Masa Dua Jam Semasa Hari Perkahwinan Untuk Kenangan Seumur Hidup?

Jika ditanya kepada pasangan baru, saat mana yang paling bermakna pada hari perkahwinan, ramai yang memberi jawapan: “Ya, saya sudi”. Tetapi dari sudut pandangan jurufoto, 2 jam sebelum tamat majlis perkahwinan dan sebelum bermulanya kenduri makan merupakan saat yang paling penting.

wedding-videography

Dalam masa dua jam ini, pasangan baru boleh mengambil gambar dengan rakan-rakan, saudara-saudara dan semua tetamu jemputan. Pada masa ini juga, jurufoto boleh menangkap gambar perhiasan dewan makan, meja-meja, cenderahati perkahwinan yang disusun oleh tuan rumah di atas meja, serta menangkap gambar pengantin baru ketika mereka sedang berinteraksi dengan tetamu dengan dan tanpa pengetahuan pengantin baru.

Gambar-gambar ini akan menjadi kenangan seumur hidup untuk pengantin baru apabila mereka melihat balik album foto perkahwinan mereka nanti. Ada saat-saat menarik yang berlaku di kalangan tetamu yang tidak diketahui oleh pengantin baru dapat ditunjukkan dalam gambar yang diambil oleh jurufoto dalam masa 2 jam tersebut.

Di samping itu, pengantin baru mempunyai masa untuk menikmati makanan semasa kenduri bermula sekiranya gambar-gambar telah diambil. Jika tiada peruntukan masa untuk mengambil gambar, maka pengantin baru akan menjadi kelam kabut dan tidak dapat menikmati makanan lazat yang dimasak oleh pihak katering makanan yang dipilih oleh mereka sendiri kerana ramai tetamu akan menjemput mereka untuk bergambar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s