Perkahwinan Zaman Moden

Pada zaman nenek moyang kita pada masa yang dahulu, mereka kebanyakannya berkahwin atas kehendak atau perancangan ibu bapa. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan bakal suami atau isteri, namun mereka terpaksa bersetuju dengan segala aturan ibu bapa dan melansungkan majlis perkahwinan.

Terdapat pelbagai jenis perkahwinan zaman dahulu iaitu perkahwinan yang berunsur politik,  ekonomi dan status ataupun darjat. Perkahwinan berunsur politik biasanya berlangsung di mana putera atau puteri negeri yang kecil atau lebih lemah akan dikahwinkan dengan puteri atau putera Negara yang kuat dan kaya.

Bagi perkahwinan berunsur ekonomi pulak, ramai keluarga zaman dahulu dengan tujuan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik ataupun untuk kepentingan perniagaannya, maka anak mereka akan dijodohkan dengan anak orang kaya tanpa mengira factor-faktor lain seperti kesudian anak-anak masing-masing.

Perkahwinan status juga banyak berlaku pada zaman dahulu. Orang yang berstatus rendah tidak boleh berkahwin dengan orang yang berstatus tinggi. Begitu juga sebaliknya. Maka pada masa itu, ramai kekasih yang saling bercintai akan dipisahkan secara paksaan oleh pihak keluarga masing-masing kerana perbezaaan darjat ataupun status kedudukan dalam masyarakat.

Namun begitu, terdapat juga ramai yang berpendapat bahawa walaupun perkahwinan zaman dahulu bukan atas kehendak masing-masing, tetapi peratusan kes bercerai amat rendah berbanding dalam moden ini. Ini disebabkan pasangan yang berkahwin telah hidup bersama bermula daripada saling tidak mengenali dan mengharungi liku-liku hidup bersama dan akhirnya mereka saling memahami dan mengasihi. Apakah pendapat anda?

Majlis perkahwinan pada zaman dahulu biasanya diadakan secara ringkas. Jamuan majlis perkahwinan akan diadakan di kawasan perumahan. Hidangan-hidangan biasanya dimasak oleh keluarga itu sendiri dengan bantuan jiran tetangga dan sanak saudara.

Pada zaman moden ini, kita amat bersyukur kerana dapat memilih kekasih atau teman hidup untuk bercinta mengikut kehendak kita. Masyarakat pada masa kini tidak mengambil kira perbezaan darjat, kedudukan ekonomi ataupun bangsa dan agama semasa memilih pasangan hidup. Walaupun masih sebilangan kecil yang mengamalkan perkahwinan sama pangkat, namun bilangan tersebut amat kecil.

Majlis perkahwinan masa kini biasanya diadakan secara besar-besaran. Jamuan perkahwinan diadakan di hotel 5 bintang, gambar perkahwinan pakej mewah diambil dan perbelanjaan beribu ringgit untuk berbulan madu di dalam dan luar negara. Majlis perkahwinan dirancang terlebih dahulu supaya segala yang terbaik dijadikan kenangan manis.

Salah satu elemen yang memeriahkan majlis perkahwinan zaman moden ini ialah dengan adanya cenderahati perkahwinan. Produk-produk kecil yang cantik dan anggun yang terdiri daripada pelbagai bentuk telah dijual di pasaran khas untuk tujuan majlis perkahwinan. Ini termasuklah kotak gula-gula, key chain, sabun bunga ros, lilin perkahwinan dan lain-lain.

Tujuan cenderahati perkahwinan ini diwujudkan kerana para pembekal faham bahawa majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang paling penting bagi semua orang dalam seumur hidupnya. Maka demi majlis yang penting ini, pasangan baru pasti akan berusaha sedaya upaya untuk mengadakan majlis yang paling sempurna, supaya ia boleh menjadi tajuk perbincangan sanak-saudara dan rakan-rakan yang menghadiri majlis tersebut. Mereka ingin meninggalkan memori dan kenangan yang manis pada semua tetamu undangan.

Cuba bayangkan, setiap tetamu undangan yang hadir ke majlis perkahwinan  anda diberi satu doorgift ataupun cenderahati perkahwinan. Mereka pasti gembira dan menghargai doorgift tersebut.

Kotak Logam Mint Tin Bentuk Hati

Kotak Gula-gula

Mickey Mouse Key Chain

jewelry Box

 Kotak Gula-gula Tradisi Cina

Jewelry Box Warna Ungu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s