Janji Yang Harus Dikotai Selepas Perkahwinan

perkahwinan

Masihkah anda mengingati janji-janji yang telah anda buat kepada isteri  sebelum perkahwinan? Berapakah si suami yang telah menunaikan janji-janji tersebut? Bagi golongan wanita, mereka suka mendapatkan persetujuan atau perjanjian yang dibuat oleh lelaki sebelum mendirikan rumah tangga. Janji-janji tersebut serba sikit boleh menambah keyakinan mereka untuk hidup bersama bakal pasangannya. Terdapat beberapa perkara yang sentiasa dibincangkan bersama oleh pasangan baru sebelum berkahwin. Antaranya adalah seperti berikut;

Membuat kerja rumah bersama

Salah satu perjanjian yang suka dicapai bersama ialah membuat kerja rumah bersama selepas mendirikan rumah tangga. Walaupun secara tradisinya, kerja rumah dibuat oleh kaum wanita. Namun, pada zaman moden kini, ramai wanita juga keluar bekerja. Jadi masa untuk membuat kerja rumah juga berkurangan. Oleh itu, kerja rumah seperti sapu lantai, mencuci baju, memasak harus juga dikongsi oleh si lelaki.

Menjaga Anak

Anak atau zuriat merupakan beban manis untuk sesuatu keluarga. Menjaga serta mendidik anak memerlukan banyak masa dan tenaga. Ia merupakan satu tanggungjawab yang amat berat. Di sini, si suami dan isteri harus bersama-sama memikul tanggungjawab tersebut. Walaupun anda sibuk untuk mencari nafkah, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan penjagaan dan pendidikan anak.

Menyambut setiap hari istimewa

Harijadi, hari Valentine’s, hari ulang tahun perkahwinan dan sebagainya merupakan hari istimewa untuk suami dan isteri. Si suami mesti membuat perancangan untuk menyambut hari-hari tersebut. Walaupun hanya menghadiahi isteri anda dengan sekuntum bunga ros atau sekadar menjamu selera di gerai yang berdekatan, tetapi ia memberi detik manis kepada isteri anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s