Tag Archive | cenderahati perkahwinan

A tu Z

a tu Z

A tu Z merupakan pusat sehenti yang membekalkan barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan. Bagi yang berasal dari negeri sebelah utara, iaitu Kedah dan Pulau Pinang pasti pernah mendengar namanya. A tu Z mula beroperasi pada tahun 1994. Ia terletak di Bandar Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang. Keluasan A tu Z di tingkat bawah ialah 20,000 kaki per segi manakala tingkat atas pula ialah 10,000 kaki per segi. Tingkat bawah ialah tempat untuk membeli belah barang-barang untuk majlis perkahwinan, manakala tingkat atas untuk buat perkhidmatan solekan pengantin baru, baju pengantin baru dan dandan rambut.

Barang-barang Yang Di Jual Di A tu Z

Barang-barang yang dijual ialah aksesori perkahwinan, cenderahati perkahwinan, bunga, junjung sirih, reben satin, bunga telur, alas cawan, kotak gubahan hantaran dan sebagainya. Harga yang ditawarkan agak munasabah.

Sekiranya anda gagal mendapat barang-barang yang dikehendaki ataupun barang yang dijual di A tu Z tidak memenuhi cita rasa, anda boleh cuba membeli belah di kedai online kami. Klik untuk membeli belah di kedai online kami.

Bagaimana Merancang Majlis Perkahwinan Yang Sukar Dilupai?

wedding-function

Untuk semua manusia, biasanya perkahwinan merupakan hari yang datang sekali seumur hidup. Jadi, semua orang akan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan hari tersebut memberi kenangan yang berkekalan dan sempurna. Mereka akan merancang untuk mengadakan hari perkahwinan yang besar-besaran. Terdapat beberapa aspek teknikal yang semua orang harus ambil perhatian apabila membuat perancangan tersebut.

Menentukan Tempat Untuk Perkahwinan

Langkah pertama menuju ke arah perancangan majlis perkahwinan yang sukar dilupai, anda harus menentukan tempat untuk mengadakan majlis tersebut. Jika tuan rumah adalah sangat kaya dan mempunyai rumah yang besar, maka dia boleh mengadakan majlis tersebut di rumahnya. Bagi golongan yang kaya tetapi ruang rumah tidak mencukupi, mereka boleh menyewa dewan di hotel.

Menentukan Katering Perkahwinan dan Makanan
Setelah tempat dipilih, makanan yang hendak dihidangkan kepada tetamu yang hadir pada hari perkahwinan juga sangat penting. Pastikan anda menyediakan makanan yang secukupnya. Peralatan untuk menjamu selera seperti pinggan, garpu, sudu dan gelas juga harus disediakan secukupnya. Untuk itu, anda harus mempunyai gambaran yang jelas tentang jumlah tetamu yang akan hadir. Biasanya andaian jumlah tetamu boleh dibuat dengan jumlah kad jemputan kahwin yang dihantar kepada orang yang ingin dijemput.

Menentukan Jenis Gift Kahwin
Gift kahwin ataupun cenderahati perkahwinan memainkan peranan penting dalam majlis perkahwinan. Ia merupakan perangsang majlis. Walaupun ia hanya terdiri daripada item yang kecil, namun ia mampu untuk menceriakan suasana pada majlis. Bagi yang tidak mempunyai bajet yang banyak untuk kategori ini, anda boleh cuba mendapatkan gift kahwin murah di kedai kami.

Mint Tin Berbentuk Hati

Hai, bagi yang sedang mencari cenderahati perkahwinan, mint tin berbentuk hati ini merupakan satu pilihan yang baik. Mint tin berbentuk hati yang cantik amat sesuai untuk dijadikan gift kahwin pasangan baru. Ia diibaratkan sebagai tanda kasih sayang di antara pengantin baru.

20130510_190211-copy

Metallic Love Shape Mint Tin Group

Saiz untuk mint tin berbentuk bulat ini ialah L7cm x W7cm x H3.5cm. Anda boleh mengisi coklat, cup kek atau pun gula-gula ke dalam mint tin tersebut.

8903_542070619186099_434594052_n

992992_542073395852488_669599822_n

Di samping itu, anda juga boleh menambah pelekat perkahwinan ataupun wedding sticker di atas mint tin supaya tetamu yang menerima cenderahati perkahwinan tersebut sentiasa ingat hari perkahwinan anda. Sekiranya bajet mencukupi, anda  juga boleh mengisi mint tin tersebut di dalam gift bag ataupun beg hadiah.

1004722_542070622519432_1472625890_n

Alas Cawan Berbentuk Bulat

Bagi anda yang berasa sakit kepala untuk membuat keputusan untuk pemilihan cenderahati perkahwinan untuk tetamu terhormat, anda boleh mempertimbangkan produk baru kami ini iaitu Alas Cawan Berbentuk Bulat

Alas cawan ini diperbuat daripada kaca. Setiap bungkus terdapat 2 keping alas cawan. Cara bungkusan sila rujuk kepada gambar dibawah.

alas cawan

Saiz: Panjang: 9cm x Lebar: 9cm x Tinggi: 0.4cm

Kegunaan Alas Cawan

Alas  cawan digunakan sebagai pelapik cawan untuk melindungi permukaan meja. Cat di permukaan meja tidak sepatutnya didedahkan kepada suhu yang panas untuk jangka masa yang panjang. Sekiranya anda meletakkan minuman panas di alas cawan, maka kemasan cat atau lacquer pada permukaan meja tidak akan rosak.

Harga Alas Cawan

Harga diskaun pembelian secara pukal akan ditawarkan kepada setiap pelanggan. Asalkan anda membeli melebihi jumlah kuantiti minimum, maka anda layak untuk menikmati harga diskaun tersebut. Semakin banyak anda beli, semakin murah anda dapat.

Senarai Harga Diskaun Pukal

20-99 sets RM3.80
100-199 sets RM3.30
200-299 sets RM3.10
300-499 sets RM3.00
500-999 sets RM2.90
1000 sets > RM2.80

Jika anda ingin menambah nama atau gambar ke atas alas cawan tersebut, anda boleh menempah wedding sticker ataupun pelekat perkahwinan. Dengan adanya pelekat ini, tetamu akan tahu siapa yang menghadiahi mereka cenderahati perkahwinan tersebut. Klik untuk pilih jenis desain pelekat perkahwinan.

round costal AMD

Cenderahati Perkahwinan Sedia Untuk Dihantar

20130510_135658-copy

Cenderahati perkahwinan yang ditempah sejak bulan Januari 2013 akhirnya siap diproses. Beliau telah menetapkan tarikh untuk penyerahan cenderahati perkahwinan tersebut iaitu pada pertengahan bulan May 2013 kerana hari perkahwinan beliau telah ditetapkan pada 1 June 2013.

Jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Dibeli

Pelangan ini telah membeli dua jenis cenderahati perkahwinan daripada kami.

1) Kotak gula-gula kosong Lavender

Beliau telah membeli 2000 biji kotak gula-gula kosong dengan hiasan bunga lavender. Pemilihan warna telah dibuat oleh beliau dengan melihat sample yang disediakan. Akhirnya, beliau memilih 1000 biji kotak gula-gula kosong lavender yang berwarna ungu dan 1000 biji yang lain berwarna merah jambu.

20130510_190152-copy

2) Mint Tin Dengan Cetakan Gambar

Pelangan tersebut juga membeli 1200 biji mint tin dengan cetakan gambar pasangan baru iaitu 600 biji dengan gambar pengantin lelaki yang berpakaian tux dan 600 biji yang lain dengan gambar pengantin perempuan yang berpakainan gaun pengantin. Kotak ini adalah berbentuk “love”, memang sesuai untuk suasana majlis perkahwinan. Mint tin ini boleh dimuatkan dengan 3 biji coklat ferrero rocher.

20130510_190211-copy

Cenderahati Untuk Majlis Perkahwinan

Bagi saudara-saudari yang pernah menghadiri majlis perkahwinan, parti harijadi ataupun majlis korporat yang mengadakan acara pelancaran produk atau perkhidmatan baru pasti pernah menerima hadiah, gift ataupun cenderahati yang disediakan oleh tuan rumah. Antara hadiah yang paling biasa disediakan ialah kotak gula-gula ataupun gift bag yang diisi dengan kek, coklat, gula-gula dan sebagainya.

Boleh dikatakan hampir 90% tetamu yang menerima hadiah tersebut akan menghabiskan makanan yang diisi di dalam kotak tersebut lalu membuang kotak tersebut di dalam tong sampah. Jarang didapati tetamu yang mengambil balik kotak tersebut untuk disimpan di rumah.

Oleh itu, di sini saya memberi cadangan kepada individu yang bakal berkahwin dan sedang mencari cenderahati perkahwinan agar mereka memilih item-item yang praktikal. Item-item yang praktikal bermaksud barang tersebut boleh digunakan oleh tetamu tersebut selepas tamatnya majlis perkahwinan anda.

Terdapat beberapa item yang boleh diguna pakai oleh tetamu dalam kehidupan seharian. Jangan bimbang. Gift kahwin yang praktikal tidak semestinya mahal.

Jenis-jenis Cenderahati Perkahwinan Yang Praktikal

a) Tikar Yoga Mesra Alam  (Eco-friendly Yoga Mat) 

yoga1

Tetamu boleh menggunakan yoga mat ini untuk membuat senaman di rumah. Item ini hanya disyorkan kepada tetamu VVIP kerana harganya agak tinggi. Harga sehelai yoga mat ialah RM59.90. Penghantaran percuma untuk semenanjung Malaysia. Yoga mat ini adalah mesra alam dan tidak mempunyai sebarang bau.

 

b) Alas Cawan (Glass Coaster)

Alas cawan boleh digunakan oleh tetamu di pejabat atau tempat kerjanya. Terdapat 2 jenis alas cawan:

i) Alas Cawan Gambar

Pengantin baru boleh memasukkan gambar perkahwinan mereka di dalam alas cawan dan diberikan kepada tetamu.

Coastal Group

ii) Alas Cawan Biasa

Tidak boleh dimasukkan gambar.

 

c) Kotak Besi (Mint Tin)

Terdapat pelbagai bentuk untuk pilihan. Antara bentuk yang ada ialah bentuk bulat, segi empat dan bentuk hati. Sesuai digunakan untuk mengisi duit siling, rantai emas, cincin, subang dan sebagainya.

Metallic mint tin group

d) Botol Penyimpan Garam atau Serbuk Lada (Salt & Pepper Shaker)

Sekotak ada 2 biji. Tetamu boleh menggunakannya untuk mengisi garam dan serbuk lada. Kedua-dua komponen ini amat penting untuk melazatkan makanan.

lovebird-pepper-shaker

Love Birds Salt & Pepper Shakers

shaker-in-box-water

Wedding Couple Salt & Pepper Shakers

e) Penggantung Kunci (Keychain)

Boleh digunakan untuk mengabungkan kesemua kunci rumah, kereta dan sebagainya.

KC Group

f) Manicure Set

Sesuai untuk para tetamu wanita.

manicure set B

g) Pembuka Botol

Khas untuk tetamu lelaki. Terdapat magnet di atas pembuka botol tersebut. Senang disimpan di mana ianya boleh dilekatkan pada objek yang berpermukaan besi seperti peti sejuk.

BO01-a

Tin Bulat Dengan Perhiasan

T006 W

Tin bulat dengan perhiasan merupakan produk terbaru yang diperkenalkan oleh kami untuk tahun 2013. Tin in disaluti dengan cat metalik yang cantik. Sesuai sebagai cenderahati perkahwinan ataupun untuk syarikat-syarikat yang ingin menyediakan souvenir untuk pelanggan.

Saiz dan Ukuran Tin Bulat Dengan Perhiasan

Tin bulat ini berukuran diameter 7.5cm x Tinggi 4.5cm. Terdapat 6 jenis warna iaitu merah, emas, merah jambu, hijau, biru muda dan ungu untuk pilihan. Warna-warna yang ada merupakan warna yang sering digunakan sebagai tema majlis perkahwinan.

Ciri-ciri Tin Bulat Dengan Perhiasan

Tin ini boleh digunakan untuk mengisi coklat, gula-gula dan kacang untuk dihadiahi kepada tetamu sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi mahupun untuk perayaan-perayaan tertentu. Di penutup tin akan dihiasi dengan reben velvet beserta sebiji batu bersinar.

Harga Untuk Belian Secara Pukal

Di sini, pelbagai linkungan harga disediakan untuk pembelian kuantiti yang berbeza. Semakin banyak anda membeli, lebih banyak wang dapat dijimatkan.

Bulk Discount

20-99 pieces RM4.10/pc
100-199 pieces RM3.40/pc
200-299 pieces RM3.30/pc
300-499 pieces RM3.20/pc
500-999 pieces RM3.10/pc
1000 pieces > RM3.00/pc

Sebarang pertanyaan, boleh dibuat terus dengan meninggalkan mesej di sini atau email kepada saya.

T0005 W