Ekonomi Tak Baik, Masih Nak Sediakan Cenderahati Perkahwinan Ke?

Si Suami: Sayang, masih perlukah kita menyediakan cenderahati perkahwinan semasa majlis perkahwinan kita nanti?

Si Isteri: Mesti-lah bang. Kan ia sangat penting sebagai tanda terima kasih kepada sanak-saudara serta kawan-kawan yang sudi menghabiskan masa dan wang untuk menghadiri majlis kita.

Si suami: Tapi sayang, sekarang ekonomi tak baik, inflasi semakin meningkat, nilai mata wang kita semakin merosot. Masa dulu RM1 boleh beli 10 keping pisang goreng. Sekarang dengan RM1 kita hanya mampu beli 2 atau 3 keping ajer. Kita dah pakai banyak duit untuk membeli gaun pengantin, mengupah perkhidmatan katering yang famous, upah juru gambar dan jurufoto, upah juru mekap, perhiasan pelamin dan sebagainya…abang berada di ambang muflis ni…😦

Si Isteri: Abang, jangan la sakit hati. Duit yang dibelanjakan boleh didapat balik. Abang perlu bersyukur kerana dapat isteri yang baik seperti saya… 🙂 Cenderahati perkahwinan yang kita hendak sediakan tidak semestinya mahal. Asalkan ia unik, berkualiti dan bersesuaian dengan tema perkahwinan kita..then O.k lah..

Si Suami: O.K la sayang..abang ikut sajer semua kehendak awak. Kahwin pun hanya sekali seumur hidup..lets do it..kita buat survey dan cari cenderahati perkahwinan yang murah, unik, cantik dan elegan untuk hari “Raja Sehari” nanti.

Jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Murah, Unik dan Elegan

Lilin merupakan cenderahati perkahwinan yang popular. Lilin yang dihasilkan oleh pengilang sebagai lilin perkahwinan biasanya terdiri daripada benda-benda yang anda biasa lihat di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Contohnya lilin berbentuk gaun pengantin, lilin berbentuk kek perkahwinan, lilin berbentuk bunga ros dan sebagainya. Lilin ini juga mempunyai pelbagai jenis warna dan saiz. Ciri-ciri kepelbagaian ini membolehkan lilin yang ada dapat diseragamkan dengan tema majlis perkahwinan anda. Harga untuk setiap lilin juga adalah berbeza. Dengan itu, anda mampu memilikinya dengan bajet yang sedia ada. Lilin yang ada di pasaran biasanya dalam set yang diisi di dalam kotak khas. Anda boleh menghiasinya dengan reben serta menambahkan kad ucapan yang bertulis tarikh, masa dan lokasi majlis anda.

Gown Candle Pink

Angsa cherry blossom candle cake candle apple my eye small rose ball candle calla lily candle

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s