Tag Archive | majlis perkahwinan

Cenderahati Perkahwinan Rekaan dan Buatan Sendiri

Perbelanjaan wang yang banyak diperlukan untuk cenderahati perkahwinan, perkhidmatan katering, photo perkahwinan, baju pengantin baru, make up, kek perkahwinan, mas kahwin dan sebagainya. Bagi yang sedang merancang untuk perkahwinan pasti tahu banyak wang diperlukan untuknya.

Cenderahati Perkahwinan Bukan Wajib Tetapi Penting

Untuk cenderahati perkahwinan, walaupun tidak wajib tetapi agak penting buat masa kini. Di Negara kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa, saya sendiri pernah menghadiri ke majlis rakan-rakan sekerja atau jiran tetangga. Setiap majlis yang pernah saya hadiri tidak kira majlis perkahwinan rakan saya yang berbangsa Melayu, Cina, India ataupun Sikh, boleh dikatakan tuan rumah untuk setiap majlis tersebut ada menyediakan gift kahwin untuk tetamu yang datang.

Pemberian cenderahati perkahwinan ini telah menjadi satu trend di  kalangan masyarakat kita. Ia dipercayai merupakan satu cara yang paling berkesan serta sesuai untuk membalas budi para hadirin. Pada masa dahulu selepas majlis perkahwinan, tuan rumah mungkin akan menghantar kad terima kasih untuk mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan hadiah yang disediakan oleh mereka, tetapi cara ini memakan masa dan wang untuk  membeli setem juga mahal.

Cenderahati Perkahwinan Pengganti Kad Ucapan Terima Kasih

Pengantin baru mungkin akan pergi berbulan madu, jadi apabila balik daripada destinasi berbulan madu, mereka akan berasa malas untuk menulis kad ucapan tersebut. Dengan menyediakan cenderahati perkahwinan, tuan rumah boleh terus menyerahkannya kepada setiap tetamu yang masuk ke dewan majlis. Dengan ini, tuan rumah tidak perlu lagi membazir masa untuk menyediakan kad ucapan terima kasih selepas majlis perkahwinan.

Cenderahati Perkahwinan Yang Istimewa

Sebenarnya anda mampu mengubah sesuatu yang biasa menjadi luar biasa. Contoh yang ingin dikongsi disini ini ialah tin besi kosong. Di pasaran, anda mungkin pernah melihat tin besi kosong yang dijual sebagai cenderahati perkahwinan. Tin besi tersebut boleh digunakan untuk mengisi coklat, gula-gula ataupun digunakan untuk mengisi telur yang berfungsi sebagai bunga telur moden. Jika anda menambah sedikit perhiasan ke atas tin tersebut, hasilnya pasti menakjubkan.

empty tin 2 W

empty tin W

Gambar-gambar di atas merupakan tin besi kosong bulat yang ada di pasaran. Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan tin kosong tersebut untuk sebagai gift kahwin, anda boleh menghiasi tin besi kosong tersebut dengan reben dan bunga. Contoh tin besi kosong setelah dihiasi boleh dirujuk di gamabar berikut;

Lavender mint tin Group

Tin Besi Kosong dengan Bunga Lavender

T001 W

Tin Besi Kosong dengan Hiasan Bunga Ros

Anda boleh merujuk kepada contoh hiasan tin besi kosong diatas lalu DIY. Jika berasa malas dan bajet ada, anda boleh membeli terus dengan kami bagi set lengkap sekali dengan  perhiasan. Kami membuat setiap unit secara kraftangan, maka kualiti lebih cantik dan terjamin. :)

Perancangan Muzik Perkahwinan

Muzik perkahwinan yang dimainkan ketika majlis perkahwinan memainkan peranan penting untuk menghidupkan suasana majlis. Tetamu jemputan kahwin yang mula datang dan duduk ditempat yang disediakan dapat menikmati muzik-muzik yang sedap.

Muzik Perkahwinan Yang Paling Popular

  • Annie’s Song (John Denver)
  • Truly (Lionel Richie)
  • Your Everything (Keith Urban)
  • Right Here Waiting (Richard Marx)
  • The Wedding Song (Noel Paul Stookey)
  • I Want To Hold Your Hand (The Beatles)
  • Beautiful Day (U-2)
  • The Best Is Yet To Come (Judy Garland)
  • I Feel Good (James Brown)
  • I Believe I can Fly (R.Kelly)
  • From This Moment (Shania Twain)
  • At Last (Etta James)
  • Come Away With Me (Nora Jones)
  • Grow Old With Me (Mary Chapin Carpenter)
  • Walking On Sunshine ( Katrina and The Wavers)

Kesemua lagu-lagu yang disenaraikan di atas merupakan lagu yang popular dimainkan pada majlis perkahwinan.

Berkahwin Dengan Bajet Yang Ada

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan ia menjadi semakin sukar untuk mendapatkan tawaran yang baik untuk barang-barang atau perkhidmatan dalam kehidupan seharian.  Ramai orang telah beralih kepada cara yang berbeza untuk menjimatkan wang dan memilih untuk membeli-belah dengan mencari alternatif yang lebih murah sebelum membuat pembelian.

Cara Untuk Menjimat Wang Semasa Ingin Berkahwin

Untuk mengadakan suatu majlis perkahwinan, ia menelan kos yang tinggi. Oleh itu, ramai orang telah mula untuk mencari cara yang lebih menjimatkan kos supaya bajet yang diperuntukan mencukupi. Anda tentu tidak ingin kehabisan semua tabungan di bank selepas majlis perkahwinan anda.  Jadi, untuk membantu mereka yang sedang merancang majlis perkahwinan, di sini ada beberapa cara yang paling baik sekali untuk menjimatkan wang;

 

  • Barang Kemas

Ok,  jadi setiap bakal pengantin akan mencari item barang kemas yang menunjukkan pakaian mereka dan membuat mereka kelihatan luar biasa pada hari perkahwinan tersebut. Namun,  barang kemas seperti rantai mutiara merupakan salah satu benda yang paling menelan wang perbelanjaan menjelang majlis perkahwinan. Apabila mencari barang kemas untuk hari perkahwinan ramai hanya mempertimbangkan butik pengantin tetapi ia adalah mungkin boleh membeli barang kemas mutiara pada harga yang lebih berpatutan di kedai-kedai lain. Anda patut memperluaskan kawasan pencarian anda untuk barang kemas.

 

  •  Perhiasan Di Dewan Majlis Perkahwinan

Anda mungkin ingin mengupah pakar untuk menghiasi dewan majlis. Kenapakah anda tidak membuat secara sendiri? Saya tidak menyuruh anda untuk menghiasi dewan pada awal pagi hari perkahwinan anda. Yang saya maksudkan ialah anda boleh menyediakan kesemua perhiasan sebelum hari tersebut dan meminta rakan atau sanak saudara untuk mempamerkan perhiasan tersebut. Anda tidak seharusnya bergantung kepada perancang perkahwinan kerana upah yang dikenakan adalah mahal.

  •  Kad Jemputan Kahwin Dan Door Gift Kahwin.

Anda juga memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan kad jemputan kahwin. Lebih-lebih lagi jika anda mengupah pereka kad jemputan kahwin untuk menolong anda. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk membuat kad secara DIY dengan mendapat pertolongan daripada rakan-rakan atau sanak-saudara yang kreatif? Anda boleh mendapat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kad jemputan kahwin dan door gift kahwin secara online dengan harga yang murah. Beli beberapa unit untuk mencuba, setelah berjaya baru membeli dalam pukal untuk mendapat diskaun yang lebih.

 

  •  Fotografi

Mengupah jurufoto yang professional amatlah mahal. Anda boleh cuba untuk mencari di kolej atau university yang berdekatan untuk mencari pelajar-pelajar yang belajar jurusan fotografi. Pelajar-pelajar ini lebih mementingkan pengalaman berbanding upah. Oleh itu, anda boleh mendapat jurufoto yang mahir dengan kos yang rendah. Selain itu, jika di kalangan rakan-rakan atau sanak-saudara yang mahir dalam bidang fotografi, anda juga boleh meminta pertolongan daripada mereka untuk menjadi jurufoto anda.

 

 

Pengapit Lelaki

Ramai di kalangan kita yang pernah menjadi pengapit lelaki semasa majlis perkahwinan adik-beradik atau rakan karib. Pengapit merupakan orang yang sangat penting semasa hari perkahwinan. Pengantin lelaki yang sibuk pada hari tersebut memerlukan pengapit lelaki untuk mengatur dan membantunya untuk menyelesaikan perkara-perkara yang perlu dibuat pada masa itu.

Tugas Pengapit Lelaki Sebelum Majlis Perkahwinan

  •  Memberi maklumat yang terkini kepada pengantin lelaki sekiranya berlaku sebarang perubahan jadual.
  • Membantu dalam mengatur penginapan perkahwinan untuk pengantin lelaki dari luar kota.
  • Mengatur mencuba baju pengantin
  • Membantu pengantin lelaki untuk mencari door gift kahwin.
  • Pengapit lelaki juga menolong pengantin untuk menyediakan senarai susunan tempat duduk semasa kenduri majlis perkahwinan.

Peranan Pengapit Lelaki Semasa Majlis Perkahwinan

  •  Membantu pengantin lelaki untuk bersedia dengan Pakaian Pengantin
  • Menolong pengantin lelaki untuk menjaga cicin perkahwinan
  • Menolong menganjurkan sesi penangkapan gambar semasa majlis perkahwinan
  • Menolong menyediakan kenderaan untuk menjemput pengantin perempuan

Door Gift Kahwin Yang Berguna

Door gift kahwin yang disediakan oleh pengantin baru tidak semestinya mahal. Namun, pengantin baru boleh memilih cenderahati perkahwinan yang boleh diguna pakai selepas majlis perkahwinan.

 

Jenis-jenis Door Gift Kahwin Yang Berguna

  • Alas Cawan

Alas cawan bukan sahaja sesuai untuk dijadikan door gift kahwin. Tetamu yang menerimanya boleh menggunakan alas cawan tersebut dalam kehidupan seharian iaitu untuk melapik cawan. Terdapat 2 jenis alas cawan. Jenis pertama ialah alas cawan biasa, manakala jenis kedua alas cawan yang boleh disimpan photo.

Alas Cawan Biasa

Alas Cawan Yang Boleh Meletak Photo

  • Pembuka Botol

Pemegang botol yang terdiri daripada hidupan laut seperti siput laut sangat cantik untuk sebagai door gift. Boleh digunakan untuk membuka botol minuman di rumah. Setiap pembuka botol mempunyai magnet supaya senang disimpan. Boleh dilekatkan pada permukaan besi seperti peti sejuk.

 

Apakah Cenderahati Perkahwinan Untuk Tetamu Undangan Semasa Majlis Perkahwinan Saya?

Majlis perkahwinan merupakan salah satu hari yang paling penting dalam seumur hidup seseorang. Apabila hari perkahwinan semakin dekat, pengantin baru akan merasa semakin resah. Selain daripada menyediakan kenduri jamuan makan kepada para tetamu jemputan yang terdiri daripada sanak-saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga, pengantin baru juga cuba untuk menyediakan cenderahati perkahwinan kepada mereka sebagai tanda penghargaan keatas kesudian mereka untuk menghadiri majlis perkahwinan serta hadiah-hadiah yang disediakan oleh para tetamu jemputan.

Untuk membantu pengantin baru untuk menyelesaikan kerisauan  serta untuk memastikan majlis perkahwinan mereka sentiasa diingati, kami disini ingin memperkenalkan pelbagai jenis cenderahati perkahwinan yang paling popular bagi tahun 2012.

a)     Kotak Gula-gula (Candy Box)

Kotak gula-gula yang direka dengan gambar-gambar yang comel amat sesuai untuk majlis perkahwinan. Pengantin baru boleh memasukkan sebiji gula-gula atau chocolate sebagai cenderahati perkahwinan untuk para tetamu jemputan. Ini pasti memberi kejutan  kepada mereka dan meninggalkan kenangan manis.

 

b)    Lilin Perkahwinan (Wedding Candle)

Terdapat pelbagai reka bentuk lilin perkahwinan untuk dipilih. Senang untuk disimpan sebagai kenangan di almari katil ataupun dalam almari sebagai barang perhiasan.

c)     Handbag Hook (Penggantung Beg Tangan)

Pada zaman ini, ramai gadis suka menggunakan beg tangan yang besar serta anggun. Apabila mereka menghadiri majlis perkahwinan, mereka pasti menghadapi masalah tentang tempat untuk meletak beg tangan mereka. Masalah ini lebih ketara apabila mereka duduk untuk menikmati jamuan majlis perkahwinan yang dipenuhi oleh tetamu undangan yang lain. Dengan penggantung beg tangan ini, masalah mereka dapat diselesaikan. Jika pengantin baru menyediakan penggantung beg tangan ini sebagai cenderahati perkahwinan, para tetamu undangan pasti berasa amat gembira dan ini dapat menyentuh hati mereka.

 

d)     Kotak Bulat Lavender (Lavender Round Candy Box)

Kotak bulat lavender sesuai untuk digunakan semasa majlis perkahwinan. Pengantin baru boleh memasukkan 2 biji chocolate Ferrero Rocher semasa kenduri jamuan makan. Reka bentuk yang cantik ini pasti dapat menarik perhatian penerima serta meninggalkan kenangan manis. Kotak ini boleh digunakan untuk tujuan lain seperti penyimpanan lantai-lantai leher, cincin serta alat perhiasan.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari : http://www.facebook.com/pages/Mylovelywedding/373746259351870

Cara-cara Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan Yang Mewah Dengan Bajet Yang Terhad

Majlis perkahwinan yang mewah seperti dalam cerita dongeng merupakan idaman setiap insan. Namun, kita sedar bahawa untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang mewah, wang merupakan faktor utama yang menentukannya. Berpuluh ribu diperlukan untuk satu majlis perkahwinan baik dari segi penangkapan foto perkahwinan, pembelian barang barang perhiasan perkahwinan, cenderahati perkahwinan dan lain-lain. Terdapat 5 cara yang dianggap dapat membantu pengantin baru untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan bajet yang terhad.

a)      Perancangan

Untuk mengadakan majlis perkahwinan, langkah pertama yang perlu diambil ialah kita mesti mempunyai perancangan. Sekurang-kurangnya kita memerlukan perancangan 6 bulan awal sebelum majlis perkahwinan. Semakin dekat majlis perkahwinan, kita akan merasa resah dan panik. Maka dengan perasaan yang sedemikian, keputusan yang dibuat dalam pembelian barang majlis perkahwinan akan dibuat secara gopoh-gapah. Ini menyebabkan kebanyankan masanya barang yang dibeli adalah jauh lebih mahal.

b)      Sediakan Bajet Dan Senarai Barangan

Di sini, kita perlu senaraikan barang-barangan yang diperlukan untuk majlis perkahwinan kita. Bajet untuk setiap barang turut disediakan. Jikalau kita pergi membeli barang-barangan majlis perkahwinan tanpa senarai barangan yang perlu dibeli, kita akan membeli sesuatu barang yang tidak diperlukan dan barang yang penting tertinggal.

c)      Ikut Senarai

Selepas bajet dan senarai barangan disediakan, sila pastikan kita mengikutnya. Jangan sesekali kita membuat keputusan atau membeli apa-apa barangan yang tidak tersenarai. Pada masa ini, kita boleh meminta senarai sebut harga daripada para penjual dan membuat perbandingan harga dengan bajet yang kita sediakan.

d)      Beli Secara Online (Menerusi Internet)

Dalam dunia yang moden dan tanpa sempadan pada hari ini, semua barangan yang kita perlukan dapat dibeli menerusi internet. Contohnya cenderahati perkahwinan, kad perkahwinan, barang-barang perhiasan perkahwinan dan lain-lain. Contohnya untuk cenderahati perkahwinan, anda boleh melayari laman web www.mylovelywedding.wordpress.com danhttp://www.facebook.com/pages/Mylovelywedding/373746259351870 untuk mendapat harga istimewa.

e)      Katakan Tidak Kepada Barangan Jenama

Barangan yang berjenama tidak semestinya baik dari aspek kualiti. Begitu juga sebaliknya. Pertimbangkan penjual-penjual yang ada dalam pasaran dan dengan membuat sedikit penyelidikan dan perbandingan harga, kita akan dapat membeli barang-barangan yang murah dan berkualiti.