Tag Archive | gaun pengantin

Kebaikan Kunjungi Butik Pengantin

Butik pengantin merupakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai servis yang diperlukan semasa mengadakan majlis perkahwinan. Di situ, boleh dikatakan semua barangan yang bakal pengantin baru ingin beli ada, malahan barangan yang tidak terfikir tetapi diperlukan semasa majlis perkahwinan juga ada dijual.

baju-pengantin-2

Memilih Dan Mencuba Gaun Pengantin

Barangan utama yang dijual di butik pengantin ialah gaun pengantin. Pengantin baru boleh memilih dan mencuba ke semua gaun pengantin yang terdapat di situ. Jika saiz tidak muat ataupun terlalu longgar, pengusaha akan bertanggungjawab untuk mengubah suai sehingga berpadanan dengan bentuk badan. Biasanya di butik pengantin, mereka akan menawarkan pakej perkahwinan. Pakej perkahwinan yang paling popular ialah gaun pengantin bersama album gambar. Pengantin baru yang membeli ataupun menyewa gaun pengantin di butik pengantin tersebut, akan ditawarkan servis pengambilan gambar oleh jurufoto yang terlatih. Gambar-gambar yang dihasilkan akan diisi dalam album photo yang cantik dan dijadikan sebagai kenangan pengantin baru.

Juru Solek Atau Mak Andam

Andaman ataupun “make up” juga merupakan servis yang popular di butik pengantin. Mereka mempunyai mak andam yang profesional untuk “wedding make up”. Semasa sesi ambil gambar dalam pakej perkahwinan, sesi andaman adalah termasuk dalam pakej tersebut. Di samping itu, pengantin baru juga boleh membuat temu janji dengan butik pengantin jikalau mereka inginkan juru solek untuk buat andaman pada hari perkahwinan.

Mereka Cipta Pelamin Dan Cenderahati Perkahwinan

Pelamin merupakan satu pesta yang mesti untuk pasangan pengantin baru ketika hari perkahwinan. Perekaan pelamin yang cantik merupakan idaman setiap pengantin baru. Jika bajet mencukupi, ia seharusnya ditugaskan kepada mereka yang profesional. Kebanyakan butik pengantin ada menyediakan servis ini. Mereka akan membuat mengikut kehendak ataupun idea anda dan jika apa-apa yang perlu ditokok tambah,  mereka akan memberitahu anda. Begitu juga dengan cenderahati perkahwinan. Untuk tanda terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis, kan tuan rumah selalunya akan sediakan gift untuk tetamu. Butik pengantin boleh menolong tuan rumah untuk mengatur kesemuanya ataupun tuan rumah boleh membeli secara terus dengan pembekal cenderahati perkahwinan.

pelamin

RCBE

4 Perkara Yang Patut Dijauhi Oleh Pengantin Baru Semingu Sebelum Majlis

Masa yang tinggal hanya beberapa hari sebelum hari besar anda. Di tangan ada ada senarai semak panjang yang perlu disediakan dan dibuat pada majlis perkahwinan anda. Namun begitu, ada beberapa perkara yang tidak patut dibuat menjelang hari perkahwinan anda.

CN Digital Studio

1. Warna Rambut Baru

Menurut pakar rambut dan pemilik Paul Labrecque Salon & Spa dari New York, pengantin baru harus mengelakkan daripada mewarnai rambut mereka seminggu sebelum majlis mereka. Alasan yang diberikan oleh beliau ialah anda tidak pasti sama ada warna baru tersebut dapat memadani warna kulit anda. Namun menurut beliau, jika anda telah mewarnai rambut anda dan mendapati warna tersebut benar-benar tidak sesuai, perwarnaan semula boleh dibuat sekiranya ia tidak mendatangkan sebarang kerosakan kepada rambut anda.

hair style

2. Perubahan Yang Mendadak Gaya Rambut

Percubaan perkahwinan dan segala yang berkaitan telah dirancang 3 bulan awal sebelum majlis. Pengantin baru dinasihati agar mengekalkan gaya rambut yang sama kerana gaya rambut baru mungkin tidak kelihatan cantik dengan gaun pengantin, rantai leher dan segala aksesori perkahwinan yang telah ditempah sejak 3 bulan lepas. Pemilik butik pengantin Dana Wood mencadangkan agar rambut pengantin hanya boleh dipotong ¼” sebulan sebelum majlis untuk menghilang hujung rambut yang mungkin bercabang.

alkohol

3. Minuman Beralkohol atau berkarbonat

Minuman beralkohol ataupun berkarbonat mengandungi kalori yang tinggi. Ia harus dijauhi supaya anda tidak menjadi gemuk dan tidak kelihatan cantik di hari tersebut. Ia juga akan memudaratkan kesihatan. Anda baru saya membina rumah tangga baru, sudah pastinya anda ingin mengekalkannya sepanjang hayat. Jangan biasakan masalah kesihatan yang berpunca daripada alcohol dan minuman berkarbonat merosakkan rumah tangga anda.

new workout

4. Senaman Baru

Kekalkan kepada jadual yang anda buat sekarang untuk senaman. Jangan cuba senaman baru kerana otot-otot badan yang sakit atau lesuh tidak mungkin dapat pulih baik dalam masa seminggu. Anda semestinya tidak inginkan kesakitan otot badan mengganggu perasaan dan prestasi di hari tersebut. Jika anda ingin kuruskan badan, mulakan program latihan senaman baru sebelum mencuba pakaian pengantin. Sebaliknya jika anda ingin meredakan tekanan pra-perkahwinan, anda boleh mengajak rakan-rakan untuk berjogging di taman bunga.

Ekonomi Tak Baik, Masih Nak Sediakan Cenderahati Perkahwinan Ke?

Si Suami: Sayang, masih perlukah kita menyediakan cenderahati perkahwinan semasa majlis perkahwinan kita nanti?

Si Isteri: Mesti-lah bang. Kan ia sangat penting sebagai tanda terima kasih kepada sanak-saudara serta kawan-kawan yang sudi menghabiskan masa dan wang untuk menghadiri majlis kita.

Si suami: Tapi sayang, sekarang ekonomi tak baik, inflasi semakin meningkat, nilai mata wang kita semakin merosot. Masa dulu RM1 boleh beli 10 keping pisang goreng. Sekarang dengan RM1 kita hanya mampu beli 2 atau 3 keping ajer. Kita dah pakai banyak duit untuk membeli gaun pengantin, mengupah perkhidmatan katering yang famous, upah juru gambar dan jurufoto, upah juru mekap, perhiasan pelamin dan sebagainya…abang berada di ambang muflis ni… 😦

Si Isteri: Abang, jangan la sakit hati. Duit yang dibelanjakan boleh didapat balik. Abang perlu bersyukur kerana dapat isteri yang baik seperti saya…  🙂 Cenderahati perkahwinan yang kita hendak sediakan tidak semestinya mahal. Asalkan ia unik, berkualiti dan bersesuaian dengan tema perkahwinan kita..then O.k lah..

Si Suami: O.K la sayang..abang ikut sajer semua kehendak awak. Kahwin pun hanya sekali seumur hidup..lets do it..kita buat survey dan cari cenderahati perkahwinan yang murah, unik, cantik dan elegan untuk hari “Raja Sehari” nanti.

Jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Murah, Unik dan Elegan

Lilin merupakan cenderahati perkahwinan yang popular. Lilin yang dihasilkan oleh pengilang sebagai lilin perkahwinan biasanya terdiri daripada benda-benda yang anda biasa lihat di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Contohnya lilin berbentuk gaun pengantin, lilin berbentuk kek perkahwinan, lilin berbentuk bunga ros dan sebagainya. Lilin ini juga mempunyai pelbagai jenis warna dan saiz. Ciri-ciri kepelbagaian ini membolehkan lilin yang ada dapat diseragamkan dengan tema majlis perkahwinan anda. Harga untuk setiap lilin juga adalah berbeza. Dengan itu, anda mampu memilikinya dengan bajet yang sedia ada. Lilin yang ada di pasaran biasanya dalam set yang diisi di dalam kotak khas. Anda boleh menghiasinya dengan reben serta menambahkan kad ucapan yang bertulis tarikh, masa dan lokasi majlis anda.

Gown Candle Pink

Angsa cherry blossom candle cake candle apple my eye small rose ball candle calla lily candle