Penentu-penentu Pemilihan Lokasi Berbulan Madu

b

Setelah majlis perkahwinan, ramai pengantin baru akan pergi berbulan madu sama ada pergi ke luar negara ataupun sekadar bercuti di tanah air. Biasanya faktor wang yang bakal menentukan lokasi untuk bercuti. Namun, masih terdapat beberapa faktor yang perlu diambil tahu oleh pengantin baru yang bercadang untuk berbulan madu.

Faktor Keselamatan Unsur Utama 

Apabila memilih lokasi berbulan madu, pengantin baru harus memastikan mereka memilih tempat yang selamat agar nyawa dan harta benda mereka tidak terancam. Contohnya, peperangan yang selalu berlaku di negara Iraq, Israel ataupun Palestine. Tidak kira berapa suka pun anda terhadap negara-negara tersebut, ianya sepatutnya diabaikan.

Faktor Kestabilan Politik Dan Ekonomi

Politik yang stabil dan ekonomi yang baik secara langsung melambangkan prestasi hidup rakyat negara tersebut. Jika negara tersebut stabil dari segi politik dan ekonomi, setiap rakyat hidup senang, maka kadar kes jenayah akan turun. Begitu juga dengan sebaliknya. Jika ekonomi tak bagus, anda sebagai pelancong mungkin akan menjadi sasaran penjenayah.

Faktor Perkembangan Infrastruktur

Kelengkapan infrastruktur yang bagus dari segi pengangkutan, komunikasi, penginapan dan sebagainya harus dijadikan pertimbangan ketika menentukan sama ada hendak berbulan madu di negara tersebut. Jika pengantin baru yang inginkan ekspedisi, infrastruktur yang tidak seberapa maju mungkin bukan halangan anda. Bagi pengantin baru yang inginkan cuti yang romantis, maka mereka seharusnya mencari lokasi negara Euro seperti France, Italy dan lain-lain lagi.

Faktor Cuaca

Negara seperti India kebanyakan masanya adalah panas. Jika tidak boleh tahan panas, lokasi tersebut harus dipadamkan dari senarai pemilihan tempat berbulan madu. Begitu juga, jika tidak boleh tahan sejuk, jangan pula melancong ke England pada akhir tahun kerana pada masa tersebut ialah musim salji di situ.

Kesemua faktor ini harus dijadikan petunjuk ketika memilih lokasi bercuti bersama pasangan anda. Jike memilih tempat yang silap, percutian anda akan menjadi tidak menyeronokan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s