DIY Untuk Mendapat Cenderahati Perkahwinan Yang Murah!

Bagi pengantin baru yang inginkan sesuatu yang peribadi, unik dan murah mereka boleh memilih secara DIY dengan menambah hiasan ataupun aksesori pada cenderahati yang dibelinya.

Walaupun ini akan memakan masa yang panjang, namun process DIY ini akan memberi kepuasan yang maksima kepada mereka. Sama ada pasangan baru bekerjasama untuk menyiapkan cenderahati tersebut ataupun dengan bantuan ahli-ahli keluarga ataupun sahabat karib, ini pasti dapat mengeratkan hubungan antara mereka. Apabila cenderahati yang peribadi dan unik telah disiapkan, semua yang terlibat dalam proses tersebut akan berasa puas hati dan gembira. Kerjasama ini juga akan meninggalkan kenangan manis yang berkekalan kepada mereka.

Kebaikan dan kelebihan DIY ialah pengantin baru dengan daya imaginasi dan kreativiti yang tersendiri, mereka dapat menghasilkan cenderahati milik sendiri. Reka bentuk dan hiasan adalah daripada idea mereka sendiri. Walaupun agak makan masa dan tenaga, namun tidak dapat dinafikan bahawa ia akan lebih menjimat kos.

Di sini, saya akan menunjukkan salah satu contoh cenderahati perkahwinan yang boleh dibuat sendiri oleh pengantin baru.

a) Kotak Gula-gula Bulat Kosong

Pengantin baru boleh memilih warna kotak gula-gula bulat yang dikehendaki. Pemilihan warna kotak harus bersesuaian dengan tema perkahwinan mereka.

Klik Sini untuk maklumat lanjut mengenai kotak gula-gula bulat kosong

b) Pemilihan Reben Satin

Terdapat pelbagai jenis warna reben satin. Di sini, pemadanan warna kotak dengan warna reben dilakukan. Pilihan berdasarkan kepada kesukaan masing-masing.

Klik Sini untuk maklumat lanjut mengenai reben Satin

c) Pemilihan Buckles (Diamanted Buckles)

Pengantin baru boleh memilih buckles berbentuk  hati atau oval. Biasanya campuran bentuk digalakkan supaya terdapat perbezaan dalam cenderahati yang disediakan.

Bentuk Hati

Bentuk Oval

d) Pemilihan Tag Nama

Pengantin baru boleh memilih corak yang disukai. Terdapat empat jenis tag nama untuk pilihan iaitu berbentuk bulat, berbentuk hati, berbentuk bunga dan tag nama dengan gambar pengantin baru itu sendiri. Maklumat seperti nama pengantin baru, tarikh dan tempat berkahwin boleh dicetak di dalam tag nama.

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai tag nama.

 

e) Pemilihan Pembalut Organza

Pengantin baru boleh membalut cenderahati perkahwinan dengan pembalut organza. Kotak gula-gula bulat yang dibalut akan menjadi lebih cantik, anggun dan elegan.

Klik Sini untuk maklumat lanjut mengenai pembalut organza.

 

Setelah semua bahan-bahan diatas telah dipilih, maka reka cipta tersendiri pun boleh bermula. Gambar dibawah menunjukkan satu contoh cenderahati perkahwinan yang dihasilkan secara DIY.

Gula-gula, coklat atau kek boleh diisi ke dalam dan dihadiahkan kepada semua tetamu. Sekiranya anda berasa malas atau kesuntikan masa kerana majlis perkahwinan sudah dekat, jangan risau. Kami di sini sudi membantu.

Sila layari Facebook kami di  http://www.facebook.com/pages/Mylovelywedding/373746259351870 untuk cenderahati yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s