Bagaimana Merancang Majlis Perkahwinan Yang Sukar Dilupai?

wedding-function

Untuk semua manusia, biasanya perkahwinan merupakan hari yang datang sekali seumur hidup. Jadi, semua orang akan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan hari tersebut memberi kenangan yang berkekalan dan sempurna. Mereka akan merancang untuk mengadakan hari perkahwinan yang besar-besaran. Terdapat beberapa aspek teknikal yang semua orang harus ambil perhatian apabila membuat perancangan tersebut.

Menentukan Tempat Untuk Perkahwinan

Langkah pertama menuju ke arah perancangan majlis perkahwinan yang sukar dilupai, anda harus menentukan tempat untuk mengadakan majlis tersebut. Jika tuan rumah adalah sangat kaya dan mempunyai rumah yang besar, maka dia boleh mengadakan majlis tersebut di rumahnya. Bagi golongan yang kaya tetapi ruang rumah tidak mencukupi, mereka boleh menyewa dewan di hotel.

Menentukan Katering Perkahwinan dan Makanan
Setelah tempat dipilih, makanan yang hendak dihidangkan kepada tetamu yang hadir pada hari perkahwinan juga sangat penting. Pastikan anda menyediakan makanan yang secukupnya. Peralatan untuk menjamu selera seperti pinggan, garpu, sudu dan gelas juga harus disediakan secukupnya. Untuk itu, anda harus mempunyai gambaran yang jelas tentang jumlah tetamu yang akan hadir. Biasanya andaian jumlah tetamu boleh dibuat dengan jumlah kad jemputan kahwin yang dihantar kepada orang yang ingin dijemput.

Menentukan Jenis Gift Kahwin
Gift kahwin ataupun cenderahati perkahwinan memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan. Ia merupakan perangsang majlis. Walaupun ia hanya terdiri daripada item yang kecil, namun ia mampu untuk menceriakan suasana pada majlis. Bagi yang tidak mempunyai bajet yang banyak untuk kategori ini, anda boleh cuba mendapatkan gift kahwin murah di kedai kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s