Penyediaan Gift Kahwin

2013-11-12 10.11.50AMD

Gift kahwin ataupun dikenali sebagai cenderahati perkahwinan, ataupun hadiah kahwin ataupun souvenir kahwin merupakan buah tangan yang disediakan oleh pengantin baru kepada tetamu jemputan majlis perkahwinan supaya majlis  mereka sentiasa menjadi ingatan ramai.

Sebenarnya, pemberian gift kahwin telah diamalkan pada zaman dahulu di Eropah dan ia merupakan mainan orang-orang kaya. Hanya orang-orang kaya yang mampu untuk menyediakan hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis mereka. Untuk menunjukkan prestij mereka, tuan rumah kaya akan menyediakan gift kahwin yang mahal seperti batu-batu berharga, kristal, emas dan sebagainya.

Namun begitu, pada zaman kita ini, penyediaan gift kahwin telah menjadi perkara biasa. Faktor utama yang mendorong ke arah tersebut ialah disebabkan harga cenderahati perkahwinan yang terdapat di pasaran semakin murah dan taraf hidup rakyat semakin meningkat. Selain daripada kenduri makan yang disediakan kepada tetamu, penyediaan gift kahwin kepada tetamu juga dianggap sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tetamu yang sudi menghabiskan masa, tenaga dan hadiah berupa barangan atau wang tunai yang disediakan kepada sepasang pengantin baru.

 2013-11-12 10.12.00AMD

Untuk membeli gift kahwin, anda tidak perlu berulang alik dari sana ke sini untuk mencari produk yang disukai serta untuk membuat perbandingan harga. Anda hanya perlu menyemak secara online. Contohnya ada boleh pergi ke laman web http://www.google.com.my. Di ruang cari itu, sila taip key word ataupun kata kunci di ruangan tersebut. Kata kunci bermaksud nama produk yang anda cari. Contohnya jika ada ingin mencari kotak gula-gula untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan, maka kata kuncinya ialah “kotak gula-gula”. Setelah itu, klik cari. Akan kelihatan banyak laman web peruncit gift kahwin hasil daripada carian tersebut.

google search a

result a

 

Dengan cara ini, anda tidak perlu membuang masa mencari merata untuk kedai gift kahwin untuk memilih item dan membuat perbandingan harga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s