Tips untuk Mengupah Perancang Perkahwinan

Perancangan perkahwinan telah menjadi satu industri yang besar untuk memenuhi keperluan pengantin baru. Ada perancang perkahwinan yang mahir dalam menganjurkan majlis perkahwinan luar manakala ada yang mempunyai bakat untuk majlis perkahwinan tertutup. Jika anda sedang merancang untuk berkahwin tidak lama lagi, berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu anda dalam mencari perancang perkahwinan yang tepat untuk anda.

Petua Untuk Mencari Perancang Perkahwinan

  • Berdasarkan Pengalaman

Masih ingat ketika anda menghadiri temuduga pekerjaan? Semua penemuduga akan bertanya soalan tentang jenis pengalaman yang anda ada untuk menjawat jawatan kosong tersebut. Mencari perancang perkahwinan juga bermula dengan cara yang sama di mana anda mula mencari calon-calon yang berpotensi berdasarkan jenis majlis perkahwinan yang mereka pernah anjurkan dan tempat-tempat perkahwinan yang mereka pernah hiasi.

  •  Rekomendasi

Tiada siapa yang boleh membimbing anda lebih baik daripada rakan-rakan anda atau ahli keluarga yang telah pernah mengupah perancang perkahwinan untuk perkahwinan mereka. Anda boleh meminta pendapat serta cadangan mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan perancang perkahwinan.

  •  Bajet

Bajet yang disediakan merupakan element yang paling penting. Ia menentukan jenis perancangan yang anda mampu untuk miliki.

  •  Tema Majlis

Anda harus menpunyai tema untuk majlis yang bakal diadakan. Dengan adanya tema majlis, perancang perkahwinan boleh membuat persediaan yang lengkap dan bersesuaian dengan tema pilihan anda.

  •  Caj Perkhidmatan

Ada yang mengenakan bayaran mengikut jumlah jam bekerja, manakala ada yang mengikut pakej. Caj perkhidmatan merupakan pertimbangan pengantin baru untuk mengupah perancang perkahwinan.

  •  Menandatangani kontrak

Sebaik sahaja anda telah memilih perancang perkahwinan dan telah semua terma telah dirundingkan, jangan lupa untuk mengambil ia secara bertulis dengan menandatangani kontrak muktamad. Ini akan melindungi kepentingan anda dan memastikan perunding perkahwinan bertanggungjawab jika sesuatu tidak mengikut pelan berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s