Perkahwinan Campur

Petikan Gambar Dari multiculturalfamilia.com

Perkahwinan campur sudah menjadi perkara biasa pada masa kini. Lebih-lebih lagi di Negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina, India, Khadazan, Iban dan lain-lain lagi. Perkahwinan campur memerlukan komitmen yang besar. Pengantin baru terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan daripada pihak keluarga dan rakan-rakan sekeliling. Anda perlu berdepan dengan isu-isu berikut jika bercadang untuk mengadakan perkahwinan campur.

Membesarkan Anak

Membesarkan anak di dalam rumahtangga yang terdiri daripada dua latar belakang budaya yang berbeza agak susah. Biasanya lelaki iaitu bapa harus bekerja untuk membela rumahtanggan. Dengan itu, ibu yang bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Tugas ibu menjadi berat kerana dia harus mendidik anak-anaknya dengan budaya suami dan budayanya yang sendiri. Anak-anak juga perlu belajar bertutur dalam dua bahasa yang berbeza.

Agama

Agama memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan insan. Contohnya jika seorang gadis Kristian yang berkahwin dengan lelaki Muslim, gadis tersebut perlu mengikut segala ajaran agama suaminya seperti berpuasa di bulan Ramadan. Terdapat juga banyak peraturan-peraturan yang harus diikuti.

Musim Perayaan

Jika kedua pihak telah bersetuju untuk mengadakan perkahwinan campur, mereka harus sensitif kepada perayaan masing-masing. Mereka harus menerima hari perayaan bagi pasangannya. Ini termasuk menyambut perayaan tersebut bersama dengan ibu bapa pasangannya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s