Faktor-faktor Penentu Pemilihan Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati perkahwinan yang juga dikenali sebagai door gift kahwin atau souvenir perkahwinan merupakan hadiah yang disediakan oleh tuan rumah iaitu pengantin baru kepada para tetamu yang hadir ke hari perkahwinan mereka. Tujuan pemberian hadiah kepada tetamu adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka kerana sanggup menghabiskan masa serta menyediakan hadiah-hadiah yang berupa barangan atau wang tunai kepada pengantin baru. Di samping itu, tuan rumah juga ingin menggunakan cenderahati perkahwinan yang disediakan agar pada masa hadapan majlis perkahwinannya akan diingati selalu. Bayangkan anda sebagai tetamu yang menerima door gift kahwin yang unik dan cantik, anda pasti menyimpannya di rumah. Setiap kali anda melihat kepada gift kahwin tersebut, anda pasti teringat majlis perkahwinan siapa yang anda hadiri dan pengantin baru mana yang memberikan anda hadiah tersebut. Beberapa faktor yang menentukan pemilihan cenderahati perkahwinan oleh tuan rumah akan dikongsi di sini.

  • Jumlah Peruntukan Wang

Anda sebagai tuan rumah harus menentukan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan untuk membeli souvenir perkahwinan. Jika anda mempunyai bajet yang bagus, maka cenderahati perkahwinan yang lebih cantik, elegan dan mahal boleh dipilih. Pemberian cenderahati perkahwinan tidak terbatas kepada 1 jenis. Anda boleh membeli beberapa jenis dan dimasukkan ke dalam beg hadiah ataupun kotak mint tin. Ini terpulang kepada jumlah wang yang anda ada.

Contoh di atas merupakan pemberian door gift kahwin yang terdiri daripada dua jenis barangan. Gambar pertama ialah kotak gula-gula kosong dengan hiasan bunga lavender. Gambar kedua pula ialah sabun wangi berbentuk bunga ros. Tuan rumah telah memilih kedua-dua jenis cenderahati tersebut dan digabungkan iaitu sabun wangi berbentuk bunga ros diisi ke dalam kotak gula-gula lavender. Penggabungan ini amatlah sangat cantik.

  • Jenis-jenis cenderahati perkahwinan yang ada di pasaran

Jenis cenderahati perkahwinan yang dijual di pasaran juga merupakan faktor yang mempengaruhi pemilihan pengantin baru. Pengantin baru boleh membuat tinjauan produk di pasaran untuk mendapat produk yang betul-betul mereka sukai iaitu dari segi bentuk, warna dan corak. Contohnya kotak mint tin, di pasaran anda boleh dapat corak hati, bulat dan segi empat. Setiap corak mempunyai saiz yang berbeza dan warna yang berlainan.

Mint Tin Pelbagai Bentuk

    • Kuantiti dan Masa

Jika kuantiti yang anda ingin beli banyak, maka anda perlu menempah terlebih dahulu. Jarang terdapat pemborong atau peruncit yang mampu menyimpan stok yang banyak untuk sejenis cenderahati perkahwinan kerana jenisnya terlalu banyak. Masa yang diperuntukkan untuk membeli gift kahwin juga penting. Biasanya untuk kuantiti yang banyak, tempahan awal diperlukan. Masa yang diperlukan adalah dalam linkungan 6-8 minggu. Jadi untuk membeli gift kahwin yang anda betul-betul suka, anda harus membuat perhitungan masa yang jitu. Jika masa tidak mengizinkan, maka anda mungkin terpaksa membeli sesuatu yang bukan kesukaan anda.

Pelbagai Jenis Kotak Gula-gula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s