Kegunaan Reben Dalam Kehidupan Seharian

Reben banyak digunakan pada masa kini. Ia digunakan untuk tujuan peribadi dan tujuan perniagaan. Walau apa jua tujuan anda, reben memang memainkan peranan yang cukup penting khususnya untuk tujuan seperti perhiasan, pengikatan dan pemangkasan. Salah satu kebaikan reben ialah reben mempunyai Kepelbagaian warna. Ia menjadi pilihan ramai untuk dipadankan dengan tema majlis masing-masing.

Tujuan Peribadi

Di dalam majlis perkahwinan atau majlis harijadi, kepentingan reben lebih terserlah. Reben akan digunakan untuk menghiasi tempat tersebut. Secara DIY, reben boleh diperbuat kepada pelbagai corak bunga dan diikat pada setiap penjuru tempat majlis tersebut. Tali leher kupu-kupu ataupun bow tie dan pengikat tangan ataupun hand band boleh dibuat dengan reben dan dihadiahi kepada setiap tetamu.

Ballon yang tidak pernah ketinggalan dalam sebarang majlis juga boleh diikat dengan menggunakan reben. Kad-kad jemputan majlis juga boleh ditambah dengan reben dan buckle supaya ia menjadi lebih istimewa dan bersifat peribadi.

Tujuan Perniagaan

Menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Christmas dan lain-lain, peniaga akan banyak menggunakan reben. Contohnya dalam pasaraya, kita dapat lihat banyak hamper-hamper barangan pasti disediakan untuk menyambut perayaan tersebut.

Di sini, reben telah digunakan untuk mengikat dan menghiasi hamper tersebut. Anyaman bentuk bunga ros, ketupat dan corak-corak lain boleh dilakukan dengan menggunakan reben.

Reben juga digunakan dalam upacara perasmian sesuatu majlis atau pun pembukaan kedai. VIP akan dijemput untuk merasmikan majlis tersebut dengan memotong reben bunga yang disediakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s