Gift Kahwin Yang Praktikal Serta Unik

Bagi yang biasa hadir ke majlis perkahwinan sanak-saudara, rakan-rakan serta jiran tetangga, anda pasti pernah lihat serta pernah menerima gift kahwin yang disediakan oleh tuan rumah. Tapi adakah anda perasan berapakah bilangan tetamu yang membawa pulang cenderahati perkahwinan tersebut? 

Biasanya, pengantin baru atau tuan rumah akan menyediakan beg hadiah yang diisi dengan coklat, kacang, kek serta gula-gula. Sambil menyaksikan upacara perkahwinan, tetamu akan menghabiskan makanan yang  ada di dalam beg hadiah tersebut. Yang baki akan ditinggalkan di dewan perkahwinan ataupun dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Cuba anda bayangkan, jikalau anda merupakan pengantin baru atau tuan rumah pada majlis tersebut, anda pasti sakit hati kerana cenderahati perkahwinan yang anda sediakan tidak dihargai. 

Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di majils perkahwinan anda, jikalau anda bercadang untuk menyediakan gift kahwin kepada tetamu, maka anda harus mencari cenderahati yang unik dan praktical. Unik disini bermakna ia tidak selalu ada dan praktical bermaksud selain sebagai hiasan, cenderahati tersebut mempunyai kegunaan untuk maksud yang lain.

 

Botol Penyimpan Garam & Serbuk Lada

Terdapat dua jenis botol penyimpan garam & serbuk lada yang sesuai untuk dijadikan cenderahati perkahwinan. Kedua-dua jenis  botol ini sangat unik dan paling penting sekali ia amat praktikal. 

1) Botol Penyimpan Garam & Serbuk Lada Berbentuk Pengantin Baru

https://i2.wp.com/www.mylovelywedding.net/wp-content/uploads/2012/07/shaker-in-box-water.jpg

Bride & Groom Salt & Pepper Shakers (Saiz: L4cm x W10.7cm x H6.9cm)

Cuba lihat pada gambar yang ditunjukkan. Setiap kotak mempunyai sepasang botol penyimpan garam & serbuk lada yang terdiri daripada pengantin lelaki yang berpakaian tux dan pengantin perempuan yang berpakaian gaun pengantin. Botol ini adalah dibuat daripada seramik dan diisi di dalam kotak serta dihiasi dengan reben organza. Setiap kotak juga disertai sekeping kad yang bertulis “For You” secara percuma.

 

2) Botol Penyimpan Garam & Serbuk Lada Berbentuk Love Birds

lovebird-pepper-shaker.jpg

Love Birds Salt & Pepper Shaker (Saiz: L 12cm x W 4cm x H 5cm)

Botol ini dibuat daripada seramik dan rekabentuknya adalah seperti burung. Setiap kotak mempunyai sepasang burung cinta ataupun love birds yang melambangkan percintaan suami isteri yang berdua-duaan sepanjang masa. Tetamu yang menerimanya boleh menggunakan cendearahati ini untuk mengisi garam atau serbuk lada di bilik dapur. Bagi tetamu yang tidak masak di rumah, mereka boleh menyimpannya di rumah sebagai perhiasan. Botol love birds ini diisi di dalam kotak yang cantik dan dihiasi dengan reben satin. 

 

3 thoughts on “Gift Kahwin Yang Praktikal Serta Unik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s