Perkara-perkara Yang Perlu Disediakan Untuk Perkahwinan

Setelah anda menerima cincin emas atau cincin berlian yang diberikan oleh teman lelaki semasa lamaran beliau, ini bermakna langkah seterus yang harus dibuat ialah membuat perancangan secara terperinci untuk mengadakan majlis perkahwinan. Untuk itu, beberapa perkara yang anda harus membuat persiapan terlebih dahulu. Antaranya ialah;

  • Hantaran Kahwin

Hantaran kahwin termasuklah mas kahwin serta barang-barang lain yang dihantar ke rumah pengantin perempuan. Biasanya ia terdiri daripada dulang atau bekas yang diisi dengan barang-barang berharga seperti duit, alat-alat kosmetik, rantai emas, kasut, jam tangan dan sebagainya. Kesemua dulang hantaran ini akan dihiasi dengan bunga reben dan pelbagai jenis bentuk sulaman reben yang lain. Mas kahwin merupakan salah satu perbelanjaan yang terbesar semasa mengadakan majlis perkahwinan. Ada yang berpendapat, pihak lelaki akan muflis atau bankrap 2 kali dalam seumur hidup. Pertama kali ialah ketika membeli rumah dan kali ke-2 ialah ketika ingin berkahwin. Setujukah anda?

  •  Membuat Senarai Tetamu

Senarai tetamu yang akan dijemput perlu dibuat terlebih dahulu. Setelah jumlah tetamu yang ingin dijemput ditentukan, maka dari situ anda boleh membuat perancangan yang seterusnya seperti penempahan dewan yang mampu untuk memuatkan kesemua tetamu dan jumlah makanan yang harus disediakan.

  •  Tempahan Dewan Dan Perkhidmatan Katering

Dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan perlu ditempah terlebih dahulu khususnya menjelang musim cuti sekolah atau cuti umum. Begitu juga dengan perkhidmatan katering. Biasanya katerer yang berpengalaman dan makanan yang disediakan sedap akan mendapat sambutan ramai. Oleh itu, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

  •  Pakaian Pengantin

Untuk hari terpenting dalam seumur hidup, anda pasti ingin menampilkan yang terbaik kepada semua. Oleh itu, pemilihan pakaian pengantin tidak boleh dipandang remeh. Anda harus memilih butik kahwin atau butik pengantin yang berpengalaman serta mempunyai tukang jahit yang mampu mengikut segala kehendak rekaan anda. Pastikan baju pengantin adalah betul-betul sesuai dengan bentuk badan anda. Sekiranya tidak, suruh tukang jahit untuk mengubah baju pengantin tersebut.

  •  Door Gift Kahwin ataupun Cenderahati Perkahwinan

Pemberian bunga telur merupakan salah satu door gift kahwin yang disediakan kepada tetamu. Walau bagaimanapun, pada masa kini terdapat pelbagai jenis produk baru untuk digunakan sebagai cenderahati perkahwinan. Harga juga berbeza mengikut kemampuan pembeli. Hadiahi setiap tetamu dengan door gift kahwin yang cantik dan unik supaya hari perkahwinan anda diingati selalu.

 

Bekas Garam & Serbuk Lada Hitam Love Birds

perkahwinan

Mint Tin Pelbagai Cetakan Gambar

Kotak Gula-gula Kecil

Chopstick

Mint Tin

Lilin Berbentuk Gaun

Sabun Wangi Bentuk Ros

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s