Hadiah Kahwin Yang Tidak Sesuai Untuk Pengantin Baru

perryvallephotography

Sering kali kita kebuntuan idea bila tiba masanya untuk memilih hadiah kahwin untuk kawan atau sanak-saudara semasa majlis perkahwinan mereka. Boleh dikatakan ramai di kalangan kita tidak mempunyai masa lapang dan daya kreativiti yang hebat untuk menghasilkan gift kahwin yang unik untuk mereka.

Oleh itu, kita sekadar membeli hadiah kahwin tersebut di kedai-kedai cenderahati perkahwinan. Namun, amat penting untuk kita ketahui jenis hadiah yang boleh disediakan kepada pengantin baru dan hadiah jenis apa yang kita harus elakkan. Dengan itu, kita harus memberi perhatian supaya hadiah yang tidak sesuai tidak diberi kepada pengantin baru. Walaupun ramai di kalangan kita tidak berkepercayaan karut ataupun superstitious, namun jika boleh kita cuba elakkan juga menghadiahi pengantin baru dengan hadiah yang membawa maksud tidak baik.

Jenis-Jenis Hadiah Kahwin Yang Membawa Maksud Tidak Manis

  • Barangan Tajam

Pisau tajam, pin rambut, garpu, pencukur elektrik dan lain-lain barangan yang bersifat tajam tidak harus diberikan kepada pengantin baru. Barangan tersebut boleh mengundang kepada pertengkaran yang sering berlaku di antara pengantin baru.

  •  Bunga Di Dalam Bekas

Tidak kira secantik mana pun bunga tersebut, anda tidak harus membelinya untuk pengantin baru. Ia dipercayai tidak bagus untuk kesihatan dan menyebabkan pengantin baru susah mendapat cahaya mata.

  •  Jam Dinding Dan Jam Tangan

Sejak zaman dahulu, jam membawa maksud perpisahan. Kebahagian keluarga akan pendek sama ada ditimpa perceraian ataupun salah satu daripada pengantin baru akan mati cepat. Hadiah ini merupakan larangan utama bagi masyarakat Cina.

  •  Cermin

Pemberian cermin kepada pengantin baru juga tidak diamalkan. Cermin hanya boleh dibeli oleh pengantin baru itu sendiri. Orang tua-tua percaya cermin yang diberi oleh orang lain akan menyebabkan pasangan hidup tidak mempunyai persefahaman.

  •  Pasu Atau Bekas Bunga

Pasu kosong dipercayai membawa makna tidak mempunyai anak. Jika pemberian pasu tidak dapat dielakkan, maka dinasihati agar pasu tersebut diisi dengan coklat. Ia membawa makna manis dan gembira.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah amatlah sukar untuk mencari hadiah kahwin yang bagus dan bersesuaian dengan cita rasa dan tidak bercanggah dengan pantang larang pengantin baru. Pemberian hadiah berupa wang tunai merupakan hadiah yang terbaik dan berfaedah kepada semua orang. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s