Tag Archive | pakej perkahwinan

Kebaikan Kunjungi Butik Pengantin

Butik pengantin merupakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai servis yang diperlukan semasa mengadakan majlis perkahwinan. Di situ, boleh dikatakan semua barangan yang bakal pengantin baru ingin beli ada, malahan barangan yang tidak terfikir tetapi diperlukan semasa majlis perkahwinan juga ada dijual.

baju-pengantin-2

Memilih Dan Mencuba Gaun Pengantin

Barangan utama yang dijual di butik pengantin ialah gaun pengantin. Pengantin baru boleh memilih dan mencuba ke semua gaun pengantin yang terdapat di situ. Jika saiz tidak muat ataupun terlalu longgar, pengusaha akan bertanggungjawab untuk mengubah suai sehingga berpadanan dengan bentuk badan. Biasanya di butik pengantin, mereka akan menawarkan pakej perkahwinan. Pakej perkahwinan yang paling popular ialah gaun pengantin bersama album gambar. Pengantin baru yang membeli ataupun menyewa gaun pengantin di butik pengantin tersebut, akan ditawarkan servis pengambilan gambar oleh jurufoto yang terlatih. Gambar-gambar yang dihasilkan akan diisi dalam album photo yang cantik dan dijadikan sebagai kenangan pengantin baru.

Juru Solek Atau Mak Andam

Andaman ataupun “make up” juga merupakan servis yang popular di butik pengantin. Mereka mempunyai mak andam yang profesional untuk “wedding make up”. Semasa sesi ambil gambar dalam pakej perkahwinan, sesi andaman adalah termasuk dalam pakej tersebut. Di samping itu, pengantin baru juga boleh membuat temu janji dengan butik pengantin jikalau mereka inginkan juru solek untuk buat andaman pada hari perkahwinan.

Mereka Cipta Pelamin Dan Cenderahati Perkahwinan

Pelamin merupakan satu pesta yang mesti untuk pasangan pengantin baru ketika hari perkahwinan. Perekaan pelamin yang cantik merupakan idaman setiap pengantin baru. Jika bajet mencukupi, ia seharusnya ditugaskan kepada mereka yang profesional. Kebanyakan butik pengantin ada menyediakan servis ini. Mereka akan membuat mengikut kehendak ataupun idea anda dan jika apa-apa yang perlu ditokok tambah,  mereka akan memberitahu anda. Begitu juga dengan cenderahati perkahwinan. Untuk tanda terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis, kan tuan rumah selalunya akan sediakan gift untuk tetamu. Butik pengantin boleh menolong tuan rumah untuk mengatur kesemuanya ataupun tuan rumah boleh membeli secara terus dengan pembekal cenderahati perkahwinan.

pelamin

RCBE

Bagaimanakah Perkahwinan Destinasi Boleh Menjimatkan Wang Anda?

b

Bayangkan diri anda berada di lokasi tropika yang indah untuk berkahwin serta suasana sekeliling dan resort hotel yang indah dan cantik. Bunyi macam mahal ajer kan? Sebenarnya tidak jika dibandingkan dengan kos berkahwin di tempat asal. Di sini, saya akan menjelaskan bagaimana perkahwinan destinasi lebih menjimatkan wang berbanding majlis yang diadakan di kampung halaman.

  • Tetamu Kurang = Kos Murah

Biasanya kos perkahwinan secara langsungnya ditentukan oleh bilangan tetamu yang dijemput hadir. Ramai tetamu bermakna banyak wang perlu dibelanjakan untuk makanan, minuman, sewa kerusi meja, cenderahati perkahwinan dan lain-lain lagi. Dengan memilih perkahwinan destinasi, jarak jauh merupakan limitasi kepada tetamu. Bukan semua tetamu yang boleh hadir ke destinasi majlis anda. Dengan itu, lebih senang untuk anda membuat senarai tetamu yang hendak dijemput. Biasanya hantar ahli keluarga, saudara mara terdekat dan kawan karib sahaja yang akan dijemput dan akan hadir. Bagi pengantin baru yang inginkan majlis perkahwinan yang besar untuk menjemput semua kenalan mereka, perkahwinan destinasi tidak sesuai. Akan tetapi untuk pengantin baru yang ingin meminimakan kos perkahwinan, ini merupakan cara terbaik.

  •  Majlis Perkahwinan Dan Berbulan Madu Di Tempat Yang Sama

Dengan perkahwinan destinasi, pengantin baru boleh berbulan madu di tempat tersebut juga. Biasanya di resort hotel ada menyediakan pakej perkahwinan di mana pekerja mereka akan menolong anda untuk membuat segala perancangan. Anda hanya perlu berurusan dengan satu vendor saja iaitu pekerja resort. Pekerja resort sangat berpengalaman kerana mereka membuat kerja ini setiap masa. Mereka boleh meringankan beban anda dari segi tekanan dan kewangan. Terdapat juga resort hotel yang membuat tawaran “Tempah Majlis Perkahwinan Di Sini Dan Nikmati 4 Hari Penginapan Percuma”.

Tips Untuk Perkahwinan Destinasi

Jika anda bercadang untuk memilih perkahwinan destinasi, tips berikut boleh dijadikan rujukan.

  • Pilih Pakej Yang Disediakan Oleh Hotel

             Pakej yang disediakan biasanya lebih murah berbanding tempahan khas.

  •  Pilih lokasi yang boleh diakses untuk tetamu anda

              Pastikan lokasi yang dipilih senang dicapai. Terdapat pengangkutan ke tempat tersebut.

  •  Berkahwin Di Musim Biasa

             Jangan pilih musim cuti kerana caj pada musim tersebut lebih mahal.