Kad Jemputan Kahwin

Corak dan desain pada kad jemputan kahwin merupakan salah satu petunjuk kepada para tetamu yang dijemput tentang tema majlis perkahwinan yang anda akan amalkan. Ayat-ayat yang dicetak di kad jemputan kahwin amat penting kerana tarikh, masa dan jenis tema perkahwinan yang digunakan, semuanya akan disampaikan kepada para tetamu dengan kad tersebut. Oleh itu, pengantin baru harus memilih kad jemputan kahwin yang benar-benar mencerminkan keperibadian  mereka.

Pengantin baru boleh bermula untuk mencari sumber pembekal kad jemputan kahwin. Ini termasuk mencari secara online. Di samping itu, mereka boleh merujuk kepada kad jemputan yang pernah terima daripada mereka yang kahwin dahulu. Lawatan ke kedai-kedai kad juga boleh dilaksanakan supaya mendapat pilihan yang lebih luas serta perbandingan harga di antara pembuat kad dapat dijalankan. Namun begitu, sebelum berbuat demikian, pengantin baru terlebih dahulu harus menentukan jenis warna, saiz kad dan jenis tulisan yang hendak digunakan. Ini boleh mengelakkan pembaziran masa.

Rekaan kad jemputan kahwin harus bersesuaian dengan perhiasan pada majlis perkahwinan nanti. Contohnya, jika warna terma majlis adalah warna merah jambu, maka sampul kad dan kad jemputan harus juga menggunakan warna merah jambu ataupun warna yang boleh sepadan dengannya.

Biasanya, kos untuk membuat kad jemputkad jemputan kahwinan kahwin hanya menelan 2-5% daripada jumlah bajet yang disediakan untuk perkahwinan. Harga kad jemputan ditentukan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah;

  • Jenis material ataupun kertas yang hendak digunakan.
  • Jumlah kuantiti yang hendak dibeli.
  • Saiz Kad

Walau bagaimanapun, apa jua bajet yang pengantin baru ada, pastinya terdapat pembekal yang mampu untuk membuat kad mengikut bajet mereka. Pengantin baru juga boleh menambah maklumat tambahan seperti tempat penginapan di dalam kad supaya tetamu dari tempat jauh senang untuk membuat perancangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s