Sapu Tangan Kecil Cenderahati Perkahwinan Traditional

Bila kita bercakap tentang cenderahati perkahwinan traditional, item pertama yang muncul di minda kita ialah bunga telur. Ya!! Memang betul. Bunga telur merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Melayu ketika sesuatu majlis perkahwinan. Telur yang siap direbus akan diikat dengan organza wrapper pada lidi buluh yang turut dihiasi dengan bunga.

Sapu Tangan Kecil Juga Merupakan Gift Kahwin Traditional 

Di samping bunga telur, ramai juga tuan rumah memilih sapu tangan kecil sebagai hadiah kahwin untuk diberikan kepada tetamu. Pada suatu ketika, sapu tangan yang siap dengan sulaman ayat-ayat manis seperti “Selamat Pengantin”, “Bahagia Selalu” amat popular. Salah satu faktor utama yang mendorong tuan rumah memilih sapu tangan kecil ataupun tuala kecil sebagai hadiah adalah disebabkan ianya lebih senang disediakan berbanding bunga telur. Di samping itu, sapu tangan pada masa ini mempunyai banyak desain dan bentuk. Setiap reka cipta sangat moden dan cantik.

Bunga Telur Berbanding Sapu Tangan Kecil

Perbanding boleh dibuat berdasarkan masa dan proces penyediaan kedua-dua item ini.

  • Bunga Telur

Tuan rumah perlu merebus telur yang banyak pada masa yang terhad. Contohnya, telur perlu direbus sehari sebelum majlis. Telur tidak boleh    direbus awal kerana takut ianya menjadi busuk. Di samping itu, masa yang diperlukan untuk merebus telur agak lama. Cuba bayangkan sekiranya anda ingin menyediakan 1000 biji bunga telur? 😦 Letih kan?

  • Sapu Tangan kecil / Tuala Kahwin

Penempahan boleh dibuat dengan pembekal-pembekal cenderahati yang ada di pasaran. Walaupun adanya sulaman ataupun gambar-gambar pada setiap sapu tangan, tetapi dengan adanya mesin dan teknologi yang moden, ianya mampu disiapkan pada masa yang singkat. Dan kos setiap sapu tangan tidak lah mahal sangat. Yang pasti, sapu tangan ataupun tuala kahwin ini tidak akan rosak. Tuan rumah boleh membeli dahulu untuk disimpan agar kekecewaan pada saat terakhir tidak berlaku.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s