Kad Kahwin

kad kahwin

Kad kahwin disediakan oleh tuan rumah setelah tarikh perkahwinan, lokasi majlis dan jumlah tetamu yang hendak diundang ke majlis ditentukan. Dengan adanya kad kahwin, maka tuan rumah boleh mula untuk menjemput sanak saudara, rakan-rakan serta jiran tetangga untuk majlis mereka.

Apakah Yang Harus Dicetak Di Kad Kahwin

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang perlu ada pada setiap kad kahwin. Antaranya ialah;

  • Nama Ibu Bapa
  • Nama Pengantin Baru
  • Tarikh Majlis
  • Lokasi Majlis dan pelan ringkas ke lokasi tersebut
  • Masa Majlis Bermula
  • Atur cara majlis

Cara-cara Untuk Menghantar Kad Kahwin

Kad kahwin boleh dihantar kepada tetamu dengan tangan. Namun, jika tetamu yang ingin dijemput berada di luar bandar ataupun jauh daripada tempat tinggal tuan rumah, maka ia boleh dihantar melalui pos. Selain itu, ramai juga yang telah menggunakan kaedah yang lebih moden iaitu hantar melalui Facebook ataupun Email. Jika tuan rumah ingin hantar kad kahwin dengan media electronik, mereka harus mendapatkan soft copy daripada pembekal kad kahwin.

Bilakah Saya Harus Menghantar Kad Kahwin?

Masa yang paling sesuai ialah 2-3 bulan sebelum majlis. Pastikan anda tidak hantar terlalu awal. Tetamu mungkin terlupa sekiranya anda menjemput mereka 1 tahun sebelum majlis. Jangan pula terlalu lewat. Tetamu perlu bekerja ataupun sibuk dengan program lain. Jika anda menjemput mereka 2-3 bulan sebelum majlis, maka mereka mempunyai jangka masa yang sempurna untuk merancang jadual mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s