda sibuk dan tidak dapat menikmati majlis perkahwinan. Mereka mungkin tidak bersiap sedia untuk menghadapi situasi yang bakal berlangsung di majlis. Jika anda melantik wedding planner, mereka akan merancang segala-galanya.

• Tidak Mengupah Juru Kamera Dan Video

Video dan gambar merupakan satu-satunya mekanisme yang dapat merakam saat-saat manis anda semasa majlis perkahwinan berlangsung. Ramai pengantin baru merasa kesal selepas majlis kerana tidak sebarang kenangan ditinggalkan.

• Tidak Mengupah Juru Solek Dan Hair Artist

Untuk pengantin perempuan, hari perkahwinan sangat penting untuk beliau kelihatan cantik dan menawan. Walaupun pengantin baru pandai bersolek, ia sepatutnya dibuat oleh orang lain.

• Tidak Mengupah Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)

Caj bayaran yang dikenakan oleh perancang perkahwinan tidak semestinya lebih mahal. Ini disebabkan mereka sentiasa menggunakan perkhidmatan sesebuah syarikat yang membolehkan mereka memperolehi harga yang lebih murah. Contohnya caj butik pengantin yang selalu digunakan oleh perancang perkahwinan kadang-kala lebih murah berbanding dengan harga yang kita dapat sendiri.

Check List Yang Perlu Dibuat Menjelang Hari Perkahwinan

Apabila hampir tiba masanya hari perkahwinan, pengantin baru perlu membuat beberapa semakan ke atas segala bahan-bahan yang akan diguna pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Langkah ini amat penting dan perlu dilaksanakan beberapa hari awal sebelum majlis agar tidak tergopoh gapah nanti. Terdapat beberapa item yang perlu dibuat semakan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Lantik Pembantu

Pada hari perkahwinan nanti, banyak perkara yang perlu diuruskan. Antaranya seperti melayan tetamu yang datang, sesi mengambil gambar bersama dan lain-lain lagi. Ramai tetamu jemputan akan memberi hadiah sama ada berupa wang tunai ataupun cenderahati perkahwinan kepada pengantin baru. Di sini, pembantu yang boleh dipercayai amat diperlukan. Pengantin baru boleh melantik ahli keluarga ataupun rakan untuk menolong menguruskan hal-hal seperti ini.

  • Cuba Pakai Gaun Pengantin

Gaun pengantin baru mungkin sudah siap dibuat dan disimpan di rumah sebulan awal sebelum majlis. Pengantin baru dinasihati agar mencuba sekali lagi gaun tersebut supaya ia betul-betul “fit” dengan badan anda. Ramai pengantin baru akan berdiet dan bersenaman untuk mendapat bentuk badan yang lebih sempurna untuk hari perkahwinan nanti. Jadi, mungkin terdapat perubahan saiz badan yang pada masa yang sama gaun pengantin  yang dicuba pakai sebulan awal tersebut sudah menjadi tidak berapa sesuai dan permindaan diperlukan. Jika ianya sedemian, pengantin baru harus membawa gaun tersebut ke butik pengantin agar diubah suai secepat mungkin.

  • Sediakan Gift Kahwin

Gift kahwin yang dibeli untuk tetamu jemputan perlu disediakan. Contohnya jika anda membeli kotak gula-gula bulat ataupun tin untuk mengisi coklat, gula-gula ataupun cookies, maka pengantin baru harus mengisi kesemua isi kandungan ke dalam kotak atau tin tersebut. Jangan pandang remeh kerana tugas ini agak memakan masa.

tin bulat gan ferrero MMTS-Green-candy Watermark RCBO Watermark

  • Simpan Barang-barang Yang Akan Dibawa Ke Majlis Di dalam Bekas

Pada hari perkahwinan nanti, terdapat banyak barang-barang kegunaan yang akan dibawa ke majlis perkahwinan. Antaranya seperti album untuk tandatangan tetamu, bahan-bahan solek, kad nombor meja, senarai nama tetamu dan lain-lain lagi. Kesemua ini perlu diisi dalam bekas khas dan diperikas betul-betul agar tidak ada yang terlupa bawa nanti.

Antara contoh di atas hanya merupakan sebahagian kecil check list yang perlu dibuat oleh pengantin baru. Yang paling penting, pengantin baru harus relaks dan tidur secukupnya serta menjaga kesihatan diri agar dapat memberi penampilan yang paling sempurna di hari perkahwinan tersebut. 🙂

Hari Yang Sesuai Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan di negara kita biasanya diadakan pada masa tertentu. Biasanya tuan rumah ataupun pengantinbaru akan memilih hari di mana tetamu jemputan majlis mempunyai masa untuk hadir.

Cuti sekolah Merupakan Hari Yang Paling Popular untuk majlis perkahwinan

Cuti sekolah amat sesuai untuk berkahwin kerana pada masa tersebut, anak-anak yang bersekolah telah cuti. Ibu bapa boleh membawa sekali anak mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan. Pengantin baru perlu mengambil kira tetamu yang dari luar bandar di mana mereka perlu membawa sekali anak-anaknya untuk datang bersama.

Di samping itu, hujung minggu, cuti kelepasan am juga merupakan hari yang dipilih ramai untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Kos Majlis Perkahwinan Lebih Mahal Pada Musim Cuti

Oleh kerana ramai yang memilih cuti sekolah, cuti am ataupun hujung minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan, maka barang-barang perkahwinan pada masa itu cenderung lebih mahal. Peniaga tahu tibanya musim berkahwin, mereka akan meninggikan harga jualan barangan mereka. Antara benda-benda yang mungkin naik harga ialah seperti sewa dewan, harga katering, jurufoto dan juru kamera, upah mak andam, cenderahati perkahwinan dan sebagainya.

10933345_1533186623632872_1415815444_n

Oleh itu, bakal pengantin baru harus membuat pilihan yang baik untuk hari perkahwinan mereka dan pada masa yang sama cuba untuk mendapatkan harga yang berpatutan untuk barang-barang perkahwinan yang hendak dibeli.

Melamar Kekasih

b

Setiap kekasih perlu melalui proses melamar kekasih. Proses ini sangat penting kerana sekiranya tidak dilakukan dengan baik, kekasih anda mungkin tidak akan mengangguk kepala dan bersetuju untuk mengahwini anda.

Tempat-tempat Yang Sesuai Untuk Melamar Kekasih

1) Restoran

Restoran merupakan tempat yang paling sesuai untuk melamar kekasih. Anda boleh terlebih dahulu membuat aturan dengan pemilik restoran dengan memberitahu mereka niat anda. Contohnya, meminta mereka menghidangkan makanan yang istimewa, menyediakan pemain gitar untuk memainkan lagu dan lain-lain aturan yang memberikan kejutan kepada kekasih anda. Pastikan sejambak bunga ros dan cincin disediakan terlebih dahulu untuk melamar kekasih.

2) Tempat Awam

Ramai juga yang melamar kekasih di supermarket. Pihak lelaki akan menyuruh kawan-kawannya untuk membuat perancangan. Contohnya, tiba-tiba muncul di depan kekasih perempuan dengan sejambak bunga dan membuat lamaran.

Setelah berjaya membuat lamaran, langkah seterusnya yang patut dijalankan ialah mengatur perjumpaan kedua-dua pihak ibu bapa untuk berbincang secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. Antaranya ialah jumlah mas kahwin yang perlu disediakan, jenis dulang hantaran yang diperlukan, tarikh perkahwinan dan sebagainya.

Apabila perbincangan kedua-dua pihak dah siap, maka bermula-lah proces perancangan majlis perkahwinan. Bermula dengan mencari butik pengantin untuk mendapatkan baju pengantin, menetapkan senarai tetamu yang ingin dijemput hadir ke majlis, membeli gift kahwin, mencari juru kamera mdan foto, sehingga ke mencari katering, kanopi dan sebagainya amat memakan masa dan kos. Ini amat memenatkan.

3 Nasihat Perkahwinan Yang Harus Diikut

mixed Marriage

Setiap orang ingin mencari pasangan hidup yang di mana kita boleh menghabiskan setiap detik yang ada bersama sehingga tua dan meninggal. Anggaran lebih kurang 50 tahun kita akan hidup bersama pasangan hidup yang bakal kita pilih. Cuba bayangkan ketika kita dah tua, duduk di kerusi goyang di halaman rumah bersama pasangan hidup dan menikmati suasana tiupan angin dingin bersama. Ini merupakan idaman setiap orang sebelum melangkah ke dunia perkahwinan. Namun, tidak senang bagi setiap orang untuk menikmati situasi yang bahagia ini. Walaupun ketika bernikah, sumpahan telah dibuat di antara dua pihak di mana tidak kira kaya atau miskin, sihat atau sakit, segala dugaan hidup akan dilalui bersama secara berganding bahu, akan tetapi realitinya tidak semudah yang kita idami.

Namun, ini tidak bermakna perkahwinan itu suatu benda yang tidak baik. Ia boleh jadi baik dan pada masa yang sama ia boleh juga jadi tidak baik. Ini terpulang kepada bagaimana perkahwinan tersebut diuruskan. Berikut merupakan nasihat perkahwinan  yang akan memberi manfaat kepada anda.

  1. Perkahwinan Adalah Sukar

Anda perlu menghabiskan masa 60 – 70 tahun bersama pasangan anda, menerima segala kelemahan dan kesilapan yang beliau ada dan pada masa yang sama mengharapkan beliau menerima juga segala kelemahan dan kesilapan anda. Kadang kala pergaduhan dan pertengkaran akan berlaku. Tetapi terdapat juga masa kegembiraan, keseronokan dan kebahagian. Kita perlu ingat, perkahwinan tidak mudah tetapi ia akan berbaloi.

  1. Perkahwinan Memerlukan Pengorbanan

Selepas membina rumah tangga, anda perlu membuat pengorbanan. Contohnya pihak lelaki tidak boleh sentiasa menghabiskan masa untuk menonton wayang ataupun bermain computer. Manakala pihak perempuan juga tidak boleh sentiasa pergi shopping. Pengorbanan oleh kedua-dua pihak diperlukan seadil yang mungkin. Jika pengorbanan hanya dilakukan oleh satu pihak, masalah akan timbul. Contohnya mengurangkan masa membeli-belah ataupun bermain computer untuk menemani pasangan anda untuk membuat kerja rumah.

  1. Perkahwinan Mengubah

Perubahan yang berlaku biasanya mengikut peredaran masa. Anda mampu mengubah pasangan anda dan sebaliknya beliau juga mampu mengubah anda. Perubahan ke atas hobi, makanan, minuman, wayang dan lain-lain merupakan perkara yang saling mempengaruhi setelah lama tinggal bersama.

 

Bunga Untuk Semua Majlis

Pemberian bunga kepada kawan-kawan serta ahli keluarga untuk hadiah harijadi mereka merupakan satu idea yang bernas. Mereka yang menerimanya pada hari kebesaran mereka akan berasa hadiah tersebut sangat istimewa dan sukar untuk dilupakan. Pada pendapat saya, hadiah bunga merupakan idea terbaik untuk semua majlis sama ada majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis tamat pengajian dan sebagainya. Namun, agak sukar untuk memilih bunga yang sesuai untuk majlis-majlis tertentu. Ini kerana di pasaran terdapat banyak jenis bunga dan setiap jenis bunga tersebut beraneka warna. Di sini, ada beberapa cadangan untuk renungan anda sekiranya anda berminat untuk menyediakan hadiah bunga kepada kawan-kawan.

rose

Memandangkan setiap orang dilahirkan pada hari dan bulan yang berbeza, maka dengan menggunakan perbezaaan tarikh ini, ia memudahkan tugas anda ketika memilih jenis bunga.

  • Januari

Untuk mereka yang lahir pada bulan Januari, bunga yang berwarna putih disyorkan. Anda boleh memilih bunga ros yang berwarna putih ataupun bunga teratai putih (Lily).

  •  Februari

Untuk bulan Februari, bunga primroses atau violets merupakan pilihan utama. Bulan Februari juga merupakan bulan di mana para kekasih khususnya di Negara-negara barat menyambut “Valentine’s Day”.

  • Mac

Mac adalah bulan musim bunga dan anda boleh memilih mana-mana warna yang menonjol. Contohnya warna Kuning. Bunga bakung (Daffodils) pasti akan kelihatan hebat sebagai hadiah untuk harijadi atau majlis-majlis lain.

BungaBakungKuning

  •  April

Untuk yang lahir pada bulan April, warna bunga yang paling sesuai ialah warna merah jambu. Contohnya bunga daisy ataupun juga dikenali sebagai bunga matahari. Anda boleh memilih menghadiahi mereka sejambak bunga merah jambu atau bunga hadiah yang siap dihiasi dalam pasu bunga.

  •  Mei

Untuk bulan Mei, anda boleh memberi hadiah bunga hawthorn atau bunga teratai untuk orang tersayang. Anda juga boleh memilih kombinasi kedua-dua jenis bunga tersebut. Penambahan hadiah lain seperti coklat boleh diturut serta semasa penghantaran hadiah bunga tersebut.

may

  •  Jun

Untuk bulan Jun, bunga ros bunga merupakan pilihan yang terbaik.

  •  Julai

Seperti bulan April, bunga warna merah jambu juga merupakan bunga yang paling sesuai sebagai hadiah kepada mereka yang lahir pada bulan Julai. Bunga boleh memilih bunga Larkspur.

  •  Ogos

Untuk bulan Ogos, saya sekali lagi akan mencadangkan bunga warna  kuning, tetapi jenis bunga yang berbeza. Gladioli dan Poppies merupakan bunga yang sesuai.

  •  September & Oktober

Untuk bulan September dan Oktober, bunga ungu dan oren adalah disyorkan untuk bulan-bulan tersebut. Anda boleh menambah kad ucapan pada bunga tersebut.

  •  November & Disember

Bagi bulan November dan Disember, anda boleh memilih mana-mana warna yang terang dan jelas. Kekwa dan Narcissus adalah hadiah yang terbaik untuk dua bulan terakhir tahun ini.

kekwa

and Narcissus

Kek Perkahwinan

cherry blossom candle

Salah satu tetamu penting ke majlis perkahwinan anda diliputi dalam gula. Tidak! Bukan muka adik sepupu anda yang diliputi gula, tetapi ialah kek perkahwinan.

Majlis perkahwinan tidak akan sempurna atau lengkap tanpa penyediaan kek. Di perantaraan majlis, pengantin baru akan dijemput ke pentas untuk memotong kek bersama. Pemotongan kek perkahwinan bersama oleh sepasang pengantin baru dipercayai sebagai lambang keinginan dan kerelaan perkongsian suka dan duka oleh kedua-dua pengantin.

Petua Untuk Memilih Kek Perkahwinan

Untuk memilih kek perkahwinan, perkara utama yang pengantin baru perlu risau ialah rasa. Berkaitan dengan rasa kek, ia sebenarnya amat senang untuk diselesaikan. Pengantin baru hanya perlu menghubungi tukang kek yang berhampiran dan membuat perjanjian untuk mencuba kek-kek yang ada. Di situ, saya pasti anda akan ghairah dengan pelbagai jenis pilihan rasa yang ada.

Setelah pilihan rasa dibuat, langkah kedua ialah menentukan desain yang anda nak. Pengantin baru boleh merujuk kepada tema perkahwinan yang mereka bakal adakan. Desain kek tersebut boleh sama ada bercorak moden atau tradisinal. Semua tetamu jemputan kahwin akan menumpukan perhatian kepada kek yang anda letakkan di pentas dewan. Jadi, pastikan ia betul-betul cantik, elegan dan menawan.

calla lily candle

Untuk menarik perhatian ramai, caranya ialah bersifat kreatif. Pengantin baru boleh menyuruh tukang kek menambah warna di atas kek perkahwinan yang secara tradisinalnya hanya berwarna putih. Reben yang berwarna-warni juga boleh dihiasi di sekeliling kek tersebut. Di permukaan kek tersebut, mesej peribadi atau nama pengantin baru boleh ditulis.

Cupcakes juga merupakan trend masa kini. Pengantin baru juga memilih bentuk, rasa serta desain yang mereka rasakan bersesuaian dengan majlis.

cake candle

Lilin Berbentuk Kek Perkahwinan