Lagu Perkahwinan

Semasa Majlis perkahwinan, lagu yang dimainkan juga amat penting untuk memeriahkan suasana. Biasanya lagu perkahwinan yang dimainkan adalah berunsur cinta, ceria dan bahagia. Jangan pula kita memainkan lagu yang sedih ataupun yang membawa maksud perpisahan pada majlis tersebut. Jadi pemilihan lagu hendak-lah dijalankan secara terperinci.
Photo by Pinterest.
Lagu Perkahwinan Semestinya Berbawa Maksud Cinta, Ceria Dan Bahagia.

Pemilihan lagu juga semestinya bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan. Contohnya, jika tema majlis adalah berunsur Melayu traditional, maka lagu yang dipilih harus lah mempunyai unsur-unsur Melayu asli. Begitu juga untuk sebaliknya. Sekiranya pengantin baru mengamalkan tema moden berunsur barat, maka lagu cinta moden yang dinyanyikan oleh penyanyi barat boleh di pilih.

Walau bagaimanapun, pemilihan lagu adalah tertakluk kepada kesukaan pengantin baru ataupun tuan rumah. Majlis yang bertemakan Melayu traditional tidak semestinya hanya boleh memilih lagu traditional. Percampuran lagu barat dan asli boleh diadakan agar suasana lebih meriah.

Live Band Untuk Memainkan Lagu Perkahwinan

Mengupah live band untuk membuat persembahan nyanyian pada majlis amat popular buat masa ini. Pengantin baru terlebih dahulu boleh berbincang dengan mereka tentang jenis lagu yang hendak dimainkan. Biasanya penyanyi live band sangat berpengalaman. Mereka tahu lagu apa yang sesuai. Di samping itu, mereka juga berfungsi sebagai MC untuk membuat pengumuman serta berperanan untuk menjadikan majlis meriah.

 

Lagu Perkahwinan Bertemakan Melayu Traditional

  1. Ketulusan Hati- Anuar Zain
  2. Aku Cinta Padamu- Glenn Fledly
  3. Cahaya Cinta- Siti Nurhaliza
  4. Sempurna- Andre & The Backbone
  5. Sedetik Lebih- Anuar Zain
  6. Tercipta Untukku- Ungu
  7. Inai Pengantin- Sanisah Huri
  8. Selamat Pengantin Baru- Anita Sarawak
  9. Di Malam Persandingan- Sharifah Aini
  10. Doa Buat Pengantin- Hawari
  11. Joget Andam Pengantin- Rahimah Rahim
  12. Pengantin Bersanding- Jasni
  13. Malam Pengantin- Rabbani
  14. Pak Kelepak Pak Pong- M Daud
  15. Joget Pak Mat kahwin Lagi- Ismail Haron

Melodi Perkahwinan Bertemakan Ala Barat

  1. I knew I love You- Savage Garden
  2. Marry You- Bruno Mars
  3. Marry Me- Train
  4. The Way You Look Tonight- Frank Sinatra
  5. Thinking Out Loud- Ed Sheeran
  6. You Are The Best Thing- Ray LaMontagne
  7. Can’t Help Falling In Love- Elvis Presley
  8. A Thousand Years- Christina Perri
  9. Lucky- Jason Mraz and Colbie Caillat
  10. All of Me- John Legend

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s