Balang Kaca Sebagai Cenderahati Perkahwinan

Balang kaca yang terdiri daripada pelbagai reka bentuk luaran semakin menjadi pilihan ramai khususnya pengantin baru sebagai cenderahati perkahwinan. Sebab utama balang kaca menjadi pilihan ramai kerana harga balang kaca murah dan ianya senang untuk ditambah hiasan supaya dapat menampilkan keperibadian pengantin baru.

Jenis-jenis Barangan Yang Boleh Diisi Di Dalam Balang Kaca

Saya syorkan coklat M&M yang berwarna warni. Saiz coklat M&M ini bukan sahaja berwarna-warni, malah ianya tidak mudah cair. Jika pengantin baru ingin memilih makanan seperti coklat dan gula-gula untuk diisi dalam balang kaca, syarat utama ialah makanan tersebut hendak lah tahan panas. Makanan yang berwarna-warni ataupun pembalut coklat yang beraneka warna dapat menghasilkan suasana yang ceria. Klik untuk maklumat lanjut.

DIY Perhiasan Di Atas Balang Kaca

Balang kaca yang digunakan sama seperti gelas kaca lutsinar yang kita pakai untuk minum air di rumah. Ianya tidak berwarna. Pengantin baru boleh menconteng ataupun melukis gambar serta menulis sebarang perkataan manis yang dirasakan sesuai untuk majlis mereka. Pada penutup balang kaca pula, ianya boleh dibalut dengan kain yang beraneka warna dan kemudiannya diikat dengan reben murah ataupun tali. Gambar berikut boleh dijadikan sebagai contoh perhiasan ke atas balang kaca.

2014-11-17_0027

2014-11-17_0028

2014-11-17_0025

                                                Photography by Joelle @ My Lovely Wedding

Jika tidak pandai menulis ataupun melukis, pengantin baru boleh menempah sticker kahwin untuk dilekat pada penutup balang. Dengan hanya menambah sedikit perhiasan secara DIY, anda mampu menghasilkan sesuatu yang unik dan elegan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s