Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan

Bagi saudara-saudari yang pernah menghadiri majlis perkahwinan, parti harijadi ataupun majlis korporat yang mengadakan acara pelancaran produk atau perkhidmatan baru pasti pernah menerima hadiah, gift ataupun cenderahati yang disediakan oleh tuan rumah. Antara hadiah yang paling biasa disediakan ialah kotak gula-gula ataupun gift bag yang diisi dengan kek, coklat, gula-gula dan sebagainya.

Boleh dikatakan hampir 90% tetamu yang menerima hadiah tersebut akan menghabiskan makanan yang diisi di dalam kotak tersebut lalu membuang kotak tersebut di dalam tong sampah. Jarang didapati tetamu yang mengambil balik kotak tersebut untuk disimpan di rumah.

Oleh itu, di sini saya memberi cadangan kepada individu yang bakal berkahwin dan sedang mencari cenderahati perkahwinan agar mereka memilih item-item yang praktikal. Item-item yang praktikal bermaksud barang tersebut boleh digunakan oleh tetamu tersebut selepas tamatnya majlis perkahwinan anda.

Terdapat beberapa item yang boleh diguna pakai oleh tetamu dalam kehidupan seharian. Jangan bimbang. Gift kahwin yang praktikal tidak semestinya mahal.

Jenis-jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Praktikal

a) Tikar Yoga Mesra Alam  (Eco-friendly Yoga Mat) 

yoga1

Tetamu boleh menggunakan yoga mat ini untuk membuat senaman di rumah. Item ini hanya disyorkan kepada tetamu VVIP kerana harganya agak tinggi. Harga sehelai yoga mat ialah RM59.90. Penghantaran percuma untuk semenanjung Malaysia. Yoga mat ini adalah mesra alam dan tidak mempunyai sebarang bau.

 

b) Alas Cawan (Glass Coaster)

Alas cawan boleh digunakan oleh tetamu di pejabat atau tempat kerjanya. Terdapat 2 jenis alas cawan:

i) Alas Cawan Gambar

Pengantin baru boleh memasukkan gambar perkahwinan mereka di dalam alas cawan dan diberikan kepada tetamu.

Coastal Group

ii) Alas Cawan Biasa

Tidak boleh dimasukkan gambar.

 

c) Kotak Besi (Mint Tin)

Terdapat pelbagai bentuk untuk pilihan. Antara bentuk yang ada ialah bentuk bulat, segi empat dan bentuk hati. Sesuai digunakan untuk mengisi duit siling, rantai emas, cincin, subang dan sebagainya.

Metallic mint tin group

d) Botol Penyimpan Garam atau Serbuk Lada (Salt & Pepper Shaker)

Sekotak ada 2 biji. Tetamu boleh menggunakannya untuk mengisi garam dan serbuk lada. Kedua-dua komponen ini amat penting untuk melazatkan makanan.

lovebird-pepper-shaker

Love Birds Salt & Pepper Shakers

shaker-in-box-water

Wedding Couple Salt & Pepper Shakers

e) Penggantung Kunci (Keychain)

Boleh digunakan untuk mengabungkan kesemua kunci rumah, kereta dan sebagainya.

KC Group

f) Manicure Set

Sesuai untuk para tetamu wanita.

manicure set B

g) Pembuka Botol

Khas untuk tetamu lelaki. Terdapat magnet di atas pembuka botol tersebut. Senang disimpan di mana ianya boleh dilekatkan pada objek yang berpermukaan besi seperti peti sejuk.

BO01-a

One thought on “Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s