Pemborong Dan Peruncit Bunga Lavender

Dalam bahasa bunga, bunga lavender mempunyai erti dan lambang yang tersendiri. Erti yang paling biasa ialah “cinta dan kesetiaan”. Bunga lavender juga dikaitkan dengan kesucian. Kalau diberi sebagai hadiah, bunga lavender membawa maksud “baik atau bertuah” dan menjanjikan pengembaraan baru dalam hidup.

Warna lavender adalah warna feminity. Warna Lavender mewakili rahmat, keanggunan, cinta, sesuatu yang unik dan istimewa. Warna Lavender juga dikaitkan dengan penyembuhan rohani dan keamanan jiwa. Warna Lavender juga telah mewakili penghalusan, kemewahan dan kekayaan.

Pemborong Dan Peruncit Bunga Lavender

Memandangkan bunga lavender membawa banyak maksud yang positif, ianya telah digunakan secara meluas khususnya untuk penyediaan hadiah-hadiah ataupun cenderahati. Bunga jenis ini sesuai digunakan sebagai perhiasan untuk apa jua majlis.

blue flower

flower in carton

IMG_7725

Lavender 1

Kuntum Kecil Lavender

Bunga lavender yang dijual adalah dalam bentuk pek. Satu pek terdiri daripada 144 kuntum kecil. Warna yang ada ialah Merah, Ungu, Hijau, Merah Jambu, Putih, Cream dan Biru.

Sekiranya anda berminat untuk membeli, sila hubungi kami. Kami merupakan pemborong bunga lavender dan pemborong cenderahati kahwin.

Purata Kos Perkahwinan

weddong-receptions

Purata kos perkahwinan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah peningkatan kos bahan mentah, kos pengangkutan, kejatuhan pertukaran mata wang asing, kenaikan kos buruh dan lain-lain lagi.

Anggaran kos perkahwinan di negara kita pada masa ini ialah RM30 ribu. Anggaran ini hanya sekadar untuk rujukan bakal pengantin baru. Walau bagaimanapun, selaku pengguna yang bijak, saya rasa pengantin baru dapat mencari barang-barang yang diperlukan semasa majlis perkahwinan dengan harga yang murah.

Barang-barang Yang Diperlukan Semasa Merancang Perkahwinan

  •         Baju Pengantin & Aksesori Perkahwinan
  •         SPA dan Kecantikan
  •         Hiburan Semasa Majlis Perkahwinan
  •         Bunga Kahwin dan Perhiasan
  •         Kad Jemputan Tetamu
  •         Wedding Favors ataupun Cenderahati Perkahwinan
  •         Cincin Kahwin, Rantai Emas dan Barangan Kemas Lain
  •         Juru Video dan Juru Gambar
  •         Wedding Planner ataupun Perancang Perkahwinan
  •         Dewan, Katering dan Sewa Kereta

Setelah mengetahui barang-barang yang diperlukan, maka bakal pengantin baru boleh membuat perbandingan harga, pemilihan pembekal dan membuat tempahan awal. Biasanya harga lebih murah boleh diperolehi sekiranya tempahan awal dibuat. Senarai pembekal dan pemborong untuk gift kahwin, katering servis, butik pengantin, kad jemputan kahwin dan lain-lain senang diperolehi dengan sekadarnya membuat pencarian secara online dengan menggunakan google.com

Dengan ini, bakal pengantin baru boleh menjimatkan wang dan lebihan bajet boleh digunakan untuk tujuan berbulan madu.

Promosi Untuk Love Birds Salt & Pepper Shakers

20130730_103527 copy

Love birds salt & Pepper Shakers ataupun botol penyimpan garam dan serbuk lada hitam berbentuk burung cinta merupakan salah satu cenderahati perkahwinan yang unik dan pratikal di dalam kehidupan seharian.

Pemberian love birds salt & pepper shakers kepada tetamu undangan majlis perkahwinan pasti menjadikan majlis anda lebih elegan dan bermakna. Setiap tetamu yang mendapat gift kahwin tersebut pasti akan membawa balik. Tidak seperti kotak kek biasa yang kita sering jumpai di majlis perkahwinan, biasanya kek tersebut dimakan dan kotak kek tersebut akan dibuang merata tempat. Selepas majlis tersebut, tiada sesiapa yang akan mengingati cenderahati apa yang pengantin baru sediakan semasa kenduri kahwin tersebut.

Berbeza dengan kotak kek, botol ini boleh digunakan oleh isi rumah untuk mengisi garam dan serbuk lada hitam di bilik dapur. Bagi yang pandai masak pasti tahu garam dan serbuk lada merupakan perasa yang tidak boleh dilupakan semasa memasak. Bagi yang tidak memasak di rumah, botol tersebut boleh disimpan untuk paparan di ruang tamu.

Setiap kotak loves birds shaker terdiri daripada sepasang burung cinta. Ianya diperbuat daripada bahan ceramik yang berwarna putih. Terdapat promosi untuk bulan Mac 2014. Sekiranya ada sedang mencari sesuatu hadiah kahwin yang unik dan praktikal untuk tetamu anda, item ini paling sesuai.

 

march discount

Hadiah Kahwin Yang Tidak Sesuai Untuk Pengantin Baru

perryvallephotography

Sering kali kita kebuntuan idea bila tiba masanya untuk memilih hadiah kahwin untuk kawan atau sanak-saudara semasa majlis perkahwinan mereka. Boleh dikatakan ramai di kalangan kita tidak mempunyai masa lapang dan daya kreativiti yang hebat untuk menghasilkan gift kahwin yang unik untuk mereka.

Oleh itu, kita sekadar membeli hadiah kahwin tersebut di kedai-kedai cenderahati perkahwinan. Namun, amat penting untuk kita ketahui jenis hadiah yang boleh disediakan kepada pengantin baru dan hadiah jenis apa yang kita harus elakkan. Dengan itu, kita harus memberi perhatian supaya hadiah yang tidak sesuai tidak diberi kepada pengantin baru. Walaupun ramai di kalangan kita tidak berkepercayaan karut ataupun superstitious, namun jika boleh kita cuba elakkan juga menghadiahi pengantin baru dengan hadiah yang membawa maksud tidak baik.

Jenis-Jenis Hadiah Kahwin Yang Membawa Maksud Tidak Manis

  • Barangan Tajam

Pisau tajam, pin rambut, garpu, pencukur elektrik dan lain-lain barangan yang bersifat tajam tidak harus diberikan kepada pengantin baru. Barangan tersebut boleh mengundang kepada pertengkaran yang sering berlaku di antara pengantin baru.

  •  Bunga Di Dalam Bekas

Tidak kira secantik mana pun bunga tersebut, anda tidak harus membelinya untuk pengantin baru. Ia dipercayai tidak bagus untuk kesihatan dan menyebabkan pengantin baru susah mendapat cahaya mata.

  •  Jam Dinding Dan Jam Tangan

Sejak zaman dahulu, jam membawa maksud perpisahan. Kebahagian keluarga akan pendek sama ada ditimpa perceraian ataupun salah satu daripada pengantin baru akan mati cepat. Hadiah ini merupakan larangan utama bagi masyarakat Cina.

  •  Cermin

Pemberian cermin kepada pengantin baru juga tidak diamalkan. Cermin hanya boleh dibeli oleh pengantin baru itu sendiri. Orang tua-tua percaya cermin yang diberi oleh orang lain akan menyebabkan pasangan hidup tidak mempunyai persefahaman.

  •  Pasu Atau Bekas Bunga

Pasu kosong dipercayai membawa makna tidak mempunyai anak. Jika pemberian pasu tidak dapat dielakkan, maka dinasihati agar pasu tersebut diisi dengan coklat. Ia membawa makna manis dan gembira.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah amatlah sukar untuk mencari hadiah kahwin yang bagus dan bersesuaian dengan cita rasa dan tidak bercanggah dengan pantang larang pengantin baru. Pemberian hadiah berupa wang tunai merupakan hadiah yang terbaik dan berfaedah kepada semua orang. :)

Pameran Pengantin 2014

bridal show

Pameran Pengantin 2014 ke- 6 ataupun 6th KL-PJ Wedding Fair 2014 akan diadakan bermula 23 May sehingga 25 May (Jumaat – Ahad).

Di pameran pengantin tersebut, seramai 35 butik pengantin yang terkenal dari SS2, Damansara, Jalan Ipoh, Puchong, Jalan Lok Yew dan Cheras akan mengambil bahagian. Kedai bunga, katering dan banyak lagi industri  yang berkaitan dengan perkahwinan turut mengambil bahagian di pameran tersebut.

Bakal pengantin baru yang ingin mendapat idea ataupun ingin mencari butik pengantin yang menawarkan pakej perkahwinan yang terkini dengan harga yang menarik, mereka harus kunjungi pameran pengantin tersebut. Di situ, pelawat juga boleh mendapat maklumat untuk barang-barang yang diperlukan semasa majlis perkahwinan seperti perkhidmatan katering, cenderahati perkahwinan, kad jemputan kahwin, dewan kenduri, pereka pelamin kahwin dan sebagainya.

Keychain Sebagai Gift Kahwin

Rantai kunci ataupun keychain sering digunakan untuk diberikan kepada tetamu jemputan sesuatu majlis. Kepelbagaian reka bentuk keychain yang ada di pasaran menjadikannya amat sesuai untuk dijadikan cenderahati perkahwinan, hadiah harijadi, door gift untuk majlis korporat dan sebagainya.

Reka bentuk rantai kunci pada masa dahulu amat ringkas. Tujuan utama keychain pada masa tersebut semata-mata untuk menggantung kunci. Sasaran pengguna juga tertumpu kepada isi rumah. Pada hari ini, pasaran untuk keychain telah menjadi semakin besar. Antara faktor yang mempengaruhi pertambahan tersebut ialah terdapatnya banyak rekaan baru yang bersesuaian untuk majlis tertentu dan harga jualan untuk keychain yang semakin murah.

1amd love arrow   2amd

4amd couple love

5amd love rose

6amd

7amd

8amd

9amd   13amd

11amd chinese couple love

12amd

 Kami, Mylovelywedding Gifts merupakan pemborong dan pembekal keychain yang dapat membantu anda untuk mencari keychain murah yang adan kehendaki. Sebarang pertanyaan dialu-alukan.

Hadiah Kahwin Yang Unik Untuk Majlis

Jika anda masih tidak dapat menentukan jenis hadiah kahwin ataupun cenderahati kahwin yang mana untuk dipilih, anda boleh mempertimbangkan kotak gula-gula bulat jenis ini.

candy with G inside

candy with G

Kotak gula-gula bulat ini bersaiz Diameter D75mm x Tinggi H50mm.  Penutup kotak ini dihiasi dengan reben glittery dan bunga lavender. Sesuai untuk mengisi coklat ferrero rocher, kacang, mini cup cake dan telur. Jika anda inginkan sesuatu yang istimewa untuk bunga telur, maka anda boleh mengisi telur di dalam kotak gula-gula ini.

egg in candy box

 

Mahal Tak Kotak Gula-gula Ini?

Jika anda membeli secara pukal ataupun kuantiti yang dibeli banyak, kami akan memberikan harga yang murah dan cukup istimewa. Sila hubungi kami untuk perbincangan. Kami yakin, melalui perbincangan, kita akan mencapai kata sepakat yang dapat membela kepentingan bersama. Anda boleh mengisi borang Contact Us, ataupun email ke mylovelywedding@rocketmail.com ataupun sms/whatsapp ke 012-5973301.