Tag Archive | door gift kahwin

DIY Beg Hadiah Sebagai Door Gift Kahwin

Pening kepala tidak tahu apa yang patut disediakan sebagai door gift kahwin untuk sanak saudara dan rakan-rakan yang menghadiri majlis perkahwinan anda? Risau kerana baki bajet untuk membeli door gift kahwin tinggal tidak seberapa? Jika anda mempunyai daya kreatif dan masa, anda boleh cuba untuk membuat sendiri ataupun DIY door gift kahwin. Barangan yang anda hasilkan adalah unik, tersendiri dan boleh menjimatkan wang.

 

Stamp pad, stamps and muslin bags

Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Beg Hadiah

Antara bahan yang diperlukan ialah:

1)    Beg kecil

2)    Stamp pad

3)    Stamp Terima kasih dan Stamp Hati

Beg kecil yang kosong atau tidak mempunyai sebarang corak dipilih. Kos untuk bahan-bahan di atas amat murah.

 

Cara-cara Untuk Membuat Beg Hadiah Yang Unik

Beg kecil yang dibeli dicuci terlebih dahulu. Anda mungkin akan menggunakannya untuk mengisi makanan ringan seperti coklat, kek, kacang  dan sebagainya. Cop-kan stamp terima kasih dan stamp hati di atas beg kecil tersebut. Ink stamp pad adalah mengikut kesukaan masing-masing. Setelah semua beg kecil dicop dengan stamp-stamp tersebut, maka DIY beg hadiah anda telah siap.

bag and stamp

 

Stamped bag

Gambar-gambar dipetik dari intimateweddings.com

Door Gift Kahwin Berbentuk Makanan

Memilih door gift kahwin yang sesuai boleh menjadi suatu tugas yang penuh dengan cabaran. Terdapat begitu banyak pilihan untuk tujuan tersebut dan ia boleh membuat kepala anda berputar! Tetapi bagaimana anda tahu pilihan anda benar-benar disukai oleh tetamu? Makanan kekal sebagai pilihan hadiah yang paling popular sebagai door gift kahwin. Cadangan yang ingin dikongsi di sini ialah memilih barang-barang yang boleh dimakan dengan perisa baik.

Coklat

Coklat menjadi kegemaran ramai tidak kira usia. Terdapat banyak bentuk coklat yang bersifat peribadi seperti loceng perkahwinan, tapak sulaiman, kek dan lain-lain lagi. Pengantin baru boleh meminta pembuat coklat untuk menghasilkan bentuk coklat yang dikehendakinya.

Biskut Berbentuk

Biskut yang terdapat dalam pasaran pada hari ini mempunyai pelbagai tema, termasuk dalam bentuk hati, kek, loceng dan pengantin-dan-pengantin lelaki. Sesuai digunakan tidak kira apa tema perkahwinan yang ada pilih.

Pudina

Pudina atau mints sentiasa menjadi pilihan pasangan baru sebagai door gift kahwin. Mints berperanan untuk menyegarkan semua tetamu dan pada masa yang sama memberikan nafas mulut yang segar. Mints terdapat dalam bentuk tin, gulung atau pek. Harga jualan juga tidak mahal. Pengantin baru boleh meminta pengilang untuk mencetak maklumat perkahwinan seperti nama pengantin baru, tarikh perkahwinan dan lain-lain di pembungkusannya.

Kopi & teh

 Kopi & teh turut menjadi sambutan ramai kerana ia murah dan mampu milik. Sesuai untuk dipadankan dengan tema perkahwinan.

 Kek Mini

Kek mini yang tidak dipotong dijadikan door gift kahwin untuk setiap tetamu. Dengan cara ini, pengantin baru tidak perlu memotong kek perkahwinan untuk dibahagikan kepada semua tetamu.

Fortune Cookie

Kemasukkan mesej penghargaan di dalam fortune cookie menjadikannya unik untuk sebagai door gift kahwin. Bukan hanya untuk majlis perkahwinan Asia, fortune cookie boleh digunakan untuk menyebarkan bernasib baik di kalangan tetamu anda.

Berkahwin Dengan Bajet Yang Ada

Kos sara hidup yang semakin meningkat dan ia menjadi semakin sukar untuk mendapatkan tawaran yang baik untuk barang-barang atau perkhidmatan dalam kehidupan seharian.  Ramai orang telah beralih kepada cara yang berbeza untuk menjimatkan wang dan memilih untuk membeli-belah dengan mencari alternatif yang lebih murah sebelum membuat pembelian.

Cara Untuk Menjimat Wang Semasa Ingin Berkahwin

Untuk mengadakan suatu majlis perkahwinan, ia menelan kos yang tinggi. Oleh itu, ramai orang telah mula untuk mencari cara yang lebih menjimatkan kos supaya bajet yang diperuntukan mencukupi. Anda tentu tidak ingin kehabisan semua tabungan di bank selepas majlis perkahwinan anda.  Jadi, untuk membantu mereka yang sedang merancang majlis perkahwinan, di sini ada beberapa cara yang paling baik sekali untuk menjimatkan wang;

 

  • Barang Kemas

Ok,  jadi setiap bakal pengantin akan mencari item barang kemas yang menunjukkan pakaian mereka dan membuat mereka kelihatan luar biasa pada hari perkahwinan tersebut. Namun,  barang kemas seperti rantai mutiara merupakan salah satu benda yang paling menelan wang perbelanjaan menjelang majlis perkahwinan. Apabila mencari barang kemas untuk hari perkahwinan ramai hanya mempertimbangkan butik pengantin tetapi ia adalah mungkin boleh membeli barang kemas mutiara pada harga yang lebih berpatutan di kedai-kedai lain. Anda patut memperluaskan kawasan pencarian anda untuk barang kemas.

 

  •  Perhiasan Di Dewan Majlis Perkahwinan

Anda mungkin ingin mengupah pakar untuk menghiasi dewan majlis. Kenapakah anda tidak membuat secara sendiri? Saya tidak menyuruh anda untuk menghiasi dewan pada awal pagi hari perkahwinan anda. Yang saya maksudkan ialah anda boleh menyediakan kesemua perhiasan sebelum hari tersebut dan meminta rakan atau sanak saudara untuk mempamerkan perhiasan tersebut. Anda tidak seharusnya bergantung kepada perancang perkahwinan kerana upah yang dikenakan adalah mahal.

  •  Kad Jemputan Kahwin Dan Door Gift Kahwin.

Anda juga memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menyediakan kad jemputan kahwin. Lebih-lebih lagi jika anda mengupah pereka kad jemputan kahwin untuk menolong anda. Tetapi pernahkah anda terfikir untuk membuat kad secara DIY dengan mendapat pertolongan daripada rakan-rakan atau sanak-saudara yang kreatif? Anda boleh mendapat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kad jemputan kahwin dan door gift kahwin secara online dengan harga yang murah. Beli beberapa unit untuk mencuba, setelah berjaya baru membeli dalam pukal untuk mendapat diskaun yang lebih.

 

  •  Fotografi

Mengupah jurufoto yang professional amatlah mahal. Anda boleh cuba untuk mencari di kolej atau university yang berdekatan untuk mencari pelajar-pelajar yang belajar jurusan fotografi. Pelajar-pelajar ini lebih mementingkan pengalaman berbanding upah. Oleh itu, anda boleh mendapat jurufoto yang mahir dengan kos yang rendah. Selain itu, jika di kalangan rakan-rakan atau sanak-saudara yang mahir dalam bidang fotografi, anda juga boleh meminta pertolongan daripada mereka untuk menjadi jurufoto anda.

 

 

Door Gift Kahwin Yang Berguna

Door gift kahwin yang disediakan oleh pengantin baru tidak semestinya mahal. Namun, pengantin baru boleh memilih cenderahati perkahwinan yang boleh diguna pakai selepas majlis perkahwinan.

 

Jenis-jenis Door Gift Kahwin Yang Berguna

  • Alas Cawan

Alas cawan bukan sahaja sesuai untuk dijadikan door gift kahwin. Tetamu yang menerimanya boleh menggunakan alas cawan tersebut dalam kehidupan seharian iaitu untuk melapik cawan. Terdapat 2 jenis alas cawan. Jenis pertama ialah alas cawan biasa, manakala jenis kedua alas cawan yang boleh disimpan photo.

Alas Cawan Biasa

Alas Cawan Yang Boleh Meletak Photo

  • Pembuka Botol

Pemegang botol yang terdiri daripada hidupan laut seperti siput laut sangat cantik untuk sebagai door gift. Boleh digunakan untuk membuka botol minuman di rumah. Setiap pembuka botol mempunyai magnet supaya senang disimpan. Boleh dilekatkan pada permukaan besi seperti peti sejuk.