Gubahan Bunga Perkahwinan

diy-newspaper-paper-flowers-bouquet-580x386-424x300

Gubahan bunga perkahwinan dalam majlis memainkan peranan yang sangat penting khususnya untuk menambah keindahan majlis. Namun, kos untuk gubahan bunga tidak murah sebenarnya. Pengantin baru boleh mendapatkan visual yang sama tetapi dengan kos yang jauh lebih rendah sekiranya mereka memilih bunga kertas.

Pemilihan bunga kertas mempunyai beberapa kebaikan iaitu kos lebih rendah dan boleh membuat pelbagai jenis bunga yang disukai pengantin baru tanpa batasan musim. Sesetengah bunga hanya wujud di musim tertentu. Dengan membuat bunga kertas, masalah ini tidak timbul. Anda boleh menghasilkan bunga-bunga yang berlainan musim untuk majlis anda. Satu lain kebaikan bunga kertas ialah ia tidak luruh ataupun gugur. Ia boleh disimpan untuk masa yang lama sebagai kenang-kenangan.

Gubahan Bunga Kertas Sangat Susah?

Susah ke? Jawapannya tidak. Anda hanya perlu membuat carian di youtube, pelbagai tutorial membuat bunga kertas senang didapati. Dengan sedikit keazaman dan latihan yang berterusan, anda mampu menghasilkan bunga kertas yang cantik. Anda boleh menjemput pengiring pengantin untuk parti membuat bunga. Setiap pengiring boleh menghasilkan bunga untuk mereka sendiri semasa hari perkahwinan anda. Majalah, suratkhabar lama ataupun kertas iklan boleh digunakan untuk membuat bunga kertas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s