Kursus Perkahwinan

Kursus perkahwinan ataupun kursus kahwin ataupun juga dikenali sebagai kursus pra perkahwinan merupakan kursus yang wajib dihadiri oleh semua warga muslim yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan. Kursus perkahwinan biasanya diadakan selama 2 hari dan sijil akan diberikan kepada mereka yang menyertai kursus tersebut. Sijil tersebut harus disimpan untuk kegunaan semasa permohonan surat kebenaran berkahwin. Kursus ini diadakan oleh jabatan agama.

Matlamat Kursus Perkahwinan

Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendidik peserta-peserta memahami prosedur-prosedur yang harus diikuti ketika ingin mendapat kebenaran bernikah. Selain itu, kursus perkahwinan ini memberi penekanan ke atas tanggungjawab suami dan isteri setelah berumah tangga. Apa yang boleh dibuat dan apa yang dilarang buat oleh suami dan  isteri setelah berkahwin akan diberi penjelasan dalam kursus tersebut. Melalui ceramah dalam kursus ini, diharap ia akan menjadi panduan hidup kepada pasangan baru yang baru mendirikan rumahtangga dan pada masa yang sama diharap dapat membantu mengurangkan permasalahan rumahtangga khususnya perceraian.

Siapakah Yang Harus Mengikuti Kursus Perkahwinan?

Siapa-siapa yang ingin berkahwin dan beragama Islam diwajibkan untuk mengikuti kursus kahwin yang dianjurkan oleh jabatan agama. Bakal pengantin baru boleh mengikuti kursus tersebut bersama pasangannya ataupun hadir secara berasingan. Bagi yang masih bujang juga boleh mengikuti kursus ini sekiranya masa mengizinkan. Ini kerana sijil yang diberikan adalah sah laku pada bila-bila masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s