Kotak Bulat Sebagai Hadiah Kahwin

Kotak bulat untuk kegunaan apa yea? Ada yang tertanya-tanya soalan ini kepada saya. Sebenarnya kotak ini boleh diguna pakai untuk mengisi barang-barang perhiasan kecil, coklat, gula-gula, manik, benang dan sebagainya. Tetapi kotak bulat ini lebih luas penggunaannya untuk sebagai cenderahati perkahwinan oleh tuan rumah.

Saya pasti anda semua pernah menghadiri majlis kahwin sanak saudara ataupun rakan-rakan kan? Apabila sampai, tuan rumah akan memberi sesuatu hadiah kecil samaada diisi dalam beg kertas ataupun diletak di setiap meja makan dalam majlis. Hadiah kecil tersebut merupakan cenderahati perkahwinan untuk tetamu undangan majlis.

Tujuan pemberian hadiah kahwin merupakan cara yang terbaik tanda penghargaan kepada tetamu yang datang ke majlis perkahwinan. Tetamu datang dari merata tempat, ada yang dari luar bandar dan ada pula yang terpaksa mengambil cuti kerja untuk datang. Mereka yang hadir juga akan menyediakan hadiah berupa barangan ataupun wang tunai kepada pengantin baru.  Jadi, bukan sekadar mengucapkan terima kasih memadai. Hadiah kahwin kepada tetamu dapat mempertingkatkan maksud penghargaan kepada kedatangan mereka.

Namun, jangan risau pasal bajet perkahwinan. Hadiah kahwin walaupun penting, tetapi ia tidak semestinya mahal. Pilih-lah jenis-jenis hadiah yang murah dan simple sekiranya bajet tak banyak. Contohnya kotak bulat.

Gambar di atas merupakan kotak bulat berwarna krim. Tuan rumah yang memilih kotak bulat ini telah mengisikan cup cake pada kotak tersebut. Di luar kotak pula dibalut dengan organza wrapper. Sekeping tag nama kecil dengan mesej “terima kasih” turut dikepilkan pada kotak tersebut. Cantik kan? Apa perasaan anda jika tuan rumah memberi hadiah ini ketika hadir ke majlis?

Ada juga tuan rumah yang lebih kreative. Mereka ingin menyediakan bunga telur kepada tetamu. Akan tetapi mereka inginkan kelainan rekabentuk daripada bunga telur yang kita selalu nampak sejak zaman nenek kita. Jadi mereka pun membeli kotak bulat, kemudian di atas kotak dihiasi pula dengan reben dan bunga lavender. Telur yang direbus siap, diisi pada kotak tersebut dan ditutup. Di setiap meja, diletak dan disusun kotak ini mengikut jumlah kerusi duduk.

Jadi, jika anda teringin mencari hadiah kahwin untuk majlis anda, kotak bulat harus dijadikan pilihan juga. Sila hubungi 012-5973301 untuk pertanyaan. Atau KLIK SINI.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s