Tag Archive | cenderahati perkahwinan

Set Manicure Sebagai Hadiah Untuk Tetamu

Set manicure sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk tetamu sama ada untuk majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis korporat dan sebagainya. Untuk majlis perkahwinan, set manicure merupakan cenderahati perkahwinan yang sangat praktikal. Tetamu yang menerimanya boleh membawa balik set tersebut untuk diguna.

Mengapakah Harus Memilih Set Manicure Sebagai Hadiah Untuk Tetamu?

Apabila kita ingin membeli hadiah untuk kawan-kawan, sanak saudara ataupun rakan sekerja, persoalan pertama yang bermain di minda ialah: “Adakah Hadiah Tersebut Praktikal?”. Tentunya anda semua ingin menghadiahi kawan anda dengan hadiah yang praktikal supaya wang anda tidak terbazir begitu sahaja. Contohnya jika anda menghadiahi kawan dengan sebiji kek yang diisi di dalam kotak yang sangat cantik, tetapi akhirnya kotak yang anda beli dengan harga yang tinggi itu dibuang begitu sahaja ke tong sampah setelah kek dimakan. Ini merupakan hadiah yang tidak praktikal.

Sebaliknya jika anda menggunakan manicure set sebagai hadiah, kawan anda boleh menggunakan set tersebut bila-bila sahaja. Setiap kali menggunakan set tersebut, beliau akan teringat kepada siapa yang menghadiahi manicure set tersebut.

20141103072058 W

20141103072253 W

Item-Item Yang Terdapat Pada Set Manicure

Set manicure ini terdiri daripada 6 jenis alat;

  • Pengorek Telinga,
  • Penggunting Kuku
  • Pengasah Kutu
  • Gunting Kecil
  • Penggunting Tepi Kuku / Cuticle Trimmer
  • Klip Bulu Kening

20141103072428 W

http://www.mylovelywedding.net/wp-content/uploads/2014/11/20141103072238-W.jpg

Set manicure ini mempunyai luaran yang kelihatan seakan-akan dompet kecil yang mempunyai pelbagai cetakan gambar. Ianya senang dibawa ke mana-mana. Sesuai untuk semua lapisan tetamu tanpa mengira jantina. Untuk maklumat lebih lanjut, sila  klik.

manicure set

Reben Bow

purple bow

red

Reben bow merupakan salah satu aksesori perhiasan yang diminati orang ramai. Reben bow ini boleh dibuat dengan menggunakan reben satin, reben organza, reben grosgrain dan lain-lain lagi. Cara untuk membuat reben bow tidak susah sebenarnya. Dengan adanya keazaman dan semangat ingin mencuba, dengan beberapa percubaan, anda pasti berjaya.

Kegunaan Reben Bow

Reben bow boleh digunakan untuk membuat pin tudung, cekak rambut, pin rambut, menghiasi kasut, menghiasi cenderahati perkahwinan dan sebagainya. Peranan utama reben ini ialah untuk menghasilkan gambaran yang cantik untuk aksesori anda. Jika anda malas untuk membuat sendiri, kami di sini ada menjual reben bow yang siap diproses.

2014-08-28 13.06.50 2014-08-28 13.08.20 2014-08-28 13.08.57

Bagi yang ingin DIY Reben Bow, boleh rujuk kepada youtube dibawah.

Bagaimanakah Perkahwinan Destinasi Boleh Menjimatkan Wang Anda?

b

Bayangkan diri anda berada di lokasi tropika yang indah untuk berkahwin serta suasana sekeliling dan resort hotel yang indah dan cantik. Bunyi macam mahal ajer kan? Sebenarnya tidak jika dibandingkan dengan kos berkahwin di tempat asal. Di sini, saya akan menjelaskan bagaimana perkahwinan destinasi lebih menjimatkan wang berbanding majlis yang diadakan di kampung halaman.

  • Tetamu Kurang = Kos Murah

Biasanya kos perkahwinan secara langsungnya ditentukan oleh bilangan tetamu yang dijemput hadir. Ramai tetamu bermakna banyak wang perlu dibelanjakan untuk makanan, minuman, sewa kerusi meja, cenderahati perkahwinan dan lain-lain lagi. Dengan memilih perkahwinan destinasi, jarak jauh merupakan limitasi kepada tetamu. Bukan semua tetamu yang boleh hadir ke destinasi majlis anda. Dengan itu, lebih senang untuk anda membuat senarai tetamu yang hendak dijemput. Biasanya hantar ahli keluarga, saudara mara terdekat dan kawan karib sahaja yang akan dijemput dan akan hadir. Bagi pengantin baru yang inginkan majlis perkahwinan yang besar untuk menjemput semua kenalan mereka, perkahwinan destinasi tidak sesuai. Akan tetapi untuk pengantin baru yang ingin meminimakan kos perkahwinan, ini merupakan cara terbaik.

  •  Majlis Perkahwinan Dan Berbulan Madu Di Tempat Yang Sama

Dengan perkahwinan destinasi, pengantin baru boleh berbulan madu di tempat tersebut juga. Biasanya di resort hotel ada menyediakan pakej perkahwinan di mana pekerja mereka akan menolong anda untuk membuat segala perancangan. Anda hanya perlu berurusan dengan satu vendor saja iaitu pekerja resort. Pekerja resort sangat berpengalaman kerana mereka membuat kerja ini setiap masa. Mereka boleh meringankan beban anda dari segi tekanan dan kewangan. Terdapat juga resort hotel yang membuat tawaran “Tempah Majlis Perkahwinan Di Sini Dan Nikmati 4 Hari Penginapan Percuma”.

Tips Untuk Perkahwinan Destinasi

Jika anda bercadang untuk memilih perkahwinan destinasi, tips berikut boleh dijadikan rujukan.

  • Pilih Pakej Yang Disediakan Oleh Hotel

             Pakej yang disediakan biasanya lebih murah berbanding tempahan khas.

  •  Pilih lokasi yang boleh diakses untuk tetamu anda

              Pastikan lokasi yang dipilih senang dicapai. Terdapat pengangkutan ke tempat tersebut.

  •  Berkahwin Di Musim Biasa

             Jangan pilih musim cuti kerana caj pada musim tersebut lebih mahal.

Reka Bentuk Baru Untuk Buckles

Hai kawan-kawan. Di sini ada 5 jenis buckles untuk renungan anda.

a) Buckles Bulat (23mm x 23mm)

2014-07-16 23.08.28

 

 

b) Buckles Epal (21.8mm x 22.5mm)

2014-07-16 23.10.00

c) Buckles Segi Empat (20mm x 20mm)

2014-07-16 23.12.02

d) Bentuk Oval (Size 23mm x 20mm)

Oval

e) Bentuk Hati (Size 25mm x 22mm)

Larga Heart

f) Bentuk Love (Size 20mm x 20mm)

Mini Love (2)

Kesemua jenis buckles di atas sesuai dengan reben lebar 19mm – 25mm. Bagi yang ingin buat perhiasan ke atas kad kahwin, cenderahati perkahwinan, brooch, cekat rambut dan sebagainya, buckles-buckles ini boleh dipertimbangkan.

usage buckles

Tag Kahwin

Tag kahwin biasanya digunakan oleh pengantin baru untuk menghiasi cenderahati perkahwinan ataupun hantaran-hantaran semasa hari perkahwinan. Di sini ada beberapa corak tag kahwin yang amat cantik dan comel untuk rujukan semua.

 

mmexport1401518940169

Saiz: 4.0cm x 4.0cm

mmexport1401518886448

Saiz: 3.5cm x 3.5cm

mmexport1401518908107


Saiz: 3.0cm x 3.0cm

mmexport1401518863855

Saiz: 3.5 x 4.5cm

mmexport1401518876780

Saiz: 4.6cm x 4.6cm

Anda boleh pilih corak mana yang anda suka dan sesuai dengan cenderahati anda. Tag kahwin ini boleh diikat pada cenderahati anda ataupun dilekatkan terus. Klik Sini untuk beli.

Perkara-perkara Yang Sering Diabaikan Ketika Membuat Bajet Perkahwinan

Bajet perkahwinan sangat penting dan perlu disediakan oleh setiap pasangan  yang ingin melangkah ke dunia perkahwinan. Di dalam bajet perkahwinan tersebut, item-item yang perlu ada semasa majlis perkahwinan dan melibatkan wang harus dicatit. Penyenaraian item-item tersebut membolehkan anda mempunyai pandangan yang lebih jelas tentang jumlah wang yang diperlukan dan pada masa yang sama ia juga berfungsi sebagai senarai semak item-item yang harus disediakan semasa hari perkahwinan nanti.

Bajet Perkahwinan Penting, Namun Banyak Item Tidak Tersenarai

Walaupun bajet ini sangat penting, namun terdapat banyak perkara dan item tidak kelihatan dalam bajet tersebut. Ini bukan sahaja merupakan kecuaian pasangan baru malahan sebilangan daripadanya memakan belanja wang yang diluar dugaan kita. Antaranya seperti berikut:

  • Wang Setem

Ramai yang tidak mengambil kira wang setem semasa membuat bajet. Kategori ini jarang diambil kisah kerana ia sememangnya diluar dugaan kita. Namun, sekiranya kita menghantar kesemua kad jemputan kahwin dengan pos, jumlah wang yang dipakai agak tinggi. Contohnya jika kita menghantar 1000pcs kad jemputan kahwin melalui pos, wang setem yang diperlukan ialah RM600. Jumlah ini mungkin tidak besar, tetapi sekiranya anda telah banyak membelanja untuk mengatur majlis perkahwinan anda, jumlah RM600 akan menjadi besar.

  • Pengangkutan Untuk Tetamu

Pengangkutan untuk tetamu biasanya bukan tanggungjawab pengantin baru. Akan tetapi kadang-kala sanak saudara kita datang dari luar Negara ataupun tempat yang jauh dengan pengangkutan awam, maka kita sebagai tuan rumah perlu mengatur pengangkutan untuk menjemput mereka ke majlis. Jika dewan majlis perkahwinan dan kenduri makan terletak di tempat yang berbeza dan jauh, sebagai tuan rumah yang prihatin, bas perlu disediakan untuk membawa tetamu ke dewan majlis.

Cenderahati perkahwinan berkos RM1.00 – RM4.00 bergantung kepada jenis yang dipilih. Jumlah wang yang perlu dipakai sangat besar jikalau tetamu yang dijemput adalah ramai. Contohnya bagi yang menjemput tetamu lebih daripada 1000 orang, kos yang terlibat amatlah tinggi berbanding tuan rumah yang hanya mempunyai tetamu seramai 100 orang. Jika bajet sangat ketat, tetapi tuan rumah merasakan pemberian cenderahati sebagai satu kemestian, maka mereka boleh memilih untuk DIY gift kahwin tersebut.

20130730_103623 copy

  • Juru Kamera Dan Juru Video

Kos juru kamera dan juru video juga sering dilupai ketika membuat bajet. Keputusan untuk mengupah juru kamera dan juru video biasanya dibuat pada saat terakhir. Dengan itu, peruntukan wang untuk item ini tidak ada. Caj juru gambar dan juru video agak mahal pada masa ini.

 wedding-videography

 Photo Credit: Fotowerks Custom Photography

Promosi Untuk Love Birds Salt & Pepper Shakers

20130730_103527 copy

Love birds salt & Pepper Shakers ataupun botol penyimpan garam dan serbuk lada hitam berbentuk burung cinta merupakan salah satu cenderahati perkahwinan yang unik dan pratikal di dalam kehidupan seharian.

Pemberian love birds salt & pepper shakers kepada tetamu undangan majlis perkahwinan pasti menjadikan majlis anda lebih elegan dan bermakna. Setiap tetamu yang mendapat gift kahwin tersebut pasti akan membawa balik. Tidak seperti kotak kek biasa yang kita sering jumpai di majlis perkahwinan, biasanya kek tersebut dimakan dan kotak kek tersebut akan dibuang merata tempat. Selepas majlis tersebut, tiada sesiapa yang akan mengingati cenderahati apa yang pengantin baru sediakan semasa kenduri kahwin tersebut.

Berbeza dengan kotak kek, botol ini boleh digunakan oleh isi rumah untuk mengisi garam dan serbuk lada hitam di bilik dapur. Bagi yang pandai masak pasti tahu garam dan serbuk lada merupakan perasa yang tidak boleh dilupakan semasa memasak. Bagi yang tidak memasak di rumah, botol tersebut boleh disimpan untuk paparan di ruang tamu.

Setiap kotak loves birds shaker terdiri daripada sepasang burung cinta. Ianya diperbuat daripada bahan ceramik yang berwarna putih. Terdapat promosi untuk bulan Mac 2014. Sekiranya ada sedang mencari sesuatu hadiah kahwin yang unik dan praktikal untuk tetamu anda, item ini paling sesuai.

 

march discount