Purata Kos Perkahwinan

weddong-receptions

Purata kos perkahwinan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antaranya ialah peningkatan kos bahan mentah, kos pengangkutan, kejatuhan pertukaran mata wang asing, kenaikan kos buruh dan lain-lain lagi.

Anggaran kos perkahwinan di negara kita pada masa ini ialah RM30 ribu. Anggaran ini hanya sekadar untuk rujukan bakal pengantin baru. Walau bagaimanapun, selaku pengguna yang bijak, saya rasa pengantin baru dapat mencari barang-barang yang diperlukan semasa majlis perkahwinan dengan harga yang murah.

Barang-barang Yang Diperlukan Semasa Merancang Perkahwinan

  •         Baju Pengantin & Aksesori Perkahwinan
  •         SPA dan Kecantikan
  •         Hiburan Semasa Majlis Perkahwinan
  •         Bunga Kahwin dan Perhiasan
  •         Kad Jemputan Tetamu
  •         Wedding Favors ataupun Cenderahati Perkahwinan
  •         Cincin Kahwin, Rantai Emas dan Barangan Kemas Lain
  •         Juru Video dan Juru Gambar
  •         Wedding Planner ataupun Perancang Perkahwinan
  •         Dewan, Katering dan Sewa Kereta

Setelah mengetahui barang-barang yang diperlukan, maka bakal pengantin baru boleh membuat perbandingan harga, pemilihan pembekal dan membuat tempahan awal. Biasanya harga lebih murah boleh diperolehi sekiranya tempahan awal dibuat. Senarai pembekal dan pemborong untuk gift kahwin, katering servis, butik pengantin, kad jemputan kahwin dan lain-lain senang diperolehi dengan sekadarnya membuat pencarian secara online dengan menggunakan google.com

Dengan ini, bakal pengantin baru boleh menjimatkan wang dan lebihan bajet boleh digunakan untuk tujuan berbulan madu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s