Cara-cara Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan Yang Mewah Dengan Bajet Yang Terhad

Majlis perkahwinan yang mewah seperti dalam cerita dongeng merupakan idaman setiap insan. Namun, kita sedar bahawa untuk mengadakan satu majlis perkahwinan yang mewah, wang merupakan faktor utama yang menentukannya. Berpuluh ribu diperlukan untuk satu majlis perkahwinan baik dari segi penangkapan foto perkahwinan, pembelian barang barang perhiasan perkahwinan, cenderahati perkahwinan dan lain-lain. Terdapat 5 cara yang dianggap dapat membantu pengantin baru untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan bajet yang terhad.

a)      Perancangan

Untuk mengadakan majlis perkahwinan, langkah pertama yang perlu diambil ialah kita mesti mempunyai perancangan. Sekurang-kurangnya kita memerlukan perancangan 6 bulan awal sebelum majlis perkahwinan. Semakin dekat majlis perkahwinan, kita akan merasa resah dan panik. Maka dengan perasaan yang sedemikian, keputusan yang dibuat dalam pembelian barang majlis perkahwinan akan dibuat secara gopoh-gapah. Ini menyebabkan kebanyankan masanya barang yang dibeli adalah jauh lebih mahal.

b)      Sediakan Bajet Dan Senarai Barangan

Di sini, kita perlu senaraikan barang-barangan yang diperlukan untuk majlis perkahwinan kita. Bajet untuk setiap barang turut disediakan. Jikalau kita pergi membeli barang-barangan majlis perkahwinan tanpa senarai barangan yang perlu dibeli, kita akan membeli sesuatu barang yang tidak diperlukan dan barang yang penting tertinggal.

c)      Ikut Senarai

Selepas bajet dan senarai barangan disediakan, sila pastikan kita mengikutnya. Jangan sesekali kita membuat keputusan atau membeli apa-apa barangan yang tidak tersenarai. Pada masa ini, kita boleh meminta senarai sebut harga daripada para penjual dan membuat perbandingan harga dengan bajet yang kita sediakan.

d)      Beli Secara Online (Menerusi Internet)

Dalam dunia yang moden dan tanpa sempadan pada hari ini, semua barangan yang kita perlukan dapat dibeli menerusi internet. Contohnya cenderahati perkahwinan, kad perkahwinan, barang-barang perhiasan perkahwinan dan lain-lain. Contohnya untuk cenderahati perkahwinan, anda boleh melayari laman web www.mylovelywedding.wordpress.com danhttp://www.facebook.com/pages/Mylovelywedding/373746259351870 untuk mendapat harga istimewa.

e)      Katakan Tidak Kepada Barangan Jenama

Barangan yang berjenama tidak semestinya baik dari aspek kualiti. Begitu juga sebaliknya. Pertimbangkan penjual-penjual yang ada dalam pasaran dan dengan membuat sedikit penyelidikan dan perbandingan harga, kita akan dapat membeli barang-barangan yang murah dan berkualiti.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s