Kad Jemputan Kahwin

 

Pengantin baru seharusnya menghantar kad jemputan kahwin kepada semua tetamu yang tersenarai di dalam senarai jemputan 8 minggu sebelum hari perkahwinan.  Tempoh ini membolehkan semua tetamu mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang kegiatan harian mereka. Bagi mereka yang tinggal di negeri lain, mereka juga dapat membuat perancangan awal seperti pembelian tiket penerbangan dan penyewaan tempat penginapan.

Anda juga boleh menetapkan tarikh maklum balas kehadiran kepada tetamu yang dijemput, katakan 3 minggu sebelum majlis perkahwinan. Dengan adanya maklum balas kehadiran, jumlah tetamu yang akan hadir dapat dikenalpasti. Dari situ, anda boleh menentukan saiz dengan yang harus disewa, cenderahati perkahwinan yang harus disediakan serta jumlah makanan yang harus disediakan oleh pihak catering.

Sekiranya tarikh perkahwinan anda terjatuh pada hari kelepasan am, tetamu yang hendak dijemput perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 6 bulan lebih awal. Tempat penginapan dan tiket penerbangan  perlu ditempah lebih awal untuk mengelak situasi habis dijual.

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan sekiranya majlis perkahwinan diadakan di tempat yang jauh daripada kebanyakan tetamu, terutamanya di kawasan pelancongan, anda boleh menghantar kad jemputan kahwin lebih awal berserta dengan maklumat penginapan dan pelancongan untuk rujukan tetamu. Kad ini boleh dibuat secara ringkas seperti sepucuk surat dengan sekadar cetakan komputer. Maklumat tambahan seperti hotel, sewa kereta, tempat pelancong dan lain-lain boleh dimasukkan ke dalam kad tersebut.

Secara formal, adalah menjadi adat dalam penulisan kad jemputan kahwin di mana semua maklumat yang berkaitan dicetak. Maklumat-maklumat penting seperti nama pengantin baru, tarikh, masa dan lokasi perkahwinan mesti ada. Terdapat juga pengantin baru yang mencetak gambar perkahwinan di kad jemputan kahwinnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s