Perkara-perkara Yang Sering Diabaikan Ketika Membuat Bajet Perkahwinan

Bajet perkahwinan sangat penting dan perlu disediakan oleh setiap pasangan  yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan. Di dalam bajet perkahwinan tersebut, item-item yang perlu ada semasa majlis perkahwinan dan melibatkan wang harus dicatit. Penyenaraian item-item tersebut membolehkan anda mempunyai pandangan yang lebih jelas tentang jumlah wang yang diperlukan dan pada masa yang sama ia juga berfungsi sebagai senarai semak item-item yang harus disediakan semasa hari perkahwinan nanti.

Bajet Perkahwinan Penting, Namun Banyak Item Tidak Tersenarai

Walaupun bajet ini sangat penting, namun terdapat banyak perkara dan item tidak kelihatan dalam bajet tersebut. Ini bukan sahaja merupakan kecuaian pasangan baru malahan sebilangan daripadanya memakan belanja wang yang diluar dugaan kita. Antaranya seperti berikut:

  • Wang Setem

Ramai yang tidak mengambil kira wang setem semasa membuat bajet. Kategori ini jarang diambil kisah kerana ia sememangnya diluar dugaan kita. Namun, sekiranya kita menghantar kesemua kad jemputan kahwin dengan pos, jumlah wang yang dipakai agak tinggi. Contohnya jika kita menghantar 1000pcs kad jemputan kahwin melalui pos, wang setem yang diperlukan ialah RM600. Jumlah ini mungkin tidak besar, tetapi sekiranya anda telah banyak membelanja untuk mengatur majlis perkahwinan anda, jumlah RM600 akan menjadi besar.

  • Pengangkutan Untuk Tetamu

Pengangkutan untuk tetamu biasanya bukan tanggungjawab pengantin baru. Akan tetapi kadang-kala sanak saudara kita datang dari luar Negara ataupun tempat yang jauh dengan pengangkutan awam, maka kita sebagai tuan rumah perlu mengatur pengangkutan untuk menjemput mereka ke majlis. Jika dewan majlis perkahwinan dan kenduri makan terletak di tempat yang berbeza dan jauh, sebagai tuan rumah yang prihatin, bas perlu disediakan untuk membawa tetamu ke dewan majlis.

Cenderahati perkahwinan berkos RM1.00 – RM4.00 bergantung kepada jenis yang dipilih. Jumlah wang yang perlu dipakai sangat besar jikalau tetamu yang dijemput adalah ramai. Contohnya bagi yang menjemput tetamu lebih daripada 1000 orang, kos yang terlibat amatlah tinggi berbanding tuan rumah yang hanya mempunyai tetamu seramai 100 orang. Jika bajet sangat ketat, tetapi tuan rumah merasakan pemberian cenderahati sebagai satu kemestian, maka mereka boleh memilih untuk DIY gift kahwin tersebut.

20130730_103623 copy

  • Juru Kamera Dan Juru Video

Kos juru kamera dan juru video juga sering dilupai ketika membuat bajet. Keputusan untuk mengupah juru kamera dan juru video biasanya dibuat pada saat terakhir. Dengan itu, peruntukan wang untuk item ini tidak ada. Caj juru gambar dan juru video agak mahal pada masa ini.

 wedding-videography

 Photo Credit: Fotowerks Custom Photography

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s