Petua-petua Untuk Membeli Gift Kahwin Murah Dan Unik

Adalah menjadi idaman setiap pengantin baru untuk merancang majlis perkahwinan yang sentiasa diingati ramai. Gift kahwin ataupun cenderahati perkahwinan merupakan salah satu item yang memainkan peranan yang penting untuk mencapai maklamat tersebut. Namun, idaman ini tidak mampu dicapai oleh semua bakal pengantin baru disebabkan batasan kewangan. Ramai pengantin baru menghadapi masalah kewangan disebabkan kos majlis perkahwinan telah menjadi semakin mahal akibat kenaikan harga umum untuk barang-barang di pasaran. Setelah banyak wang dibelanjakan untuk penyediaan barang-barang keperluan perkahwinan seperti pakaian pengantin, upah perkhidmatan katering, jurufoto, juruvideo, mas kahwin, cincin kahwin dan lain-lain lagi, maka wang yang tinggal untuk pembelian gift kahwin tidak banyak. Di sini, ada beberapa cadangan yang boleh diguna untuk rujukan semasa membeli gift kahwin.

1. Beli Terus Dengan Pemborong

Pengantin baru boleh menjimatkan wang sehingga 25% mengikut jenis gift kahwin yang dibeli sekiranya pembelian dibuat terus dengan pemborong. Pemborong merupakan orang perantara ataupun juga dikenali sebagai orang tengah yang membeli cenderahati terus daripada pengilang. Biasanya mereka membeli secara banyak dan menjual kepada peruncit. Peruncit pula akan memasarkan cenderahati-cenderahati tersebut di kedai ataupun secara online. Harga yang dijual oleh peruncit akan lebih mahal kerana ia melibatkan kos operasi seperti sewa kedai, upah pekerja dan sebagainya. Jadi, untuk mengelak daripada membayar lebih, pengantin baru harus skip peruncit dengan mencari pemborong.

2. Buat Sendiri Ataupun DIY

Cara yang berkesan untuk mendapatkan gift kahwin murah dan unik ialah dengan DIY sendiri. DIY gift sendiri boleh dilakukan sekiranya pengantin baru mempunyai masa yang mencukupi. Sekiranya masa tidak mengizinkan, opsyen ini tidak harus dipertimbangkan.

2013-11-11 17.00.01AMD

IMG_7695

IMG_7726

2013-11-12 10.11.50AMD

Pengantin baru boleh membeli canister kosong, reben satin dan bunga lavenders daripada pemborong gift kahwin. Setelah itu, dengan gunakan daya kreativiti sendiri, pelbagai perhiasan yang cantik boleh ditambah ke atas canister tersebut. Gambar di atas merupakan contoh desain canister berbentuk hati yang dibuat.

3. Pilih Item Mudah Didapati

Item yang mudah didapati seperti sticker kahwin, magnet peti sejuk, sapu tangan kahwin, coklat, gula-gula dan lain-lain boleh digunakan sebagai gift kahwin. Item yang mudah didapati biasanya lebih murah harganya kerana terdapat persaingan yang sengit. Perbandingan harga dan kualiti barangan senang dijalankan untuk item yang mudah didapati. Dengan ini, pengantin baru boleh mendapat cenderahati perkahwinan murah dan berkualiti.

4. Beli Secara Online

Terdapat beberapa kebaikan membeli secara online. Antaranya ialah menjimatkan masa, tenaga dan wang. Anda tidak perlu berulang alik dari satu kedai ke kedai lain untuk mencari gift kahwin anda. Hanya sekadar mencari di online, pengantin baru dapat mencari pemborong, peruncit ataupun pengilang. Perbandingan produk, keterangan produk, harga, kualiti dan sebagainya boleh didapati secara online. Kami, mylovelywedding merupakan pemborong gift kahwin yang beroperasi secara online. Kos operasi kami jauh lebih rendah berbanding peruncit yang terpaksa membayar sewa kedai. Pengantin baru pasti dapat mencari gift kahwin yang murah dan unik dengan kami.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s