Cenderahati Perkahwinan

Cenderahati Perkahwinan merupakan satu trend baru bagi remaja sekarang. Pada hari majlis perkahwinan, pengantin baru akan memberi hadiah kepada tetamu jemputan. Hadiah-hadiah yang diberi adalah seperti kotak gula-gula, kotak logam mint tin, key chain, chopstick, sabun wangi bentuk bunga ros, alas cawan dan lain-lain lagi.

Kini, terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati perkahwinan. Ada yang menjual secara online, manakala ada yang menjual secara membuka kedai. Walau bagaimanapun, sebagai pengguna, kita hanya ingin mengambil tahu tentang harga dan kualiti cenderahati yang dijual.

Kami, mylovelywedding merupakan salah satu pembekal dan pemborong cenderahati perkahwinan yang beroperasi menggunakan internet. Prinsip kami ialah “kualiti barangan didahulukan, kepuasan pembeli diutamakan“. Setiap unit barang yang hendak dihantar kepada pembeli, kami akan membuat pemeriksaan kualiti secara terperinci. Jikalau cenderahati tersebut mempunyai sebarang kecacatan walaupun sedikit, kami pasti tidak akan menghantar barangan tersebut kepada pembeli.

Kami lebih mementingkan kualiti kerana kami juga merupakan pengguna, faham tentang kepentingan kualiti barangan . Cuba bayangkan, apakah perasaan anda jika anda membayar wang untuk sesuatu barang, tetapi kualiti barang yang anda dapat jauh lebih teruk daripada jangkaan anda?

Kesimpulannya, pembekal dan pemborong cenderahati perkahwinan di Malaysia bagaikan cendawan yang tumbuh selepas musim hujan. Terdapat banyak pembekal dan pemborong cenderahati perkahwinan di pasaran buat masa ini. Harga yang ditawarkan oleh semua pembekal dan pemborong tidak mempunyai sebarang perbezaan yang ketara. Yang membezakan kami, mylovelywedding dengan pembekal dan pemborong  yang lain ialah kami lebih mementingkan kualiti cenderahati perkahwinan yang dijual. Anda pasti puas hati dengan layanan serta kualiti kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s