Berapakah Duit Tip Perlu Diberikan Kepada Vendor Perkahwinan?

vendor perkahwinan

Perbelanjaan perkahwinan merupakan salah satu perbelanjaan yang sangat besar dalam hidup kita. Kita perlu memperuntukkan wang yang secukupnya agar setiap perancangan perkahwinan dapat dilaksanakan mengikut jadual. Hampir 90% bajet perkahwinan dibayar kepada vendor perkahwinan yang membekalkan servis kepada kita. Antara vendor perkahwinan yang paling banyak digunakan ialah butik pengantin, pembekal cenderahati perkahwinan, juru solek, juru foto dan video, katering makanan, wedding planner dan lain-lain lagi.

Tiada Garis Panduan Yang Menetapkan Jumlah Tip Kepada Vendor Perkahwinan

Pemberian tip ataupun duit kopi kepada vendor perkahwinan bukan merupakan satu kemestian. Ia terpulang kepada pengantin rumah ataupun tuan rumah. Biasanya sebelum memilih vendor perkahwinan, sebut harga telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu tuan rumah dan vendor tersebut. Dalam kontrak sebut harga tidak tersenarai bahawa pengguna perlu membayar duit kopi kepada mereka. Tetapi secara umumnya tuan rumah akan memberi duit kopi kepada para pekerja vendor yang bertugas pada hari perkahwinan. Contohnya untuk pelayan-pelayan katering makanan  yang bekerja untuk melayan para tetamu jemputan di majlis kenduri makan. Jumlah wang kopi diberikan mengikut kemampuan tuan rumah. Tiada sebarang garis panduan yang diwujudkan untuk kategori tip ini.

Pengantin baru ataupun tuan rumah terlebih dahulu boleh menyediakan tip dan letak di dalam sampul surat. Kelmudian labelkan nama setiap vendor di sampul masing-masing agar tidak silap pada hari perkahwinan. Lantik wakil seperti sanak-saudara ataupun kawan karib untuk menolong anda memberikan tip kepada vendor perkahwinan setelah vendor-vendor tersebut menyelesaikan tugas mereka. Jangan buat sendiri kerana anda yang merupakan watak utama pada majlis perkahwinan tidak mempunyai masa untuk membuat hal-hal seperti ini. Anda hanya perlu memberi tumpuan kepada majlis anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s