Tag Archive | gift kahwin

Set Manicure Untuk Tetamu Majlis

Jika anda sedang mencari gift ataupun hadiah yang sesuai untuk sesuatu majlis, sama ada majlis perkahwinan ataupun majlis perniagaan, set manicure merupakan item yang paling sesuai dan pratikal. Contohnya untuk majlis perkahwinan, biasanya kotak yang diisi coklat ataupun kek diberikan kepada tetamu. Tetapi cuba anda lihat keadaan di dewan selepas tamatnya majlis tersebut. Anda akan mendapati kotak yang disediakan sebagai cenderahati perkahwinan dibuang merata tempat setelah coklat ataupun kek yang diisi di dalam habis di makan.

Sebaliknya jika anda menyediakan set manicure ini sebagai gift kahwin, keadaan yang sebaliknya akan berlaku. Tiada sesiapa yang akan meninggalkan set manicure tersebut selepas majlis. Sebaliknya jika ada yang tertinggal atau terlupa ambil akan di ambil oleh tetamu yang lain untuk balik ke rumah. Kenapakah berlakunya dua senario yang berbeza? Jawapannya kerana gift yang disediakan oleh tuan rumah itu pratikal atau tidak. Jika pratikal bermaksud si penerima boleh mengguna pakai item tersebut di tempat lain.

5 Kandungan Dalam 1 Set Manicure

1) Pengasah Kuku

2) Pengorek Telinga

3) Penggunting Kutu

4) Klip Bulu Kening

5) Cermin

Set Manicure

Di samping itu, pengeluar set manicure yang prihatin telah menambah seutas tali penggantung untuk setiap set agar senang diambil. Tiada sebarang tulisan di atas set manicure berbentuk bulat ini. Jika anda ingin menyampaikan sebarang mesej, sticker boleh dibuat and ditampal pada set ini. Klik Sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

Check List Yang Perlu Dibuat Menjelang Hari Perkahwinan

Apabila hampir tiba masanya hari perkahwinan, pengantin baru perlu membuat beberapa semakan ke atas segala bahan-bahan yang akan diguna pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Langkah ini amat penting dan perlu dilaksanakan beberapa hari awal sebelum majlis agar tidak tergopoh gapah nanti. Terdapat beberapa item yang perlu dibuat semakan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Lantik Pembantu

Pada hari perkahwinan nanti, banyak perkara yang perlu diuruskan. Antaranya seperti melayan tetamu yang datang, sesi mengambil gambar bersama dan lain-lain lagi. Ramai tetamu jemputan akan memberi hadiah sama ada berupa wang tunai ataupun cenderahati perkahwinan kepada pengantin baru. Di sini, pembantu yang boleh dipercayai amat diperlukan. Pengantin baru boleh melantik ahli keluarga ataupun rakan untuk menolong menguruskan hal-hal seperti ini.

  • Cuba Pakai Gaun Pengantin

Gaun pengantin baru mungkin sudah siap dibuat dan disimpan di rumah sebulan awal sebelum majlis. Pengantin baru dinasihati agar mencuba sekali lagi gaun tersebut supaya ia betul-betul “fit” dengan badan anda. Ramai pengantin baru akan berdiet dan bersenaman untuk mendapat bentuk badan yang lebih sempurna untuk hari perkahwinan nanti. Jadi, mungkin terdapat perubahan saiz badan yang pada masa yang sama gaun pengantin ¬†yang dicuba pakai sebulan awal tersebut sudah menjadi tidak berapa sesuai dan permindaan diperlukan. Jika ianya sedemian, pengantin baru harus membawa gaun tersebut ke butik pengantin agar diubah suai secepat mungkin.

  • Sediakan Gift Kahwin

Gift kahwin yang dibeli untuk tetamu jemputan perlu disediakan. Contohnya jika anda membeli kotak gula-gula bulat ataupun tin untuk mengisi coklat, gula-gula ataupun cookies, maka pengantin baru harus mengisi kesemua isi kandungan ke dalam kotak atau tin tersebut. Jangan pandang remeh kerana tugas ini agak memakan masa.

tin bulat gan ferrero MMTS-Green-candy Watermark RCBO Watermark

  • Simpan Barang-barang Yang Akan Dibawa Ke Majlis Di dalam Bekas

Pada hari perkahwinan nanti, terdapat banyak barang-barang kegunaan yang akan dibawa ke majlis perkahwinan. Antaranya seperti album untuk tandatangan tetamu, bahan-bahan solek, kad nombor meja, senarai nama tetamu dan lain-lain lagi. Kesemua ini perlu diisi dalam bekas khas dan diperikas betul-betul agar tidak ada yang terlupa bawa nanti.

Antara contoh di atas hanya merupakan sebahagian kecil check list yang perlu dibuat oleh pengantin baru. Yang paling penting, pengantin baru harus relaks dan tidur secukupnya serta menjaga kesihatan diri agar dapat memberi penampilan yang paling sempurna di hari perkahwinan tersebut. ūüôā

Melamar Kekasih

b

Setiap kekasih perlu melalui proses melamar kekasih. Proses ini sangat penting kerana sekiranya tidak dilakukan dengan baik, kekasih anda mungkin tidak akan mengangguk kepala dan bersetuju untuk mengahwini anda.

Tempat-tempat Yang Sesuai Untuk Melamar Kekasih

1) Restoran

Restoran merupakan tempat yang paling sesuai untuk melamar kekasih. Anda boleh terlebih dahulu membuat aturan dengan pemilik restoran dengan memberitahu mereka niat anda. Contohnya, meminta mereka menghidangkan makanan yang istimewa, menyediakan pemain gitar untuk memainkan lagu dan lain-lain aturan yang memberikan kejutan kepada kekasih anda. Pastikan sejambak bunga ros dan cincin disediakan terlebih dahulu untuk melamar kekasih.

2) Tempat Awam

Ramai juga yang melamar kekasih di supermarket. Pihak lelaki akan menyuruh kawan-kawannya untuk membuat perancangan. Contohnya, tiba-tiba muncul di depan kekasih perempuan dengan sejambak bunga dan membuat lamaran.

Setelah berjaya membuat lamaran, langkah seterusnya yang patut dijalankan ialah mengatur perjumpaan kedua-dua pihak ibu bapa untuk berbincang secara terperinci perkara-perkara yang berkaitan dengan majlis perkahwinan. Antaranya ialah jumlah mas kahwin yang perlu disediakan, jenis dulang hantaran yang diperlukan, tarikh perkahwinan dan sebagainya.

Apabila perbincangan kedua-dua pihak dah siap, maka bermula-lah proces perancangan majlis perkahwinan. Bermula dengan mencari butik pengantin untuk mendapatkan baju pengantin, menetapkan senarai tetamu yang ingin dijemput hadir ke majlis, membeli gift kahwin, mencari juru kamera mdan foto, sehingga ke mencari katering, kanopi dan sebagainya amat memakan masa dan kos. Ini amat memenatkan.

Door Gift Jenis Apa Yang Harus Disediakan Kepada Tetamu VIP?

Faridah : abang, door gift kahwin untuk tetamu jemputan dah ada. Yang untuk tetamu VIP pula macam mana?

Kamal    : sayang, abang pun pening kepala ni. Dah banyak item kita lihat, macam tak berapa sesuai ajer. Tak cukup standard.

Faridah : yelar bang. Yang item kita lihat macam biasa ajer, tak ada kelainan dengan gift kahwin yang lain. Untuk VIP, kita nak yang special, cantik, elagan, unik dan

                      mewah. Cam tu baru tetamu VIP kita gembira.

Kamal    : Kita cuba cari lagi. Saya rasa pastinya ada gift kahwin yang sesuai.

Anda sebagai bakal pengantin baru juga menghadapi masalah sedemikian? Di sini ada beberapa item yang sesuai untuk tetamu VIP.

Cenderahati Kahwin Untuk Tetamu VIP

  • Lilin Berbentuk¬†Rose

Lilin bulat rose berbentuk bulat. Di permukaan lilin tersebut diukir dengan bunga-bunga rose kecil. Saiz lilin ini ialah Panjang (L) 6.0cm x Lebar (W) 6.0cm x Tinggi (H) 6.0cm. Setiap unit lilin rose disimpan dalam satu kotak lutsinar yang bersaiz¬†Panjang (L) 7.0cm x Lebar (W) 7.0cm x Tinggi (H) 7.0cm. Di luar kotak pula diikat dengan satu riben organza dan disertai sekeping tag bertulis “Thank You”.

Rose Ball Candle

small rose ball candle

Keychain Sebagai Gift Kahwin

Rantai kunci ataupun keychain sering digunakan untuk diberikan kepada tetamu jemputan sesuatu majlis. Kepelbagaian reka bentuk keychain yang ada di pasaran menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan cenderahati perkahwinan, hadiah harijadi, door gift untuk majlis korporat dan sebagainya.

Reka bentuk rantai kunci pada masa dahulu amat ringkas. Tujuan utama keychain pada masa tersebut semata-mata untuk menggantung kunci. Sasaran pengguna juga tertumpu kepada isi rumah. Pada hari ini, pasaran untuk keychain telah menjadi semakin besar. Antara faktor yang mempengaruhi pertambahan tersebut ialah terdapatnya banyak rekaan baru yang bersesuaian untuk majlis tertentu dan harga jualan untuk keychain yang semakin murah.

1amd love arrow   2amd

4amd couple love

5amd love rose

6amd

7amd

8amd

9amd   13amd

11amd chinese couple love

12amd

 Kami, Mylovelywedding Gifts merupakan pemborong dan pembekal keychain yang dapat membantu anda untuk mencari keychain murah yang adan kehendaki. Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

DIY Sendiri Cenderahati Perkahwinan

DIY sendiri cenderahati perkahwinan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengantin baru dan tuan rumah. DIY secara sendiri bukan sahaja boleh menghasilkan gift kahwin yang istimewa dan unik, malahan ia juga merupakan langkah yang drastik untuk menjimatkan kos khususnya untuk pengantin baru yang mana bajet mereka tinggal tidak seberapa setelah wang simpanan mereka banyak dihabiskan untuk item-item lain seperti bayaran kepada katering, mas kahwin, pakaian pengantin dan sebagainya. 

Bagaimana Untuk Memulakan DIY Cenderahati Perkahwinan

Jika anda ingin membuat sendiri cenderahati kahwin untuk majlis perkahwinan anda, terlebih dahulu anda harus mengetahui jenis cenderahati yang anda ingin sediakan. Contohnya jika anda ingin menyediakan bunga telur kepada pengantin, maka anda boleh mencari idea bagaimana untuk membuat bunga telur tersebut. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Berikut merupakan beberapa bahan yang sentiasa menjadi pilihan ramai ketika merancang untuk membuat sendiri cenderahati.

1) Reben Satin

20mm with code

2) Buckles

Larga Heart

Mini Love (2)

Oval

3) Kotak Gula-gula atau Mint Tin

round empty tin

RCBE

4) Bunga Lavender atau Bunga Ros

green rose

IMG_7725

IMG_7726

red rose

5) Hot Glue Gun

WGF-3002L

Anda boleh menghasilkan pelbagai rekaan gift kahwin dengan adanya bahan-bahan diatas, Anda boleh merujuk kepada gambar-gambar di bawah untuk memulakan DIY anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

2013-08-14 08.07.18

2013-11-12 10.13.40AMD

2013-10-22 10.16.08

2013-10-08 15.31.27

lavender

LT Pink

Bgroup

Tema Perkahwinan Berwarna Merah

Ramai pengantin baru suka memilih warna tema kahwin yang berwarna merah. Ini disebabkan warna merah lebih menggambarkan keceriaan dan kegembiraan.

Bagi masyarakat Cina, warna merah sering menjadi pilihan utama semasa perayaan Tahun Baru dan majlis-majlis perkahwinan ataupun harijadi. Mereka percaya warna merah cukup “Ong” ataupun Bertuah. Oleh itu, pakaian-pakaian merah sering menjadi pilihan.

Berikut merupakan salah satu gift kahwin bertema warna merah yang ditempah oleh salah satu tuan rumah untuk majlis anaknya. Kotak gula-gula ini bersaiz D75mm x H50mm. Tuan rumah boleh mengisi telur, coklat dan gula2 di dalamnya. Setiap penutup kotak dihiasi dengan bunga lavender dan reben satin.

red lavender box

//